welcome

Sunday, May 15, 2011

ikatan memberi kekuatan

Dalam suasana malam yang disinari cahaya lampu jalan,aku ditemani abah dan mama menjejaki lagi bumi wakafan MATRI bagi menemui adik lelakiku,Ubeid yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada hujung tahun ini.
Abah menjenguk puteranya kerana berhajatkan ubeid dapat memanfaatkan masa sebaik-baiknya berbekalkan semangat se0rang mujahid.Tetapi aku tahu abah juga merindui Ubeid setelah sekian lama tidak bertemu.Cuma tidak dizahirkan dengan kata2.
penantian membuahkan hasil.Selepas beberapa ketika menunggu di kereta yang diparkir di atas padang hoki matri,Ubeid memunculkan diri.Langkahnya laju menuju kearah abah yang berdiri di belakng kereta.
Setelah bersalaman dan bertanya khabar dengan cikgu Rogayah(cikgu sains semasa aku di tingkatan 2) aku menyertai abah dan ubeid.Kami lebih selesa berdiskusi di luar kereta.
Abah mencurahkan segala pesanan buat putera tercinta.Ubeid kelihatan bersemangat dan ceria mendengar kata2 keramat ayahanda tersayang.Ya la,ayah mana yang tidak sayangkan anak.Aku terkenang akan zaman persekolahanku dahulu.Hampir sama situasinya.
Memang ikatan itu memberi kekuatan.
Oh..indahnya saat itu.

********************

"Bill!!!"
'dupp!',ya rabb..mereka rupanya..
Aku pandang abah yang berdiri di belakang kereta.Pandangan yang bermakna.
"Ha..pi la dulu kat depa.."Aku membalas kata2 abah dengan senyuman keriangan.'thanks abah.'

Kuhulur tangan buat sahabat yang dirindui."kaif hal?"perkataan bahasa arab menjadi pembuka kata.'apa khabar ?'..
Iffah hanna setia bersama avanzanya yang banyak berjasa
Setelah sekian lama,akhirnya bertemu jua.
"Ya Allah Bill..lamanya x jumpa.rindu la dekat bill,"
"Rindu jugak rin.."jawabku ikhlas.Memang telah lama aku berhajat untuk bertemu dengan teman2 seperjuangan di alam persekolahan dulu.Akhirnya Allah telah makbulkan d0aku.Alhamdulillah..
"Hai,berseri2 aih nampak.Dah ada ka..?"Iffah mengusik.
"A'ah la bill.orang kata kalau nampak berseri2 ni dah ada.."Ririn meny0kong kata2 iffah.
"Aish..ada apa pulak dah??"aku melontar soalan kembali membalas gurauan mereka.
Walau telah lama tidak berjumpa,gurauan mereka masih menceriakan suasana.
"jangan salah faham,maksud kami ada 'income',"
"Ha ha ha," Pecah ketawa semua orang.
Walau dalam keadaan apa sekalipun,kemesraan itu main peranan.
Memang ikatan itu berikanku kekuatan..

****************

Disaat ini aku dikelilingi sahabat2 ku yang telah melayari alam bawah sedar.
Kehadiran kami ke bumi MATRI ini bukanlah dirancang.Tetapi perancangan Allah tersusun rapi.Kami dipertemukan di sini.Di tempat pertama kami bersua.
Basyirah Ritzuan datang mencurahkan bakti sebagai guru sementara.Memanfaatkan masa cuti menolong guru2 di matri.Membantu adik2 dalam mempelajari bahasa arab.Izzati bahran juga mengambil peluang yang sama.Disamping itu,mereka juga membantu dalam menjaga k0perasi Matri.
Aliya R0seli menjadi 'penunggu' setia di bumi wakafan kerana dia memilih untuk mengambil bidang deeniyah di MATRI.Iffah Za'aba yang baru menjejaki bumi wakafan ini pada pagi tadi juga telah memasang niat untuk berbakti pada taman tarbiyah ini.Ririn diana,pelajar ind0nesia sekelasdengan aliya tidak kek0k untuk bersama sahabat2ku yang boleh dikatakan tidak pernah bertemu sebelum ini.Itulah penangan UKHUWWAH FILLAH.
Aku berfikir sendiri.'Tiada persahabatan terbaik sehebat ukhuwah fillah.' Tidak kutemui lagi insan di luar sana yang mampu menjadi 'sahabat' seperti mereka.
Sentiasa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.

Ikatan itu benar2 memberikanku kekuatan..

No comments: