welcome

Wednesday, December 31, 2008

lasT p0st f0r thIs yEar

insyaAllah yang ni p0st yang terakhir untuk tahun 2008..esok akan masuk tahn baru.semoga kitakan dipertemukan lagi di bawah naungannya.
kepada sahibah ana yang akan meneruskan perjuangan di medan baru,semoga Allah membantumu.
dan kepada sahibah-sahibah yang masih meneruskan perjuangan di medan tarbiyah..ayuh kita teruskan perjuangan bersama-sama.
moga kita akan menjadi lebih baik pada tahun yang bakal ditempuhi daripada tahun yang telah dilalui.


salam perjuangan daripada
yang sedang berjuang,

srikandi umar

Sunday, December 28, 2008

~***deTik PermuLaAn***~

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun ISLAM hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke k0ta Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berk0rban harta dan nyawa
Demi menegakkan ISLAM tercinta
Hijrah itu peng0rbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu
Mari semua kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan sYi'ar ISLAM
Untuk sepanjang zaman!!

..::sAlam ma'Al hijrah::..

MA'AL HIJRAH...
satu detik yang bersejarah
Permulaan tahun ISLAM
Dikala Rasulullah bersama sahabat-sahabat
baginda berhijrah meninggalkan
Makkah Mukarramah
meninggalkan segala-galanya yang disayangi
tanah kelahiran mereka
harta benda
sanak saudara
kaum kerabat
serta
isteri tercinta
Demi menyahut seruan da'wah
Ke Madinah Munawwarah..
Mereka disambut mesra saudara di sana
diberi harta,isteri tanpa mengira siapa
tanpa bayaran dan tanpa berkira apa-apa
dengan ikhlas
hanya kerana-Nya
sifat yang diraih
selepas penghijrahan kearah ke-islaman
serta kebaikan..
Ayuh kita berhijrah bersama-sama
Mencari redha-Nya

Saturday, December 27, 2008

Hikmah di malam yang gelap

Di bawah biasan lilin kucoretkan sebuah kisah.Kisah tentang diri yang serba lemah.

Tepat jam 12:15 malam,diriku masih berada di dalam kegelapan.Beberapa detik lalu disaat aku sedang leka melayani rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen,tiba-tiba.....tup...

'Ya Allah gelapnya....secebis cahaya pun x dak.Macam x buka mata ja walaupun tengah buka mata ni.'

Nampaknya bekalan elektrik dah terputus.Adik beradikku serta abang iparku yang berada di ruang tamu juga terkejut.Masing-masing mencari punca.

"Satu taman x der elektrik,"abang ngah(abang ipar) mengkhabarkannya setelah ke luar rumah untuk melihat keadaan jiran-jiran di sekeliling.

"kak ngah,kak ngah, rasa macam x bukak mata kan.x nampak apa,"suara adik b0ngsuku memecahkan kesunyian.

Terlintas di sanubariku bahawa beginikah keadaannya di kubur nanti????

'Takutnya!
aku kese0rangan di sini..
x nampak orang lain dah'
Lagi takut di sana kalau amalan x tentu hala
'Gelapnya!!
gelap sangat nie...elektrik pulak x dak.'
Gelap lagi di kubur nanti ....
'Panasnya!!!
bila x dak elektrik ni,kipas x jalan la..tu yang panas sangat nih.
dah la nyamuk banyak.
Eeiiyyy...Rimas betul'
Panas lagi andai maksiat silih berganti!!
Tiada yang akan men0l0ng selamatkan kita dari binatang berbisa yang membelit kita di sana..
Tiada lagi yang akan menyahut teriakan kita yang bisa mengejutkan makhluk Allah yang lain Tika di alam sana..

SEMPIIT!!!
GELAAAP!!!
PANASSSS!!!!
RIMASSSSS!!!!!!!

Seperti yang sedia maklum,aku bukanlah 'anak sahabat' seberti kebanyakan sahabat2ku.Diberi lebih pendedahan tentang ISLAM berbanding keluarga biasa.Namun aku amat bersyukur mempunyai keluarga yang mengajarkanku erti kesabaran,kebenaran dan banyak lagi.Aku teramat bertuah kerana dikurniakan Abah yang penyabar dan mama yang penyayang.

Kembali ke t0pik asal.Aku kini masih berada didalam kegelapan tanpa sinaran cahaya lampu.Kut0leh ke kiri...'subhanallah'
Adik2ku sedang solah berjemaah.Jika nak dikira,memang lewat untuk solah fardhu isya'.Namun aku masih bersyukur kerana mereka masih mahu s0lah secara berjemaah.Kerana di fikiranku ramai manisia yang enggan menunaikan solah fardhu,apatah lagi secara berjemaah.Ubeid mengimamkan s0lah.Mungkin ini biasan tarbiyah yang diper0leh selepas berkampung selama 2 minggu berkampung di bumi waqafan tersebut.

Stella,bubuya,dan cit0t(kucing peliharaan) asyik berulang alik dari depan(ruang tamu) ke belakang(dapur) dan sebaliknya..Kegelapan tidak menjadi penghalang bagi mereka kerana Allah kurniakan pada kucing mata yang boleh melihat dalam kegelapan.

Subhanallah..
Alangkah indahnya hati yang dipenuhi cahaya iman menyusuri l0r0ng2 gelap dipenuhi duri.Cuba bayangkan andai kita dikurniakan Allah mata yang bisa melihat dalam kegelapan(jahiliyah).Tentunya kita tidak akan sesat mahupun tersngkur.

Susah juga bila dah black0ut ni..Ye larr,kena cari lilin la pulak yang dah berkurun tersimpan di ceruk mana ntah.Tapi...untung lagi black0ut kat dunia daripada kat kubur sana.Sure-sure x yah cari lilin sebab x kan jumpa punya.

Pandanganku tertumpu pada satu-satunya lilin yang jumpa dan menyala dalam rumah ni.Pendek dan makin pendek.Bising di telingaku bertambah dan bertambah.Satu...satu haiwan tu angkut kaum kerabatnya untuk menjamu selera di tubuhku yang semakin gatal ini.(dah jadi macam tempat derma darah dah.)

'Ya Allah,bisingnya..'

Kadang-kadang aku terlupa bahawa suara-suara bising itulah yang sedang memuji Allah.

pandanganku kembali tertumpu pada sebatang lilin yang sedang memakan dirinya.Dan kulihat juga habuk2 hitam dan halus bertaburan di sekitar lilin tersebut.
"Ya Allah!"
Tau x apa habuk2 hitam tu?habuk tu adalah abu2 nyamuk yang terbakar apabila terbang berhampiran api tersebut.Bukan pintanya untuk mati terbakar,tapi itulah suratan yang Esa.

Api itu b0leh diibaratkan jahiliyah dan nyamuk sebagai manusia.Bukan pintanya untuk tunduk pada jahiliyah.Hanya mahu menjenguk sahaja.Di situlah kesilapannya.Teramat kuat medan magnetnya menarik manusia terkulai di sisinya.Sudah suratan Yang Esa.

Alhamdulillah...
Akhirnya cahaya menyinari kembali

Friday, December 26, 2008

'Ainul Mardhiyah ~*penghulu bidadari syurga*~

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut....
tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut
bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.
Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu...
Tak pernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai....
Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan...
Dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua....
dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah,
aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku....
Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......
Tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah
yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.
Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka
(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).
Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan
perihal sahabat nabi yang syahid tadi...
Dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar...benar...benar...
dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan
sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Thursday, December 25, 2008

bUaT TemaN sEperJuanGan

Alhamdulillah...

sYukur ke hadhrat Ilahi..

X sangka ana ada sahabat2

seperjuangan yang hebat2 belaka.

Dan semakin hebat mengikut

arus perubahan zaman.

Syabas! Untuk semua.

Semoga kita dapat meneruskan perjuangan

untuk menegakkan deen ini..

amin.


Princess 15th generation sekali lagi mengukir

sebuah laman buat puteri2 harapan islam dengan

kewujudan blog PRiNCESS 15 zikr,

selepas kehadiran gr0up

15TH GENERATION OF PRINCESS MATRI

di friendster yang x seaktif dulu.

Alhamdulillah...Ana p0n dah join blog ni..


Semua ini diserikan lagi dengan kemunculan

risalah risalah yang memberi peringatan dengan

kemunculannya di setiap peti surat

princess 15 bertemakan "15 zikr"

bermula tahun ini.

Segunung penghargaan yang x ternilai

buat rakan seperjuangan yang

membanting tulang menjayakan semua ini.


Diharap Allah meredhai usaha antum

yang memperbaiki serta

mengeratkan lagi ukhuwah

diantara saudara2 15 gen insyaAllah.


Kalau antum perlukan tenaga tambahan

ana sedia membantu,insyaAllah.

Salam perjuangan

buat teman seperjuangan

dengan semangat juang..
moga kita kan membawa
sinar harapan baru untuk ISLAM!!!


TAKBIR!!!!


ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, December 24, 2008

~n0thin'~

Alhamdulillah...
lastly dapat gak surf ni.Ada masalah apa ntah ngan wireless ni.Tau la orang x tau menau sangat pasal menda2 ni....tapi jangan la buat hal.Astaghfirullah...mungkin ada hikmahnya kan ALLAH x bagi bukak kan???
Semalam x dak letrik..pergh..
PANAS...
GELAP...
BANYAK NYAMUK....
ya Allah...
tu baru sikit,kat dunia baru tu..insyaAllah pasal ni ana citer dalam artikel lepas ni..Dalam post ni ana nak citer pasal tadi.Asalnya abah ana ajak ana pi skolah Agama Yan(SMKAY).Abah ana ajak ana pi tolong buat keja sket kat sana.Ye lar,abah ana ngajar kat sana,so mesti a ada kerja kat cg2 skolah sbb skolah pon nak bukak dah.Ana ok jer.Org ajak ana ikut>>cmtu la ana..

Tiba2 ja abah ana cakap nak pi ambik kakak ana kat ICT,Penang.smalam kakak ana tep0n cakap dia cuti sampai isnin ni.Dia kata nak balik naik bas esok.Nak buat cmna,abah ana ni penyayang orangnya,nak pi ambik jugak la kakak ana tu.It's okay.x jadi masalah bagi ana.Ikut tetap ikut.Haha..Kitorang pergi 4 orang ja..Ana,abah,kak ngah dan abang ipar ana.

Alang2 pi penang tu abah ana ajak singgah pi rumah Cik ana..Ala...sapa x knal,cousin ana nya bapak..huhu(cg Shapiee la).Dah sampai sana ada la yang menyambut...Jumpa ja spupu ana yg rapat dari kecik2(sYahirah) apa lagi,banyak la citernya...ana citer kes ana...Dia citer kes dia la..Citer dia pasal Kem Pewaris baru2 ni dia pi...huaaa...jelesnya x dapat pi..ye larr,kem ni diorang yg pilih peserta.Siapalah diriku ini yg orang nak pilh kan..dah la bukan anak sahabat,dahtu bukannya ok sngt dlm akedemik,huhu..best dia crita..jumpak ramai kawan,satu bacth pon ramai..yg jauh2 pon ramai...huaaaahuaaa...lagi jeles..x pa la...dah takdir

Sembang punya sembang kat atas,turun2 abah ana dah x dak.menghilang pi balik pulau amik kakak ana.erm..x pa la,x dak rezeki nak ikut..

Actually x dak pa pon nak cakap..Nak cakap tringin pi Kem Pewaris ja..huhu

Sunday, December 7, 2008

Eid aDha

SelamaT haRi raYa aiDiLadHa
buat semua Yang membaca..
h0pe kita x lupa terhadap peng0rbanan
nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s.
.::salam alaik::.

h0pe dia dapat istiq0mah..

kelmarin(sabtu,6/12)ambil adik ana(lelaki)Yang baru habis menjalani Kursus intensif Bahasa Arab(KIBAR)di maTri.sesampainYa ana di maTri,

'mana ubeid ni??'memusing2 jugak la cari adik ana tu.

"abah rasa dia x habis baca quran lagi k0t,"x sangka abah dengar apa yang aku fikir dalam hati.

kereta kami betul2 ada di hadapan ASPURA.abah ana p0n keluar la dari kereta k0t-k0t ternampak adik ana kat mana-mana.

"mama,ramai naik atas tu,"abah ana berkias.sebenarnya abah ana 'segan' nak naik atas tu.ana tersenyum dengar abah cakap macam tu.

"awat abah x naik ja?"saja mengajukan s0alan nak mengisi masa..

"asrama sek0lah abah p0n baru naik sekali ja"abah tersengih.ana dengan mak ana pun turut senyum memahami maksud yang nak abah sampaikan.

mak ana tanpa membuang masa naik la paras 2 bangunan ASPURA mencari adik ana.ana yang lenguh duduk lama2 dalam kereta keluar berdiri tepi abah ana di belakang kereta.

"ha,tu dia!"sambil tunjuk kearah adik ana yang sedang berjalan dari arah bangunan akedemik 4 tingkat berhampiran ASPURA.

"Ubeid,pi kat mama.mama ada kat atas."selepas bersalaman dengan abah,abah terus suruh adik ana bantu mak ana mengemas barangnya.

"hehehe..abah,ubeid lain la.dah makin menyerupai budak2 MATRI.lawak la perangai dia lain,"

"emmhh...memangg la..2 minggu dia duduk sini.mana x nya."
kalau ikutkan hati memang ana nak t0l0ng mak ana ambil barang2 adik ana.Tapi masa dan tempat x mengizinkan ana buat camtu.ye la..mak ana x pa la naik atas(dalam bilik ASPURA) sebab mak ana waris bagi adik ana.x kesah sangat la.memandangkan ana ni pelajar di sk0lah itu lagi...segan skit la nak naik.kalau bertembung dengan apa2 atau sapa2 yang x patut berembung kan susah..(sebenarnya dah naik aspura masa hari hantar adik ana pergi kursus tu)

Dalam perjalanan balik ke rumah,banyak betul cerita adik ana.bila ditanya,

"ada x lagi duit yang abah bagi hari tu?"

sambil tersengih dia kata,
"hehe..dah habis":D

"ha!!beli apa??kan kantin x buka."

"beli nasi ayam.tempah kat abang atip."

"haha..hang ni makan banyak jugak n00.."

sesampai kat rumah..

"Mengharungi samudra kehidupan
kita ibarat para pengembara...."

terdengarlah bunyi suara2 yang 'merdu' di setiap pel0s0k rumah..

'subhanallah...'

kalau nak tau,dulu ubeid ni cepat ja hafal lagu2 yang berkumandang di c0r0ng televisi0n.lagu lain p0n ada gak.x sangka lepas balik dari kursus 2 minggu tu bertukar habis lagu2 kepada nasyid2 semangat..mujahid nya lagu pulak tu.

s0lah p0n x payah suruh sangat dah macam dulu..pergi sendiri ja.sampai ada skali tu kalau x silap ana la waktu asar k0t,

"mama,mama..asar masuk x lagi??"adik ana tu terus tanya bila dia dengar azan kat tv.

"mana masuk lagi,ni baru kat KL"mak ana pon cakap la sebab waktu KL dengan AS(al0r star) x sama.

"laa.....(sambil pegang kepala),Ubeid dah s0lat dah taksat,"

"haha..awainya hang s0lat ubeid,"

"ingatkan dah masuk waktu.."

s0lat subuh pagi tadi p0n..waktu ana bangun nak s0lat tengok dia d0k tidur atas s0fa kat ruang tamu.Ingatkan dia x solah lagi.Lepas ambil wudhuk ja ana panggil la dia,takut x sempat nak s0lah nanti.

"dia dah solat tadi,solat ngan abah."

'pergh...awalnya!awal pada aku lagi'

tadi ana terdengar adik ana yang b0ngsu(Uqbah) nak nasyid 'bingkai kehidupan' tu.tapi sekat2 la sebab dia x tahu semua.dia jst dengar dari abang dia aja(ubeid).ana gelak arr kat dia.sebab sebelum ni dia suka perlekeh abang dia tu.

Uqbah ni excellent skit drpd Ubeid.kadang2 dia suka buat s0mbong dengan ubeid ni.bila dah jadi macam tu,apa lagi..gelak arr...hahaha..tu pun dia kaver2.haha..nampak sangat..

sbnrnya bukan nak cakap pasal tu.Apa yang ana nak cakap adalah Ubeid ni dah bawak 1 tradisi yang berbeza..bukannya x dak sblm ni..cuma tgk cara ubeid,lain dari ubeid yang dulu..tu yang ana sy0k sangat.sebab ana salah s0rang yang d0k usaha bagi dia dapat masuk kursus tu.tapi lagi sy0k kalau dia dapat masuk matri..

'Ya Allah,aku harap Ubeid dapat istiq0mah dengan apa yang dia dapat sepanjang 2 minggu dia ada di MATRI.harap dia dapat bawa Uqbah sama2 dengan dia.ya Allah,kalau Matri itu tempat yang terbaik buat Ubeid,aku harap dia dapat meneruskan perjuangannya di situ.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat ham2Mu....AMIN...'

Friday, December 5, 2008

..CinTa..

betul ker ada 0rang cakap cinta itu menarik??
maybe gak kan..dulu kalau 0rg tanya..


"erm...cmna nak buat ni..???"

lepas tu insyaAllah faham punyer lar..meti s0mething yang kaitkan dengan hati...tapi tyme tu ana x amik serius sangat pasal ni sebab ana rasa kalau masalah ni 'jentik' jer dah 0k{bagi ana la}lebih kurang macam pandang enteng la bak kata bebudak sastera..pastu kluar la nasihat ana yang berbunyi...

"anti bat cmni...pastu camtu...jgn plak buat yang itu...yang ini mesti amal selalu...begini...dan begitu...yang penting jgn lupa itu dan ini..."

lebih kurang macam tu la..punya la hebat ana kalau kawan2 rapat minta nasihat pasal ni..sampai la skarang pandangan ana tentang CINTA macam tu jugak.bila dengar dari kawan2 rasa cam berat sangat jer..tapi kalau pikir sendiri senang sangat kalau nak tangani.last2 Allah bagi rasa sendiri..

"0o0o0whhhh...begini rupanya rasa CINTA"

kalau orang tanya ana...

"mcam mna rasanya??"

"nak dari pandangan iman ke nafsu??"

"kalau dari pandangan iman??

"iman kata :ya Allah...seksanya nak hidup..susahnya nak jaga hati....merana jiwa raga...hidup jadi x tenang.buat apa semua x kena.."

"kalau dari pandangan nafsu plak macam mana??"

"nafsu kata :0h indahnya hidup ini bersulamkan cinta.indah lagi kalau dapat bertemu si dia..x sabarnya rasa..rindunya..sayangnya...rasa cam x nak lepaskan si dia.kalau ikut nafsu..semua indah,cantik,SY0K....rupa si dia yang x hensem p0n b0leh jadi hensem serta merta..ala ala 'prince fr0g' la katakan.kalau orang kata jauh di mata x pa,sebab dekat di hati..tapi yang ni lain skit.mesti jugak dekat dimata dekat di hati.kalau x hidup x tenang.."

0h...begini rupanya cinta..sy0k!..memang sy0k!x sangka begini...semalam telah Allah tunjukkan ana bagaimana rasanya..uish...bahaya kalau tersalah cara.

cuba bayangkan kalau cinta tu kita letak kat tempat yang sepatutnya..meti lagi padan ka.ideal sungguh.lagi indh jika cinta itu diberi kepada sang pencipta cinta..pencipta telah mencipta rasa cinta untuk diserah kan cinta itu kepada sang pencipta cinta dan juga yang cinta kepada pencipta cinta..

indahkan cinta tu...apa kata anda????

Thursday, December 4, 2008

bingKai kEhiduPan

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa untuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
x akan sirna di telan masa
seg0res luka di jalan Allah
kan menjadi saksi peng0rbanan
Allah hu ghayatuna
Arrasul qudwatuna
Al-quranu dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
asma' amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah tujuan kami
Al-quran ped0man hidup kami
jihad adalah jalan jang kami
sYahid di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi

b0leh ka lable 0rg lain...

Assalamualaikum...

Ana nak mintak pandangan sahabat2 yang dikasihi..sebenarnya b0leh ke kita lable sese0rang

tu samada dia ini s0lehah/s0leh ataupun x?dan b0leh ke kita cakap kat dia "engkau ni x layak

jadi perempuan s0lehah/lelaki s0leh!".kalau bagi pandangan ana,ana rasa Allah ja yang layak

nak menentukan samada sese0rang ni s0leh ataupun sebaliknya.tapi mungkin antum ada

pandangan sendiri..

Apa kata antum??

Monday, December 1, 2008

Islam itu iNDAH

Islam itu indah.

namun keindahan islam bukan pada namanya,tapi pada perjuangannya.

Jalan perjuangannya bukan dihampar PERMAIDANI MERAH,tapi sebaliknya

penuh RANJAU dan DURI.

Walau sepahit hempedu menghadapi NERAKA dunia,

Namun

dihijungnya 1 janji yang pasti

NASRULLAH dan SYURGA di akhirat yang ABADI,bukan fantasi dan bukan ilusi

tapi inilah REALITI sebuah PERJUANGAN.

kebenaran..

Assalamualaikum buat semua yang menziarahi bl0g ini...

Ana ingin membuat pengakuan tentang diri ana yang sebenarnya..Ana merupakan se0rang pelajar

perempuan yang tinggal di negeri JELAPANG PADI dan juga merupakan generasi ke 15 MAHAD

ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH atau lebih dikenali sebagai MATRI.Ana sebenarnya bukanlah

se0rang yang pandai mengarang sepertimana pemilik2 bl0g lain.DENGAN JUJURNYA ingin ana

mengaku bahawa kebanyakan karya dalam bl0g ana ini bukanlah hasil karya ana sendiri..cuma

kadangkala ana salin kembali dari mana2 artikel yang ana rasa meluahkan apa yang bersarang

di jiwa ini ataupun yang bermanfaat untuk diri ana serta pembaca yang dikasihi...Ana harap

andai kata ada yang x kena dari diri yang x sempurna ini b0leh kalian beri teguran agar ana

b0leh perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik...