welcome

Sunday, April 1, 2012

Marindui rembulan di tengah siang~



Akan kuatkah kaki yang melangkah,
Bila disapa duri yang menanti,
Akan kaburkan mata Yang menatap,pada debu yang pastikan hinggap..

Sambil bersandar pada kusyen saga FL bagi melepaskan lelah setelah melalui perjalanan yang meletihkan dari Sri Iskandar ke Ipoh,kemudian menyambung perjalanan menuju Kedah, aku hayati nasyid berjudul 'x seindah sentuhan mata' setelah sekian lama tidak dimainkan di radio..

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya yang x seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

"Ciri2 jihad ni ada 3..." Pandanganku terarah kepada abah yang berada di sebelah kananku. Suara abah memecah kesunyian yang mula mengambil tempat di segenap ruang FL. Abah yang kini mengambil diploma dalam bidang syariah lebih yakin dalam kebanyakan hal apabila berbicara denganku.

" First, mesti ada matlamat..then, akan ada perjuangan..kemudian..."
" pasti ada halangan,.." aku menyambung kata2 abah yang belum sempat dihabiskan. Abah tersenyum.

"1. Matlamat. 2. Pengorbanan. 3. Halangan" aku mengulangi kata2 abah sambil membilang dengan jari..

Are you ready? Prepare urself 4 FUTURE! (^-^)V

No comments: