welcome

Tuesday, May 15, 2012

buat Insan Teristimewa

Buat yang bergelar guru sepanjang hidup

Dedikasi khas buat insan yang telah mendidik diriku sejak kecil. Merekalah guru ku, ibuku, bapaku..


Buat abah, walaupun abah telah melepaskan tanggungjawab sebagai guru sekolah, namun dialah guru sepanjang hayatku. Yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam mendidik anak2nya. Bersumberkan tali2 Allah yang tidak akan putus buat selmanya. Untuk kami mengenali agama dan Pencipta. Pengalam hidup menjadi contoh agar tidak kami, anak2nya mengulangi kesilapan lampau dalam mengharungi kehidupan dunia. Dalam menempuhi ujian..
Hikmatus syuyukh fi hamasatis syabab
Hikmah orang tua pada semangat pemuda

Buat mama yang telah menjadi guru buatku serta adik beradikku, walau kami masih belum tahu rupanya dunia. Sentiasa mendidik sehingga terlupa untuk tidur tatkala kami terjaga dimalam hari. Yang kenyang apabila menyuapkan anak2nya makan. Yang terlupa untuk rehat demi menjaga anak2nya yang sakit.Yang mengajar menjadi anak yang soleh solehah dan taat kepada abah walau dia yang harus ditaati dahulu..


Anak2 hasil didikan kalian:

  1. Siti Syahidah  :x-programmer + pendidik 
  2. Siti Syuhadah :Pendidik anak2 cuba menjadi yang terbaik
  3. Siti Madihah   :Bakal guru merangkap pendidik
  4. Mohamad Aizuddin:Doktor
  5. Siti Nadzirah  :Bakal pharmacist
  6. Siti Nabilah    :Bakal Surveyor (InsyaAllah)
  7. Siti Maisarah  :Lepasan Matrik yang sedang menunggu panggilan ke IPT
  8. Mohamad Ubeid:Penuntut Tarbiyah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI)
  9. Mohamad Uqbah:Bakal Huffaz, Penuntut di Ma'had Tahfiz Sains Darul Muttaqin(MASDAR)

Abah dan mama, kami anak2 juga menginginkan yang terbaik buat abah dan mama sepertimana kalian inginkan yang terbaik untuk kami gapai sejak kecil. Panahan doa dari kami moga hari2 yang mendatang akan lebih bermakna bagi kita di sisiNya.


Buat cikgu2 Pra Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, guru2 Sekolah Rendah Islam Darul Aman(SRIDA), Murabbi2 Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) yang masih berkhidmat dan telah pergi menemui-Nya. Pensyarah2 Universiti Teknologi Mara, Perak. Ilmu2 yang dicurahkan serta qudwah2 yang ditunjukkan, TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat kalian,walau kutahu ucapan ini tidak mampu menjadi balasan. Moga semuanya menjadi amalan yang dikiraNya sebagai bekalan di 'sana'. Moga panahan doa ini sampai buat kalian yang dicintai kearanaNya.


Buat teman2 serta saudara2. Kalian merupakan guru secara tidak lansung kepada saya. MOga yang baik dikongsi menjadi saham buat kita.



Serangkap sajak yang tidak asing lagi bagi kita ku layangkan buat kalian yang bernama guru..


Guru oh guru..


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala ummat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadi apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat.


Usman Awang,1979
mmmoga bermanfaat~


Tuesday, May 8, 2012

Bersabarlah duhai diri..

"Haaachumm.." Berhabuk bersawang habis laman ni..'huhu,maaf ya..',  ^_^''
Setelah sekian lama menyepi, Allah kurniakan ilham dan kekuatan jua untuk ku coretkan sesuatu. Entry kali ini tidaklah panjang seperti entry sebelum2 ni. Cuma ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan kalian yang dikasihi kerana Allah..

'Berpesan2lah dengan kebenaran dan kesabaran,"


------------------------------------------------
Kadang2 bila kita minta pada Allah akan kesabaran, DIA tambahkan kita ujian.

Kenapa?

Sebab Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu..

DIA tambah ujian buat kita supaya kesabaran itu dapat dipupuk dan dibentuk.Ia akan menjadi khazanah dalam diri yang akan lebih kita hargai. Jika dihulurkan sesuatu terus begitu dengan senang lenangnya, sudah pastinya penghargaannya kurang berbanding dengan apa yang diperoleh daripada bersusah payah.
Fitrah manusia lebih menghargai apa yang perlu diusahakannya sendiri. Jadi, kesenangan juga perlu diusahakan jika ingin diperolehi.

Let's think~



*Moga ia bermanfat buat kalian dan saya juga.^^

Sunday, April 1, 2012

Marindui rembulan di tengah siang~



Akan kuatkah kaki yang melangkah,
Bila disapa duri yang menanti,
Akan kaburkan mata Yang menatap,pada debu yang pastikan hinggap..

Sambil bersandar pada kusyen saga FL bagi melepaskan lelah setelah melalui perjalanan yang meletihkan dari Sri Iskandar ke Ipoh,kemudian menyambung perjalanan menuju Kedah, aku hayati nasyid berjudul 'x seindah sentuhan mata' setelah sekian lama tidak dimainkan di radio..

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya yang x seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

"Ciri2 jihad ni ada 3..." Pandanganku terarah kepada abah yang berada di sebelah kananku. Suara abah memecah kesunyian yang mula mengambil tempat di segenap ruang FL. Abah yang kini mengambil diploma dalam bidang syariah lebih yakin dalam kebanyakan hal apabila berbicara denganku.

" First, mesti ada matlamat..then, akan ada perjuangan..kemudian..."
" pasti ada halangan,.." aku menyambung kata2 abah yang belum sempat dihabiskan. Abah tersenyum.

"1. Matlamat. 2. Pengorbanan. 3. Halangan" aku mengulangi kata2 abah sambil membilang dengan jari..

Are you ready? Prepare urself 4 FUTURE! (^-^)V

Saturday, March 31, 2012




April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari sat
u episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh.

Walau sangat kuat, pasu
kan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.Islam telah menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di
sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada me
mbaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol.



Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikia
n helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang k
eperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari S
epanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil.

Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Kita bagaimana?
let's think~

sumber:
Facebook

Tuesday, February 21, 2012


'Qul Haq Walau kaana Murron'
Berkata benarlah walaupun PAHIT!

jaga2 VIRUS ni!!!

Sedar x sedar,setiap tempat pun ada virus. Bukan hanya dari segi kesihatan fizikal sahaja, hatta dalam persahabatan sendiri pun ada virus.

Beetuuullll.... Percayalah.Nak tau apa virus tu? Errmm..Sebenarnya virus ni ada tersirat dalam tips2 yang bakal dihidangkan ni.(Tips pulak dah..=.='') Tips apa? Itulah Tips untuk meR0SAKkan, meLERAIkan, mengHANCURkan ukhuwah.

.

Tips2nya seperti berikut:
  1. Berbicaralah pada saudaramu dengan nada yang tinggi dan kasar.
  2. Jangan mendengar dan jangan menghargai pendapatnya
  3. Selalulah berbantah-bantahan walau sekecil2 perkara
  4. Kritiklah sekerasnya hingga perasaannya terluka
  5. Tegurlah kesalahannya di hadapan orang lain
  6. Selalu negatif thinking kpdnya dan jangan memaafkan kesalahannya
  7. Jika ada aib dan rahsia yang diketahui,sebarkanlah kepada orang ramai
  8. Mudahlah untuk berprasangka yang bukan-bukan kepadanya

That's all..

Tepuk dada tanya iman..(kenapa islam mengharamkan semua perkara di atas,anda tahu jawapannya..^^)

~let's think~

Monday, January 23, 2012

di suatu hari II..

'BAS SEKOLAH????!!!!'
think positive okay..dalam dia el0k kott..(nak pujuk diri)

Akhirnya penantian selama beberapa jam itu x sia2.Berkat kesabaran(erkk??),muncul juga bas yang dinanti.
Ingatkan dah nak kena tunggu abang balik malam ni(abg dari selayang).kalau x berasap la nak menunggu..(sabar okay~)

Hari itu,saya diajar untuk sangat bersabar..Kerana setiap manusia ada kekurangan masing2...

Konklusinya .. Haruslah kita selalu husnudzon a.k.a think positive.

Saturday, January 21, 2012

Di suatu hari...


Archery = Memanah


What i wanna talk about??
Hey you! You la!(*yang menaip ni)..Tepuk dada tanya iman!

Hmm....mRs blog,maaf ya dah lama x update..Hari ni Allah nak gerakkan jari2 ni untuk menaip sesuatu lagi..

Actually,topik asal p0n x jelas..okay2..x pa..relax2...istighfar2..

X tau la knapa ni.mungkin letih kot.(letih ka?)..ya la kan,baru sampai rumah ptg tadi.seharian naik bas..

6.30+ a.m-keluar dari bilik kolej.Berjalan kaki hingga ke gate utama kampus.

+- 7.o0 a.m-melintas jalan depan gate utama untuk menunggu bas

7.o6 a.m-bas tiba.(bertolak keluar dari Sri iSkanDar)

8.o5 a.m-sampai di medan kit.Terus jalan laju2 cari bas utk ke medan gopEng.(Dah jumpa bas,trus ambil tempat duduk.

+-8.30 a.m-sampai ke destinasi.

Di meDan gopEng,..
'krruukk..'Perut bersuara minta diisi..

Maka dengan itu,saya bersama aDel merangkap classmate&coursemate meneruskan perjalanan di sekitar station bas bagi mencari sesuatu untuk mengalas perut.Masing2 x bercadang untuk bersantap yg berat2,jadi kami masing2 mencapai 2 jenis roti bersama sebotol air di kedai runcit berdekatan.

merenung tiket bas yang bernilai rm25 (STARING..) o.o
"930.."
saya dan adel mempunyai halatuju yang sama(alorstar).Waktu bertolak juga sama(93oa.m).Namun bas berbeza.
Jadi,masing2 mencari kaunter tiket masing2 dgn tujuan yang sama(nak tau bas da ada k belum sampai)..
Masing2 pun kembali ke tmpt duduk dgn muka relax.(walaupun bas belum sampai)^_^.(*awal lg kot..)
Apabila kali ke 2 pulang dari kaunter tiket,masing2 still bertahan.*_*(sebab jam pun dah 930++ a.m)
Tapi bila kali ke 3 pun mendapat jawapan yang sma dari penjaga kaunter,riak wajah mula berubah(still cuba kawal)+,+
Jam menunjukkan pukul 10 a.m-Adel tersenyum pulang dari kaunter tiket."bas dah sampai!"
Alhamdulillah utk Adel,Allahu Akbar buat diri..^^cuba tersenyum~
(maka tinggallah saya di situ~)

X terkira berapa banyak kali ulang alik ke kaunter,jawapan x seperti yang diharapkan..=.=''(mode:menguji tahap kesabaran)
dalam hati, 'Allah,x da yang mudah melainkan Engkau permudahkan.'

Dipendekkan cerita,124o tgh hari maka bas pun tiba..
"Bas Sekolah??!!!"