welcome

Thursday, December 16, 2010

kmk dan kibar dah berlalu~

Alhamdulillah..Dua minggu(dah hampir tiga minggu) berlalu.Segala kursus,program dan kem pun telah kulalui hingga ke akhir..(Sebenarnya Kibar x sempat habiskan pun)..

Minggu pertama bersama adik2 peserta Kursus Intensif Bahasa Arab,KIBAR yang bertempat di sekitar kawasan Matri,Perkampungan Tunjung,Perlis telah banyak memberikan ku pengajaran yang amat bernilai.

Peserta puteri

TA'ARUF.Satu perkataan arab yang membawa maksud,berkenal-kenalan(lebih kurang la).Sangat ringkas dan bermakna.Dari situ,bukan hanya nama,tempat asal dan bilangan ahli keluarganya sahaja yang akan kita ketahui.Tetapi disitulah kita akan mengenali bagaimana latar belakang keluarga,apa kesukaan dan yang tidak digemari,sifat-sifat,hinggalah bauan yang sering diguna dan digemarinya..Mungkin sebahagian dari anda fikir,

"Perkara biasalah tu.kat mana2 pon boleh.."

Ya.Betullah apa yang anda fikirkan.Tetapi x semua orang yang berpeluang merasai TA'ARUF yang sebenarnya.Nak tahu bagaimana rasanya?Anda perlu melaluinya sendiri.
Seminggu bersama adik2 kibar bukanlah masa yang cukup untuk betul2 mengenali mereka.Tetapi,ta'aruf yang sebentar itu amatlah bernilai harganya.Mungkin x bepeluang untuk merasainya dalam situasi dan tempat yang sama pada masa lain.

Peserta putera solah zohor di Bukit Jerneh

Dengan ta'aruf ni,saya dapat mengenali insan2 yang x pernah muncul dalam hidup saya sebelum2 ini.Dan saya x pernah terfikir sedikitpun akan mengenali mereka2 ini..Semua ni adalah perancangan Allah.Cantik kan susunanNya.
Saya kenal adik2 kumpulan saya:
  • Raudhah
  • Nasriyah
  • Wajihah
  • Ain
  • Naqibah
  • Huda
  • er..sapa lg sorang ya??
Ya Allah..dalam dok ta'aruf ni pon ada ahli kumpulan sendiri pun x ingt.ni mesti kes selalu x masuk dalam kumpulan(sebab jadi photografer).Kesilapan2.Maaf ya adik sorang ni..nanti dah ingt ana edit balik..
Dan saya kenal adik2 kumpulan lain juga..Wan Athirah,Afiqah,Naimah,Umi,Aimi(kalau x silap ada 2 org aimi),Musyirah,amanina,Hanim,Jannah,Solehah,Munirah,Hani,Ummu,Amtus,dan ramai lagi.(maaf x tulis semua.ramai sangat)
Kalau nak bincang pasal ta'aruf memang panjang.Jadi kita ringkaskan.

Pada hari pertama,kedua dan ketiga memang banyak masalah/ujian yang perlu dihadapi.Terutamanya bagi urus setia dan fasi la.kenapa??Sebab ramai adik2 peserta yang sakit,atau lebih tepat homesick la.Tapi yang ni pun satu bentuk ujian.nak menguji bagaimana cara kami tanganinya.Adakah kami mampu menanganinya dengan matang atau sebaliknya..Semuanya telah terjawab.Nak tahu jawapan,tanyalah pada adik2 peserta.

Minggu pertama berlalu.Adik2 yang pada awalnya terasa kekok untuk berbicara dengan fasi,kini bergurau senda sudah menjadi biasa.Fasi atau panggilan mesranya 'ukhti' (aplikasikan Bahasa Arab) pun lebih senang melihat adik2 yang semakin selesa mengikuti program bersama.

Hinggalah pertengahan minggu kedua atau lebih tepat MINGGU TERAKHIR,saya terpaksa mengemaskan barang2 untuk pulang pada hari selasa minggu tersebut.

"Ukhti Nabilah,ukhti nak balik ka?"saya hanya membalas soalan2 adik2 dengan senyuman dan anggukan yang mengiyakan soalan mereka.
"Ala..x best la ukhti balik.. :( "
Agak berat juga nak meninggalkan adik2 dalam keadaan kursus yang belum benar2 sempurna.Tetapi apabila memikirkan 'Ada yang lebih perlukan aku di luar sana' ,saya berkeputusan mengundur diri awal dari tarikh yang sepatutnya.

Kisah Kibar berakhir di sini(sebenarnya banyak lagi.Jika ada kesempatan,akan diceritakan di lain post)

*Maaf ya adik2 sayang.Ada KMK sedang menanti.Ana perlu laksanakan tanggungjawab yang menanti.Adik2 ada ukhti2 yang lebih (err..apa ya) bersama adik2..Semoga ukhuwah yang terbina atas dasar iman ini akan pertemukan kita kembali..(kalau x di dunia,i.Allah di 'sana')

Saya sampai di rumah pada petang selasa.Keesokan harinya,saya keluar ke bandaraya Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa urusan.Medical check up pun diselesaikan pada hari yang sama.Alhamdulillah.Dengan izin Allah,beberapa urusan berjaya disiapkan dalam 1 hari.

Pada malamnya saya berkemas untuk menghadiri 'Training Of Trainers' pada hari khamis.Dan dilanjutkan hingga hari ahad untuk Kem Minda Kreatif di Sungai Petani,Kedah.Inilah Tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Peserta+urusetia+fasilitator lelaki

Bersama 'Keluarga KMK Kedah' juga memberi saya banyak pengalaman dan pengajaran.Pengajaran atas kesilapan sendiri.Tanggungjawab sebagai Timbalan Kem Komandan bagi saya begitu berat.Apa taknya.Sayalah paling junior (jadi banyak rasa nak serah pada kakak2 dan abang2 yang lebih berpengalaman) di situ dan saya juga baru setahun jagung dalam menjalani Kem2 begini.Sekali sebagai fasilitator semasa Kem Asah Fakulti Insan(KAHFI).Dan kali keduanya adalah kem ini.

Kawasan Kem di tengah sawah

Tapi saya sedar,semua ini bukanlah bergantung pada pengalaman semata2.Ia perlu belajar.Dan dalam belajar itu juga saya telah banyak melakukan banyak kesilapan.Kesilapan yang x sepatutnya saya lakukan.Mungkin Allah nak tegur saya supaya banyak bergantung kepadaNya dan bukan kepada hamba2Nya yang bersifat lemah.

Peserta puteri(nisa') di checkpoin junggle treaking

Jujur saya katakan yang saya betul2 terasa lemah semasa program berlansung.Bagaikan ada kekurangan sesuatu yang amat penting.Tetapi bila Allah nak tunjukkan apakah yang kurang itu,Allah akan tunjuk.Sampai di satu masa 'post moterm' bersama fasi yang pada akhirnya Akhi Faris(kalau x silap namanya) menyertai perbincangan kami,baru saya rasa sesuatu.Sesuatu yang Allah tunjukkan melalui hambanya itu.Bagai tenaga yang bagai dicas semula.Ya.Sebagai manusia,kita perlu sentiasa perbaharui iman kita.Perlu sentiasa perbetulkan niat.Perlu perkukuhkan pegangan dan pergantungan kita padaNya.

Peringatan2 itulah yang kami kurang.

Dengan IzinNya juga kami berjaya menghabiskan program kali ini dengan lancar.Semoga ada 'lain kali' untuk kami terus menyebarkan fikrah sambil perbaiki diri..

Ya Allah..Ampunilah kekhilafan kami..Ikhlaskanlah perjuangan kami pada sebelum,semasa dan selepas segala2nya berlansung.Ya Allah..Berikanlah kami kekuatan agar kami sentiasa teguh berdiri diatas deenMu ini..Amin ya Rabb!

3 comments:

Anonymous said...

Pengalaman adalah GURU yang terbaik dalam hidup..
'GURU' itu terus memperbaiki diri kita dan mematangkan kita..

abdullah luqman osman said...

rasa jeles lak tak leh join program.. Moga allah kurniakan kesempatan.. Bi taufiq ya ukth.. :D

Unknown said...

Komanader Kem terbaik. Dapat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi, dah nampak siapa akan menjadi pelapis di Kedah, semoga terus istiqamah. minat dah sama macam suhaib, ada potensi utk terus bangkit dan memberi komitmen yang tinggi kepada gerak keja dakwah dan tarbiyah islam..