welcome

Tuesday, May 31, 2011

Hadith:Kenapa wanita itu dikahwini..

"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara..kerana kecatikannya,hartanya,akhlaknya dan agamanya.Hendaklah kamu memilih yang taat beragama dan berakhlak,nescaya kamu beruntung." (Riwayat Al-Bukhari,Muslim)

*kalau disertai dengan keindahan penciptaannya,itu adalah b0nus~(^.^)~

Saturday, May 21, 2011

Perkongsian:Bersama Membina...

"Kak syah,sebenarnya nak buat macam mana? 'kami' still x faham.."Aku menutur sayu bernada mengadu..Bukan tidak yakin untuk mengadu kepadaNya,tetapi hubungan persahabatan atau ukhuwah yang terjalin keranaNya memberi impak yang besar pada diriku..
(*kami merujuk kepada saya)

Aisyah Abdul hadi,merangkap senior di alam persekolahan menjadi tempat mengaduku.Padang sekolah Vokasional,Perlis menjadi saksi pertemuan semula kami pada hari itu.Tidak dirancang pertemuan pada hari itu.Kedua-dua kami menghadiri hari sukan Haluan.Sebuah badan NGO Malaysia.Betullah,Penyusunan Allah itu tersangat rapi.

Pandangan matanya yang serius membuatkan aku tertunduk.Aku x mampu membalas panahan matanya.Pandangan yang penuh pers0alan.Kak Aisyah menjadi pilihan.Kami punya hubungan persaudaraan yang 'istimewa'..Mungkin menjadi salah 1 faktor.Aku lebih senang berkongsi.Tetapi bukanlah fakt0r utama.Kerana dia lebih makan garam berbanding aku.Kerana dia yang aku tsiqah(percaya).Kerana dia ...

Mungkin kerana pertama kali aku benar2 hidup dalam realiti masyarakat sebenar yang memerlukan penyusunan kehidupan harian sendiri(yang tidak terlalu terikat dengan jadual setempat),aku masih mempunyai banyak ke'konfius'an kerana hal2 yang belum pernah aku temui sebelum ini.Terlalu banyak pilihan yang perlu aku buat.Jika tersalah tempat rujukan,tunggulah akibatnya.Tetapi jika tersedar di pertengahan jalan,masih sempat untuk menukar pilihan..Dunia ini memang tidak adil,tetapi Allah itu Maha Adil.

Lemah.Aku rasa diriku masih lemah.Bukan lemah fizikal yang manusia lain boleh melihatnya.Lebih kepada dalaman.Jiwa.Rohani..HATI..Hakikatnya,Allah boleh melihat dan menilainya.

Aku sebagai pelajar diploma UiTM diberi peluang bercuti.Cuti semester selama hampir 1 bulan.Sebenarnya Dia ingin beri aku kerehatan sebentar.Rehat dari suasana yang dikuasai 'jahiliyah'.Dan Dia ingin aku mencari kekuatan juga perbaharui iman.Memang penyusunanNya yang rapi ini memberi aku peluang.Bukanlah berehat dari diuji,cuma ujiannya dalam bentuk yang berlainan.Aku dirumah,diuji dengan diriku.Aku di luar,diuji dengan manusia2 di sekelilingku.Ia lebih berat.Jika aku se0rang yang tumbang kerana kesilapanku,kesannya hanya pada diriku.Tetapi jika berkait dengan banyak jiwa,aku akan dipertanggungjawabkan diatas semua itu.

"ok,apa yang Nabilah still x clear lagi?"Kak Aisya memulangkan s0alan kepadaku..

'Apa yang aku x faham?'Tercari2 ayat yang sepatutnya. Terasa begitu susah untuk mentafsirkan dalam kata2.Bagaimana aku ingin mengkhabarkan.Aku rasa apa yang aku x faham.Cuma aku x tahu bagaimana untuk ungkapkannya.

"Ntah la..Sebelum ni dengar dari kakak2 dan abang2 lepasan macam ada sesuatu(seperti program yang membina) yang depa buat kat tempat depa(IPT masing2).Macam aktif ja.." X da la hanyut sorang2.Sekurang2nya kalau nak 'ter'hanyut pun,ada la juga orang yang nak hulurkan tangan..

"oh..Sebenarnya x semudah yang kita dengar.Tambah2 dalam waqi'(suasana/keadaan tempat) masing2.Bukannya ramai sahabat2 sefikrah(sefahaman) dengan kita.."

Perbualan yang lebih kepada 'perbincangan' kami tidak terhenti di situ.Banyak yang telah dibincangkan.Sehinggalah tidak mampu lagi untuk aku bendung mutiara2 jernih yang terasa begitu murah berguguran di wajahku..Diatas 'ego' yang aku ada,aku mengalihkan wajahku ke arah lain disebabkan air mata yang tidak mampu aku tahan dari terus mengalir..Aku cuba untuk terus tersenyum kerana tidak lagi mampu untuk berkata2.

"Kak Aisyah tahu Nabilah boleh(hadapi ujian dengan masyarakat luar).Nabilah kuat.InsyaAllah,"

Mendengar kata2nya membuatkan aku terus membisu.Air mata semakin laju..

Diri yang aku rasa terlalu lemah ini masih diberi kepercayaan dengan begitu yakin.Suaranya tiada lansung nada keraguan padaku.Hatiku terpukul mendengar kata2nya.Terasa begitu malu..Malu dengan DIA..Kerana DIA lebih mengetahui bagaimana aku yang sebenarnya.Malu juga dengan hambaNya yang teguh keyakinannya.

Aku takut d0sa yang tidak terasa dosa..Aku sangat takut akan hal itu.

"Nabilah.." Kak Aisyah menghulurkan tangannya bersama sekuntum senyuman."Kak Aisyah dah nak balik ni."Aku menyambut huluran salamnya.Aku membalas senyumannya.Kami berpelukan.

"InsyaAllah Nabilah boleh.." Kak Aisyah berbisik sambil menepuk2 belakangku.Senyum lagi bagi menahan air mata..Pandanganku mengiringi langkahnya.

Kak Aisyah menoleh kearahku sambil melambai2. "Kak syah,doa.."Aku megisyaratkat doa utkku.Kerana doa seorang sahabat itu dimakbulkan.InsyaAllah..Kak Aisyah mengangguk balas.



Hanya beberapa hari lagi aku akan menjejaki semester 2 pengajianku.Dan itu bermakna hanya beberapa hari lagi akan ku melangkah ke medan pertempuran antara iman dan nafsu..

Doaku agar Allah perkukuhkan benteng pertahanan imanku.Agar aku menjadi mujahidah yang berpegang kepada prinsip.

*Mengharap d0a dari kalian..

Mari Berfikir : wanita = ?

wallpaper muslimah berpurdah. imej Imej+wanita+erpurdah

Al-Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik:

Dia menjawab:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik,tambah 0 kepada 1 = 1o
Jika dia kaya,tambah lagi 0 = 1oo
Dan jika dia dari keluarga yang baik,tambah lagi 0 = 1ooo

Tetapi jika yang '1' tiada..maka..tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok '0'...

wallpaper muslimah berpurdah. Wanita+muslimah+erpurdah


Lets think about it~

Friday, May 20, 2011

Muslimah Sejati??

Aku mencuba untuk menjadi muslimah sejati..
Bagaimana??
Contohi 'mereka',generasi Al-quran..

muslimah

Cuba ikuti kisah ini.mungkin anda akan mendapat 'idea'..

*********************

Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya,


“Abi ceritakan padaku tentang muslimah sejati?”.


Sang ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum:


Anakku …


Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya


Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya


Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu


Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan


Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara


Sang ayah diam sejenak sambili melihat ke arah putrinya


“ Lantas apa lagi Abi? ”, sahut putrinya


Ketahuilah putriku …


Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya


Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa sabar dan syukur


Dan ingatlah …


Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat kelincahannya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatannya dalam pergaulan


Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!” Sang anak pun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah tulisan “Istri Rasulullah”


“Wanita Itu Perhiasan Dunia..Seindah Perhiasan Dunia Adalah Wanita Solehah”

Set ur g0al!


Goal Setting


Set Goal?
Apa yg anda terfikir dengan tajuk entri kali ini?
Banyak yg boleh ditafsirkan mengikut pandangan masing2.

Pada kebiasaannya manusia akan lebih berusaha apabila matlamatnya jelas di hadapan.

Pernahkah anda manont0n drama korea yang bertajuk 'playfull kiss'?Bagi peminat2 korea sudah pasti pernah menont0n drama yang x kurang famousnya.Bukan saya ingin mempr0m0sikan cerita itu.Tetapi saya ingin menyentuh tentang watak perempuan yang bernama Oh Ha Ni.Dia merupakan satu watak yang sangat berusaha bersungguh2.Kenapa?Apabila dia mempunyai Matlamat yang ingin dicapainya,pasti dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya.Dan hasil dari usahanya,dia mendapat apa yang di'target'.

Jika dia boleh,kenapa tidak kita?

Seorang pelajar,sekiranya matlamat untuk mendapat 'straight A' , pasti dia akan belajar dengan lebih bersungguh2 untuk merealisasikan matlamatnya.

Seorang peniaga pula jika ingin perniagaannya maju,sudah pasti dia akan berusaha meluaskan pasarannya.

Bagi seorang muslim dan muslimah,seandainya matlamat adalah syurga,pasti akan berusaha sedaya upaya bagi menggapai redha Allah.Tanpa keredhaanNya,manakan mampu melangkah ke syurgaNya.

Dan bagi kita,apakah matlamat yang ingin kita capai?

Tepuk dada tanya iman

Tuesday, May 17, 2011



T0 All of my teacher..

  • cikgu waktu pra sekolah di sk buluh lima
  • Guru2 Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA)
  • Murabbi2 Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Semoga Segala ilmu yang telah dicurah akan menjadi saham di 'sana' nanti.

Sepanjang hidup bergelar seorang 'pelajar' ini,telah pelbagai guru yang telah saya temui..walau bagaimanapun karakter mereka,mereka punyai satu misi.Bukan hanya menyampaikan ilmu,tetapi mereka juga merupakan se0rang pendidik.

Bercerita tentang guru,teringat saya akan guru2 saya yang terlebih dahulu menghadap ilahi.Seorang demi se0rang pergi...



Semuanya bermula sewaktu saya masih di tingkatan 5(2009).
Guru bahasa melayu saya puan Halimatun Hussin atau lebih mesra dengan panggilan 'ummi'.Pemergiannya bukan hanya dirasai oleh pelajar tingkatan lima ketika itu sahaja,malah hampir keseluruh warga ma'had menangisi kehilangan seorang murabbi.

Tidak lama kemudian,kami menerima satu lagi berita kematian guru.Guru matapelajaran geografi ketika saya di tingkatan 1.Cikgu Zainuddin Jusoh.Beliau adalah se0rang yang sangat berjiwa kental.walaupun usianya sudah mencapai satu tahap yang perlu berehat di rumah,tetapi beliau tetap menggagahkan diri datang ke sekolah untuk membantu selagi boleh.

Kemudian disusuli lagi dengan berita keberangkatan Sir Ghazali ke alam barzakh.Beliau merupakan guru bahasa inggeris tingkatan lima.Sedih + terharu apabila mendengar kisah beliau.
Ketika beliau baru terjaga selepas tidak sedarkan diri,terus beliau bangun dari pembarimgannya.apabila ditanya mengapa,dijawabnya bahawa kami,pelajar2 tingkatan lima akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.Dan tiada siapa yang pergi mengajar Bahasa inggeris.Beliau perlu pergi membantu kami..
Berguguran air mata ketika mendengar cerita ini.betapa prihatinnya beliau.Itulah yang dikatakan Murabbi...

Kesemuanya berlaku dalam satu tahun sahaja.

Tahun berikutnya seorang lagi guru MATRI dipanggil pulang menghadap ilahi.Sir yahya.Guru mtapelajaran bahasa inggeris dan EST bagi pelajar menengah atas,

Berita yang sangat menggemparkan apabila saya menerima mesej tentang pemergian Mudir Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah,Dato' Dahlan b. Mohd Zain di bumi wakafan MATRI,Perlis.Saya tidak dapat menghadiri pengkebumian Allahyarham ustaz Dahlan kerana ketika itu saya berada di Pahang.

Dan pada beberapa hari lepas,se0rang lagi guru telah pergi menemuiNya,Ustaz Yasamsuri,guru aku di tingkatan 6 yang mengajar madah untuk STAM.

"Allahummaghfirlahum warhamhum.Wa 'aafiihii wa'fu 'anhum.."

Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka.dan Semoga Segala ilmu yang telah dicurahkan akan menjadi bekal di 'sana'..

SELAMAT HARI MURABBI

Sunday, May 15, 2011

ikatan memberi kekuatan

Dalam suasana malam yang disinari cahaya lampu jalan,aku ditemani abah dan mama menjejaki lagi bumi wakafan MATRI bagi menemui adik lelakiku,Ubeid yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada hujung tahun ini.
Abah menjenguk puteranya kerana berhajatkan ubeid dapat memanfaatkan masa sebaik-baiknya berbekalkan semangat se0rang mujahid.Tetapi aku tahu abah juga merindui Ubeid setelah sekian lama tidak bertemu.Cuma tidak dizahirkan dengan kata2.
penantian membuahkan hasil.Selepas beberapa ketika menunggu di kereta yang diparkir di atas padang hoki matri,Ubeid memunculkan diri.Langkahnya laju menuju kearah abah yang berdiri di belakng kereta.
Setelah bersalaman dan bertanya khabar dengan cikgu Rogayah(cikgu sains semasa aku di tingkatan 2) aku menyertai abah dan ubeid.Kami lebih selesa berdiskusi di luar kereta.
Abah mencurahkan segala pesanan buat putera tercinta.Ubeid kelihatan bersemangat dan ceria mendengar kata2 keramat ayahanda tersayang.Ya la,ayah mana yang tidak sayangkan anak.Aku terkenang akan zaman persekolahanku dahulu.Hampir sama situasinya.
Memang ikatan itu memberi kekuatan.
Oh..indahnya saat itu.

********************

"Bill!!!"
'dupp!',ya rabb..mereka rupanya..
Aku pandang abah yang berdiri di belakang kereta.Pandangan yang bermakna.
"Ha..pi la dulu kat depa.."Aku membalas kata2 abah dengan senyuman keriangan.'thanks abah.'

Kuhulur tangan buat sahabat yang dirindui."kaif hal?"perkataan bahasa arab menjadi pembuka kata.'apa khabar ?'..
Iffah hanna setia bersama avanzanya yang banyak berjasa
Setelah sekian lama,akhirnya bertemu jua.
"Ya Allah Bill..lamanya x jumpa.rindu la dekat bill,"
"Rindu jugak rin.."jawabku ikhlas.Memang telah lama aku berhajat untuk bertemu dengan teman2 seperjuangan di alam persekolahan dulu.Akhirnya Allah telah makbulkan d0aku.Alhamdulillah..
"Hai,berseri2 aih nampak.Dah ada ka..?"Iffah mengusik.
"A'ah la bill.orang kata kalau nampak berseri2 ni dah ada.."Ririn meny0kong kata2 iffah.
"Aish..ada apa pulak dah??"aku melontar soalan kembali membalas gurauan mereka.
Walau telah lama tidak berjumpa,gurauan mereka masih menceriakan suasana.
"jangan salah faham,maksud kami ada 'income',"
"Ha ha ha," Pecah ketawa semua orang.
Walau dalam keadaan apa sekalipun,kemesraan itu main peranan.
Memang ikatan itu berikanku kekuatan..

****************

Disaat ini aku dikelilingi sahabat2 ku yang telah melayari alam bawah sedar.
Kehadiran kami ke bumi MATRI ini bukanlah dirancang.Tetapi perancangan Allah tersusun rapi.Kami dipertemukan di sini.Di tempat pertama kami bersua.
Basyirah Ritzuan datang mencurahkan bakti sebagai guru sementara.Memanfaatkan masa cuti menolong guru2 di matri.Membantu adik2 dalam mempelajari bahasa arab.Izzati bahran juga mengambil peluang yang sama.Disamping itu,mereka juga membantu dalam menjaga k0perasi Matri.
Aliya R0seli menjadi 'penunggu' setia di bumi wakafan kerana dia memilih untuk mengambil bidang deeniyah di MATRI.Iffah Za'aba yang baru menjejaki bumi wakafan ini pada pagi tadi juga telah memasang niat untuk berbakti pada taman tarbiyah ini.Ririn diana,pelajar ind0nesia sekelasdengan aliya tidak kek0k untuk bersama sahabat2ku yang boleh dikatakan tidak pernah bertemu sebelum ini.Itulah penangan UKHUWWAH FILLAH.
Aku berfikir sendiri.'Tiada persahabatan terbaik sehebat ukhuwah fillah.' Tidak kutemui lagi insan di luar sana yang mampu menjadi 'sahabat' seperti mereka.
Sentiasa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Ikatan itu benar2 memberikanku kekuatan..

Tuesday, May 3, 2011

ketandusan...

aku ingin menulis..
aku ingin berkongsi...
aku x ingin menyimpan sendiri...
aku ingin semua tahu..
aku x mahu hanya aku yang tahu..

tetapi...
apa yang harus aku karangkan?
x kan sekadar artikel dan penulisan semata-mata?
bgaimana ia boleh sampai ke dalam jiwa manusia
jika datangnya bukan dari jiwa??

maafkan diriku wahai semua..
aku manusia biasa..
iman turun naik tanpa diduga..
ujian setiap masa..

aku malu dengan DIA
bagaimana aku ingin menjadi hamba yang SETIA?
andai dibiarkan diri ketandusan iman sentiasa..

aku juga mencuba
bukan sekadar mencuba yang biasa
ingin menjadi yang luar biasa
mempertahankan prinsip yang menjaga
maruah diri dan agama

aku manusia biasa
yang mengharapkan doa kalian semua...