welcome

Thursday, June 30, 2011

My Research: Poligami??

Aik..kenapa tiba2 timbul pasal poligami pulak dah ni??

kenapa ya?

sebab saya perlu buat research tentang poligami.Atau tajuk yang lebih spesifiknya

"Salah faham masyarakat tentang amalan berpoligami di Malaysia"

Perlu disertakan dengan kajian kes.3 kes yang berkaitan dengan tajuk utama.

Sebenarnya baru nak start buat research ni..Jadi,saya ingin memohon pandangan dari kalian..
Apa pandangan anda tentang perkara ini?

Tuesday, June 28, 2011

Jiwa kacau?

alaa bizikrillahi tatmainnal qulub..

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

Tuesday, June 21, 2011

Perkongsian:Cantik,Lawa dan Comel..vs Berakhlak

'uhh..letihnya..'aku menyandarkan tubuhku yang keletihan selepas selesai melaksanakan praktikal untuk subject cadastral (calibration) pada sofa bas yang boleh tahan keempukannya..Aku bergoyang2 disebabkan bas yang sedang berjalan dan berhenti atau dalam bahasa sainsnya disebabkan inertia..

Tiba2 sedang aku menikmati keindahan panorama alam..

"Ustazah.."Aku menoleh kearah empunya suara.
"Farid nak tanya skit boleh?"oh,Farid rupanya.
Rakan sekelas dalam bidang yang sama di UiTM.Dia berada di barisan hadapanku.Melutut di atas kusyen dan menghadap kearah belakang.

"hm.."sekadar mengiyakan dengan riak wajah yang ingin tahu..

"Bagi ustazah la,apa beza cantik,lawa dan comel?"

Aku tersenyum mendengar soalannya..hmm..Menguji minda.

"Kalau comel,lebih kurang macam baby face kot.Tapi kalau lawa dan cantik tu...rasanya lebih kurang kot.."

"Ya ka lebih kurang?"Wajah Farid senada..

"Ntah la.X reti nak explain.Ok2..bagi farid pula?apa beza cantik dan lawa?"aku memulangkan soalannya..

"Bagi Farid la kan ustazah,Cantik tu macam...ermm..."Dia mencari2 objek sasaran untuk dijadikan contoh..
"...cantik tu macam lean,ustazah..Tapi sorang ja yang pernah Farid jumpa betul2 lawa.."Nak tergelak aku mendengar pernyataannya.Tapi ketawa itu ditahan..

"Apa beza 2 tu?"Aku mengulang soalan lagi.

"Lawa ni kalau dia pakai apa pun sesuai..Semuanya match.."Farid menghabiskan kata2nya.

"o0oo.."Aku mengangguk tanda faham akan kata2nya.

"Tapi sebenarnya,Bagi orang la..Kalau seseorang tu cantik atau hensem,tapi attitude dia K.O...cantik yang asalnya ada tu pun nampak macam x ada.Tapi kalau dia biasa2 saja tapi ada akhlak,Dari jauh pun boleh nampak sinar dia.."

"Maksud ustazah kalau perangai ok pun dah nampak cantik/hensem la ni?"Aku sekadar memngangguk..

"Ish..ni yang nak kena jaga attitude ni.."

Let's think~

sebok dengan kebaikan vs maksiat

kalau kita x sibukkan diri dengan kebaikan,nescaya maksiat yang akan menyibukkan kita~

Saturday, June 18, 2011

Hadith:mencari kebaikan dalam keburukan

Saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata,
"Orang yang hebat adalah orang yang dapat membezakan baik & buruk.Tetapi orang yang lebih hebat adalah orang yang dapat mencari kebaikan dalam keburukan."

Sunday, June 12, 2011

Bertemu kembali..15th zikr~

Jeles yang teramat kerana x berkesempatan menyertai sahibah2 lain di Kelantan..

jom ikuti apakah yang telah diadakan itu???Jom lawat laman 15th zikr.

Islam is the WAY OF LIFE

Inna diena 'indallah hil Islam
Deen/agama/cara hidup yang diredhai Allah hanyalah ISLAM

Bukan hanya 'nama' kita sahaja yang perlu 'islam'.Tetapi,kita perlu masuk secara keseluruhan kedalam Islam.

Macam mana nak masuk secara keseluruhan kedalam islam ni?

X susah sebenarnya..Jadikan islam sebagai cara hidup.Ikut apa yang islam tuntut dan tinggalkan apa yang dilarang..Yang jadi susah itu bila kita sendiri yang menyusahkannya..
Kan dalam Islam dah ada semua.Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2nya.Cara aturan memotong kuku bermula dari jari mana pun islam dah ajarkan.Cara tidur terbaik,mengiring ke kanan mengikut apa yang ditunjukkan Rasulullah juga telah dibuktikan kelebihannya oleh sains.. Apatah lagi perkara2 yang kita anggap besar.
Dan segala yang dilarang dan ditegah dalam islam juga ada hikmahnya.
Contoh:
Pergaulan bebas.Kenapa?Apabila pergaulan x dijaga,maksiat akan beleluasa.
Diharamkan minum arak.Kenapa? Minda manusia akan berada di bawah sedar.Apabila hal ini berlaku,pelbagai kemungkinan boleh terjadi.Pernah dengar kisah tentang seorang pemuda dan kesan arak?

Kisahnya lebih kurang begini.

Seorang pemuda yang diajak berzina.Tetapi dia menolak.Kerana baginya zina adalah dosa.Kemudia dia disuruh membunuh.Sudah pastinya dia menolak kerana dia tahu itu juga adalah dosa.
Namun kisahnya tidak terhenti disitu.Apabila dosa secara terang2an ditolaknya,dihasut pula untuk minum separuh gelas arak.Dipujuknya dengan bisikan2 syaitan..

'Bukan nak suruh buat apa pun.minun ja.Minumlah...x banyak pun.sikit saja tu...'

Pemuda tersebut mengiyakannya.Bagi pendapatnya, 'sikit ja pun,'..Akhirnya dia terpujuk dek hasutan iblis laknatullah.Dan dia meneguk kencing syaitan tersebut.Tanpa dapat membuat pertimbangan gara2 akalnya berada di bawah sedar,akhirnya pemuda tersebut melakukan kedua2 perkara dosa yang telah dia tolak sebelum itu.Dia minum arak dan dia berzina.Apabila dia tersedar bahawa dia telah terlanjur,terus dia membunuh perempuan yang menjadi mangsanya kerana khuatir akan diketahui umum tentang perbuatan zinanya itu.Kesimpulannya,apabila hilang kewarasan,dia melakukan segala dosa yang ditolaknya ketika sedar..

Wallahu'alam..