welcome

Saturday, September 18, 2010

Al-Fadhil ustz Dahlan pergi menyahut seruan Ilahi-Kita sebagai penerus rantaian dakwah ini..

Astaghfirullah..Sepatutny amemang dah banyak post yang nak buat..Semua ada dalam kepala dah..Tapi 1 benda telah menghalang ak utk terus menaip di sini..
MALAS!
Tetapi kemalasan itu terus lenyap dan berjaya dikalahkan....

Pagi tadi,aku bangun dari tidur untuk menunaikan solah subuh setelah alarm handset ku berbunyi..
Terpapar di layar skrin handset..

1 New Message
Suhaib

Aku abaikan dahulu kerana aku ingin memulakan hariku dengan menghadap DIA agar hariku berlalu dengan penuh kerahmatan..Aku terus melangkah untuk mensucikan diriku dengan berwudhu'.Solah subuh aku dirikan..
Seusai bermunajat kepadaNya,aku teringatkan ayat2 cinta yang DIA kirimkan kepadaku.Yang aku bawa bersama2 datang ke rumah kakakku di Kuantan,Pahang.Aku berniat untuk mencari kekuatan dengan membacanya..

'owh..'

Aku teringat kembali mesej yang belum aku baca.Lalu,kucapai telefon bimbitku yang berada diatas katil..
Aku tekan butang 'Inbox'.
"Ust dahlan makin nazak.Doakn..."
Sender:
Suhaib

'Allahu Akbar!'
Terbayang Ustaz Dahlan yang terlantar di hospital hampir sebulan lebih lamanya..

1 New Message

Aku agak,pasti berita yang sama..

"Ust Dahlan makin nazak.sdqahkan Yaasin dan Doa...dr sir abdoh,"
Sender:
Iffahbulat

Allahu Akbar!
Terbayang sir Abdoh yang setia menemani ustaz dahlan..

1 New Message

Tolong doakan ustz dahlan sedang nazak sekarang di hospital kangar.sebarkan pada sahabat lain.
Sender:
K Teha matri

Kucapai naskah2 cinta dariNya.Kuselak lembaran demi lembaran hinggalah ke lembaran 440 sambil membaca surah pembukaan,Al-Fatihah.Aku meneruskan bacaanku dengan surah Yaasin..
Setelah aku habiskan bacaanku,aku berdoa kepaNya..Semoga Allah beri kekuatan kepada ustaz..Minda sedarku hanya memikirkan keadaan ustz..
Beberapa jam kemudian,..

1 New Message
Izzati Bahran

'Brita yang sama..'Aku buka,aku baca sepintas lalu kemudian aku keluar dr inbox..
Kemudian..

"eh,"aku buka inbox semula.Bagai x percaya.Mungkin aku tersalah baca..
Jadi aku baca semula..

"Sedekahkan Fatihah utk Ustaz Dahlan yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.Moga rohnya ditempat dalam golongan yang menghuni syurga firdausi.Sebarkan pada sahabat2 yang lain.."
Dupp!!!
Bagaikan semuanya berhenti seketika..Aku terkaku di situ..

'ALLAHU AKBAR!!'

1 New Message

"Sedekahkan Alfatihah untuk ust Dahlan yang tlah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.Moga rohnya ditempat dalam golongan yang menghuni syurga firdausi..sebarkan pada sahabat yang lain,"

ALLAHU AKBAR!!



“ Kita berjaya bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli ( pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini.” – (UDMZ)

‎"Ust Dahlan rahmatullah alaih meninggal dunia dalam keadaan dikelilingi oleh anak-anak didiknya. Beliau meninggal dunia setelah menyelesaikan tugas beliau. Beliau meninggal dalam keadaan beriman dan telah melaksanakan kerja-kerja dakwah. Ini adalah signal (petanda) bagi golongan yang Allah akan ganjarkan dengan syurga."-abu ammar


Pesanan syed qutb..

“Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda”

Siapa lagi kalau bukan kita???

Thursday, September 16, 2010

Errgghhhhh...

'astaghfirullah..'
'ergghhhhhhh!!!!malasnyaa!!!!'
'Ya Allah!!!!Bantu aku!!!'
'Ya Rabb..kuatkan hambamu yang lemah ini..'
'Ya Allah...Jangan tinggalkan hambamu ini..'
"Hey iman!!BANGKIIITTTTT!!!!!"

(Nantikan post baru..)

Sunday, September 12, 2010

Semoga ia akan menjadi lebih bermakna.



Setelah bertahun hidup didunia ini,hari ini sejarahkelahiranmu berulang kembali..
Bagaimana ibumu bermati-matian melahirkanmu..
Bagaimana belaian kasih sayang pertama buatmu..

Diharap masih belum terlambat untuk mengucapkan

SANAH HELWAH YA JAMILAH @ HAPPY BIRTHDAY @ SELAMAT HARI LAHIR..

Kepada saudara2ku:
  • Syahirah Farhanah a.k.a. Yayah &
  • Muhammad Saifuldin(abg iparku) a.k.a. abang Saiful

Semoga hari bersejarah ini akan menjadi batu loncatan untuk meningkatkan iman dan amal agar hidup ini akan menjadi lebih bermakna..

BARAKALLAHUFIK..

Friday, September 10, 2010

Ramadhan pergi,Syawal menjelma..Mereka kembali!..Kullu 'am wa antum bikhair..


Eid Mubarak..Setelah sebulan Ummat Islam seluruh dunia melalui Ramadhan Yang penuh keberkatan,kini tibanya hari Kemenangan bagi mereka yang berjaya melaluinya dengan sempurna..
Sempurna disini bukanlah bermaksud puasa tanpa meninggalkannya.Yang itu hanyalah salah satu daripada syarat sempurna..

"Man sooma ramadhan,imanan wahtisaban.."

Potongan hadith di atas memberi maksud penuh apa itu Berpuasa dengan sempurna.

Berakhir sudah ramadhan al-mubarak,muncul pula Syawal.Ini bermakna,musuh kita yang nyata,SYAITAN TELAH KEMBALI untuk meneruskan kerja2nya..

Peringatan untuk semua:


Syaitan x kan pernah berehat dari menghasut manusia dan mereka akan selama2nya menjadi musuh kepada kita.Jadi,kita juga harus melawan mereka tanpa berhenti..

Kita x nak hanya menjadi Hamba Ramadhani.Beramal ketika hanya pada bulan ramadhan.Tetapi kita Harus ingin menjadi hamba Rabbani yang sentiasa melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya..



Bagaimana bulan2 yang akan datang dengan syaitan di sekeliling??Cukupkah Benteng pertahanan yang kita bina sepanjang ramadhan baru2 ini??
Cukup tebalkah ia??
Ketahuilah saudara2ku..Usaha kita takkan pernah cukup walau untuk menampung kehidupan kita seorang di muka bumi ini.
Jadi,pohonlah daripadaNya yang menguasai Segala2nya di alam ini..

..Barakallahulakum..

Eid Mubarak
Kullu am wa antum bikhair~

Wednesday, September 8, 2010

Ujian itu tarbiyah..

(Kereta yang dipandu Qawiem)
News tentang sahabat yang eksiden:

Mesej dari Suhaib,semalam(8/9/2o1o)
Alhamdulillah..Qawiem dah selamat jalani pembedahan..tapi maybe ambik masa yang agak lama untuk sembuh..Qawiem pun perlukan support dan doa sahabat2,sedih tana tgk keadaan dia tadi..dia pon cam tercari2 kekuatan untuk redha dengan semua benda ni..
Salman pun kepala dia x dak apa.Juz luka n lebam sket..Esok akan operate kaki salman pulak.
-Faris Fitri-

Jika kita ingin tahu adakahy seseorang itu penyabar,lihatlah ketika dia diuji.
Mereka lebih faham apa itu ujian dan kesabaran..
Doakan untuk Qawiem dan Salman
Semoga Allah beri mereka kekuatan..

Perkembangan terbaru..Qawiem khairi,salman dan sahabat

Baru ja dapat mesej..

Dengar kata Tulang belakang syamil bakri ada lari skit..
Sekarang ni Qawiem masih di bilik pembedahan dari jam 9 pagi tadi..
Salman pengsan kembali setelah sedar ketika nak bawa ke bilik bedah..
Dikatakan terdapat kesan lebam pada kepala Salmanyang baru dikesan doktor..

Berita terbaru akan menyusul..

Kes mereka masuk berita...

Tuesday, September 7, 2010

Mereka eksiden..

Tiba2 semalam salah seorang daripada sahibahku bagitahu..

"..Kalau x silap qawiem khairi dan salman eksiden..Qawiem still tersepit dalam keta dan salman dah dibawa ke hospital kangar.."

Ha???!!!Terkejut dibuatnya..Tapi beliau pun masih x pasti kerana dia pun hanya dapat berita daripada adiknya yang mendapat berita dari sahabat2nya yang lain..Aku masih mencari kesahihan berita tersebut..
Tiba2 adikku,ubeid datang kepadaku,

"kak ilah,tau dak.."

"Qawiem dan salman eksiden ka??"Tanpa sempat dia menghabiskan kata2nya aku memotong..

"ha..Qawiem dok tersepit dalam keta lagi..bomba dok usaha nak bawak keluar dia..Salman dah dibawa ke hospital,"

"btoi ka??tau mana?sapa habaq?"

"Ada kat facebook abg afdhol.."

"ooo,"

Nampaknya berita yang aku terima memang sahih..Lantas jariku pantas menaip mesej lalu menghantar kepada beberapa rakan sekelasku yang lain..Dot,Aliya,Sakinah sidi,iffahbulat,ririn diana..

Beberapa lama lepas tu,..Suhaib,abang sepupu online dia pnya ym..Jadi,berita seterusnya dapat dari dia..
Keadaan menjadi lebih terkejut apabila dapat khabar bahawa qawiem patah kedua2 belah kakinya dan sebelah dari kaki salman patah..
Semalam mereka ditempatkan di icu..dan hari ini masih menunggu perkembangan..

Doakan untuk muhammad qawiem khairi dan muhammad salman syukri..Semoga mereka kuat menghadapi ujian Allah..Sebenarnya mungkin ujian ini nak menguji setakat mana iman dan taqwa yang diusahakan sepanjang sebulan membentuk diri..

Dia akan pergi meninggalkanku dan kamu..

Beberapa hari di jitra(rumah kakak) menyebabkan aku tiada kesempatan untuk membuat post baru yang sememangnya aku nak buat..
Tutt..tutt..
Bunyi telefon bimbit yang berada bersebelahan bantalku memecahkan keheningan subuh.Aku gagahkan diri untuk membuka kelopak mata yang dirasakan seperti 1o tan beratnya.

1 New Message

Aku tekan butang SELECT.Terus sampai ke Inbox..

'Owh..kak farhana rupanya..ingtkan sapa,' Mataku meniti dari perkataan ke perkataan seterusnya sehinggalah ke ayat terakhir..

"..Ramadhan akan pergi,syaitan akan kembali..kuat sudahkah kita??.."

DUSH!!

Ayat itu benar2 mengetuk jiwa sedarku lantas membuatkan rasa mengantukku terusir dan menyebabkan mataku ringan untuk terus mengulangkan lagi apa yang aku baca..

'ramadhan akan pergi..ramadhan akan pergi..ramadhan akan pergi meninggalkanku..'
Seperti x nak percaya..Terasa terlalu cepat ramadhan yang dilalui..

'Syaitan pasti akan kembali!!,'Ayat yang telah membuatkanku tersedar dari terus berada diawang awangan..
Musuh ketat yang pasti selamanya akan jadi musuh akan kembali meneruskan kerja mereka setelah 1 bulan di'rehat'kan..

Tuutt..Tuutt..
1 New Message

'Ada apa Muhammad pulak ni..' Satu lagi message masuk ke peti inbox yang dikirimkan daripada adik sepupuku.

"innalillahi wainnailaihi roji'un,p/c mail,suami m/c leha telah kembali ke rahmatullah 7/9/2010 pada jam 3.3o am tadi.."

Satu lagi mesej yang menyentap jiwaku..Tiada yang terbayang di mindaku melainkan bayangan m/c leha yang begitu tabah dalam mengharungi segala ombak badai dalam hidup..
Mak cik Leha yang aku kenal sejak di awal kehidupan di sekolah menengah adalah seorang yang sangat baik hati,pemurah,dan yang paling kelihatan pada wajahnya ialah dialah seorang yang Tabah mengharungi hidup ini..
Semoga makcik leha tabah dalam mengharungi kehilangan seorang insan dalam hidupnya..
~Al-fatehah buat p/c Mail~

Sedih2 dalam menghadapi kehilangan org tersayang..Sedih lagi utk meninggalkan rmadhan karim,kekasih yang dicintai bagi mereka yang memahami..

Kerisauan menghantui diriku..
'Kuat sudahkah kita??kuat sudahkah kita??kuat sudahkah kita??..'
Adakah madrasah ramadhan memberi impak yang besar kepada kita??
Adakah telah kita beroleh ijazah taqwa untuk menjadi benteng pertahanan dari serangan musuh yang nyata???

Ketahuilah wahai jiwa2 yang hidup,Ramadhan akan pergi meninggalkan aku dan kamu..Dia akan pergi meninggalkan kita..

Tepuk dada tanya iman..

Saturday, September 4, 2010

Pernah kita terfikir??

Disaat ini..
Pasti ramai yang sedang sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal menjelma..
Sehingga terlupa sesuatu yang amat2 bernilai..
Tersangat bernilai!
Ramai yang Pernahx sedar tentang hal ini..
RAMADHAN AKAN BERLALU PERGI!
Hari2 terakhir inilah yang sepatutnya ditingkatkan lagi amal ibadah kita..
bukan dibiarkan seperti hari2 biasa..
Jika sibuk membuat kuih,
Jadikanlah ia sebagai ibadah.
Agar ia lebih enak disaluti ketaqwaan pembuatnya..
Jika sibuk mengemas Rumah,
Jadikan ia sebagai ibadah..
Supaya rumah yang dihias itu disinari dengan berkat redhaNya..
Jika sibuk menjahit baju,
Jadikan ia sebagai ibadah..
Mogakan pakaian yang akan dipakai indah dihiasi sinaran keimanan..

Pernah x kita tanya diri kita..
"bagaimana pencapaian ramadhan aku tahun ni??"
Pernahkah kita terfikir..
'Adakah ramadhan tahun ini akan sama seperti tahun2 lalu??'
Pernahkah kita usaha untuk menjadi lebih baik???
Rugilah seandainya tidak kita pertingkatkannya..

Allahumma bariklana fi ramadhan..
Allahumma bariklana fi ramadhan..
Allahumma bariklana fi ramadhan..
Allahumma innaka 'afuwwun karim,tuhibbul afwa fa' fu'anna..

Mari menjadi hambaNya

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan & Kemerdekaan

Ya Allah..cepat kan masa ni berlalu...
x sangka RAMADHAN yang mcm baru dilalui ni dah hampir ke penghujungnya...

Fasa pertama(rahmat) dan kedua(maghfirah/keampunan) bulan mulia ini dah pun kita lepas.Sekarang kita sedang berada di fasa ke tiga dan juga terakhir ramadhan 1431h iaitu di fasa kemerdekaan ataupun kebebasan dari api neraka..

Persoalannya,
Sudahkah kita capai kesemua tahap fasa ini??
atau lebih tepat,adakah kita telah berusaha untuk mendapatkan ketiga2nya??
Rahmat,Maghfirah,Kebebasan dari api neraka..
Apabila sebut tentang KEMERDEKAAN,terlekat minda saya pada tanggal 31 0gos yang baru kita lalui beberapa hari yang lepas..

Persoalan kedua yang ingin saya lontar buat minda yang waras,
Apakah erti kemerdekaan yang sebenar bagi kita??
dan bagaimana kita mengekspresikan kemerdekaan dalam kehidupan seharian??
Adakah hanya dengan mengadakan konvoi secara besar2an di jalanraya?ataupun
hanya dengan melaungkan "MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!"
Tambahan pula tarikh kemerdekaan tahun ini telah jatuh pada bulan yang penuh barakah..
Telah dinyatakan kepada kita,kejayaan sebenar adalah apabila kita di'MERDEKA'kan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga..
Inilah erti kemerdekaan yang sebenar..

Bagi jiwa2 yang masih hidup di era globalisasi ini,Kemerdekaan semasa hidup yang sebenar dirasakan apabila kehidupan hati,pemikiran,dan diri bebas dan merdeka dari dijajah oleh pemikiran dan cara hidup liberal.Merdeka dari gaya yang tidak disukai Allah..
Itulah erti kemerdekaan yang sebenar..

Masihkah kita sempat mencari lailatul qadr??
Jom manfaatkan baki2 ramadhan yang masih tinggal..