welcome

Sunday, November 13, 2011

hmm..btol la tu.tp mcm ada yg x kena..

P :: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
L :: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
P :: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
... ... L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
P :: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
... L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
P :: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L :: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P :: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L :: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka.

Tuesday, November 8, 2011

Sedar x sedar dah sampai hujung tahun kan.Adik2 yang bersekolah pun ada yang sudah melangkah ke musim cuti sekolah..Nak buat apa kat rumah cuti2 ni? Mesti la dengan aktiviti bermanfaat kan,macam yang selalu tulis dalam karangan bahasa melayu tu..nak buat apa2 pun x pa.Asalkan x melibatkan diri dengan perkara yang bukan2..

Dan x kan balik rumah ni nak tid0 ja kan kan.Bangun pagi lewat tr0s makan tengah hari then solah zohor.pastu sambung td0 pastu bangun lewat petang dah solah asar pulak pastu makan kemudian s0lah maghrib dah tu teng0k tv then tgk tv lagi kmudian s0lah isya',lagi oline..sampai pk0l bpa pgi bru td0?
x kan mcm tu kot..rugi besar la kalau sepanjang cuti mcm ni ja rutin harian..

Pernah terfikir x yang kalau tdur kita separuh hari(sehari 24 jam,separuh hari tu kira macam 11 ke 12 jam) sepanjang 20 tahun(contoh la kan),sebenarnya kita hidup hanyalah 1o tahun..sebab lagi separuh umur kita dibazirkan dalam waktu tdur yang berlebihan..pnah terfikir k pasal ni?

so,Di kesempatan ni ada sesuatu untuk adik2.Aktiviti yang sangat2 bermanfaat..tau x apa yang nak bagitau ni?X tau? ni mai nak habaq kat adik2 yang d0k cuti sekolah la ni (area utara,kedah terutamanya..)

KEM MINDA KREATIF KEMBALI LAGI!





Tema:
Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik

Objektif:
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.

KMK merupakan Perkhemahan Remaja HALUAN peringkat negeri. Terbuka kepada semua pelajar berumur 12-16 tahun.

Anjuran : Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah

Yuran Penyertaan : RM 60.00 seorang (adik-beradik seterusnya RM 55.00 seorang)

Tarikh tutup Pendaftaran : 20 November 2011

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
1. Cikgu Zamri bin Mat : 013-451 4345
2. Saudara Abu 'Ubaidah Sharudin : 013-628 4940

Keperluan yang perlu dibawa :
1. Al-quran terjemahan
2. Al-ma'tsurat
3. Buku catatan dan alat tulis
4. Pakaian riadah dan pakaian solat (baju sejuk dan selimut wajib bawa)
5. Makanan mentah (beras 3 cawan, sardin 1 tin, telur 5 biji)

Pengangkutan bas rombongan insyaALlah akan disediakan dari:
1. Alor Setar
2. Sungai Petani

Air mata LELAKI..

Biasanya post sebelum ni banyak tentang wanita kan? Kali ini nak buat sedikit kelainan dengan bertemakan LELAKI..
Lelaki pun menangis tau.Jangan buat x percaya.Betul...x tipu punya..Nak tau?
Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. ...Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
WAHAI PEMUDA2 YANG SEDANG MEMBACA..Ego lelaki itu memang diperlukan..Tetapi bukan pada setiap masa dan keadaan.Jangan malu untuk melenturkan EG0 itu kerana kelak anda akan mendapat balasannya..