welcome

Wednesday, August 31, 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Setelah sekian lama tidak mengupdate post di sini..akhirnnya muncul jua.Alhamdulillah,masih berkesempatan..Maaf andai ada diantara kalian yang ternanti2 dan tertunggu2 perkembangan daripada laman ini..Lebaran kali ini lebih menuntut untuk saya berjauhan daripada komputer riba mahupun telefon bimbit gara2 'tugasan' yang setia menanti..Walaupun begitu,kerja2 itu yang memberi 'rasa nikmatnya' membantu orang tua di rumah.Bila lagi berpeluang menabur jasa kepada mereka.Selagi berpeluang,manfaatkanlah sebaiknya..

Oh..Sebelum terlupa,ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali diri ini.Dan saya mohon maaf andai ada salah dan silap..Halalkan yang terlebih dan terkurang..Semoga Aidilfitri kali ini penuh keberkatan.

Kali ini,ingin saya kongsi sesuatu yang telah saya dapat..semoga bermanfaat..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala

rasam uthmani faqath.

Wednesday, August 10, 2011

Alasan x nak tutup aurat?


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia
menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan
mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak
mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak
mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk
Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan.
Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul.
Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci
dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang
membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang
memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut
kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk
menjamin kau masuk syurga?


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang
lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan
menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal
mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan
perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem
untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak
bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu.
Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas
melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama
Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan
terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa
Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit
kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung
dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih
berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan
melindungi diri kamu.”

Pearl of Ramadhan : 3

Org yg berjalan teresot2 dan bertaktih2 dlm melakukan `ibadah pd Allah lebih laju dari Org yg sempurna sifat tapi melakukn kemaksiatan pd Allah ketika di "SIRATUL MUSTAQIM" nanti.....

Friday, August 5, 2011

Pearl of Ramadhan : 2

Ramadhan sangat sinonim dengan puasa..Apabila disebut perihal puasa,maka sahur adalah salah satu daripada pekejnya.Tetapi,antara perkara yang diambil ringan oleh kebanyakan orang sekarang adalah bersahur.Walaupun sahur bukanlah sewajib puasa,tetapi padanya ada keberkatan bagi mereka yng ingin berpuasa..
“Sahur ialah santapan berkat, janganlah kamu semua tinggalkannya walaupun dengan meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur.”

(Hadith riwayat Ahmad, Baqi Musnad al-Mukthirin, Musnad Abi Sa‘id al-Khudri, No. 10664. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 3683.)

Pearl of Ramadhan : 1

PUASA melatih kita banyak pekara :-
amanah, sabar, taat, keyakinan, kepercayaan, kejujuran, dan lain-lain lagi....
>> jangan lah kita tegolong dalam golongan orang-orang lapar dan dahaga sahaja, kerana ia amat rugi....
..:: RAMADHAN KAREEM::..