welcome

Wednesday, December 31, 2008

lasT p0st f0r thIs yEar

insyaAllah yang ni p0st yang terakhir untuk tahun 2008..esok akan masuk tahn baru.semoga kitakan dipertemukan lagi di bawah naungannya.
kepada sahibah ana yang akan meneruskan perjuangan di medan baru,semoga Allah membantumu.
dan kepada sahibah-sahibah yang masih meneruskan perjuangan di medan tarbiyah..ayuh kita teruskan perjuangan bersama-sama.
moga kita akan menjadi lebih baik pada tahun yang bakal ditempuhi daripada tahun yang telah dilalui.


salam perjuangan daripada
yang sedang berjuang,

srikandi umar

Sunday, December 28, 2008

~***deTik PermuLaAn***~

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun ISLAM hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke k0ta Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berk0rban harta dan nyawa
Demi menegakkan ISLAM tercinta
Hijrah itu peng0rbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu
Mari semua kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan sYi'ar ISLAM
Untuk sepanjang zaman!!

..::sAlam ma'Al hijrah::..

MA'AL HIJRAH...
satu detik yang bersejarah
Permulaan tahun ISLAM
Dikala Rasulullah bersama sahabat-sahabat
baginda berhijrah meninggalkan
Makkah Mukarramah
meninggalkan segala-galanya yang disayangi
tanah kelahiran mereka
harta benda
sanak saudara
kaum kerabat
serta
isteri tercinta
Demi menyahut seruan da'wah
Ke Madinah Munawwarah..
Mereka disambut mesra saudara di sana
diberi harta,isteri tanpa mengira siapa
tanpa bayaran dan tanpa berkira apa-apa
dengan ikhlas
hanya kerana-Nya
sifat yang diraih
selepas penghijrahan kearah ke-islaman
serta kebaikan..
Ayuh kita berhijrah bersama-sama
Mencari redha-Nya

Saturday, December 27, 2008

Hikmah di malam yang gelap

Di bawah biasan lilin kucoretkan sebuah kisah.Kisah tentang diri yang serba lemah.

Tepat jam 12:15 malam,diriku masih berada di dalam kegelapan.Beberapa detik lalu disaat aku sedang leka melayani rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen,tiba-tiba.....tup...

'Ya Allah gelapnya....secebis cahaya pun x dak.Macam x buka mata ja walaupun tengah buka mata ni.'

Nampaknya bekalan elektrik dah terputus.Adik beradikku serta abang iparku yang berada di ruang tamu juga terkejut.Masing-masing mencari punca.

"Satu taman x der elektrik,"abang ngah(abang ipar) mengkhabarkannya setelah ke luar rumah untuk melihat keadaan jiran-jiran di sekeliling.

"kak ngah,kak ngah, rasa macam x bukak mata kan.x nampak apa,"suara adik b0ngsuku memecahkan kesunyian.

Terlintas di sanubariku bahawa beginikah keadaannya di kubur nanti????

'Takutnya!
aku kese0rangan di sini..
x nampak orang lain dah'
Lagi takut di sana kalau amalan x tentu hala
'Gelapnya!!
gelap sangat nie...elektrik pulak x dak.'
Gelap lagi di kubur nanti ....
'Panasnya!!!
bila x dak elektrik ni,kipas x jalan la..tu yang panas sangat nih.
dah la nyamuk banyak.
Eeiiyyy...Rimas betul'
Panas lagi andai maksiat silih berganti!!
Tiada yang akan men0l0ng selamatkan kita dari binatang berbisa yang membelit kita di sana..
Tiada lagi yang akan menyahut teriakan kita yang bisa mengejutkan makhluk Allah yang lain Tika di alam sana..

SEMPIIT!!!
GELAAAP!!!
PANASSSS!!!!
RIMASSSSS!!!!!!!

Seperti yang sedia maklum,aku bukanlah 'anak sahabat' seberti kebanyakan sahabat2ku.Diberi lebih pendedahan tentang ISLAM berbanding keluarga biasa.Namun aku amat bersyukur mempunyai keluarga yang mengajarkanku erti kesabaran,kebenaran dan banyak lagi.Aku teramat bertuah kerana dikurniakan Abah yang penyabar dan mama yang penyayang.

Kembali ke t0pik asal.Aku kini masih berada didalam kegelapan tanpa sinaran cahaya lampu.Kut0leh ke kiri...'subhanallah'
Adik2ku sedang solah berjemaah.Jika nak dikira,memang lewat untuk solah fardhu isya'.Namun aku masih bersyukur kerana mereka masih mahu s0lah secara berjemaah.Kerana di fikiranku ramai manisia yang enggan menunaikan solah fardhu,apatah lagi secara berjemaah.Ubeid mengimamkan s0lah.Mungkin ini biasan tarbiyah yang diper0leh selepas berkampung selama 2 minggu berkampung di bumi waqafan tersebut.

Stella,bubuya,dan cit0t(kucing peliharaan) asyik berulang alik dari depan(ruang tamu) ke belakang(dapur) dan sebaliknya..Kegelapan tidak menjadi penghalang bagi mereka kerana Allah kurniakan pada kucing mata yang boleh melihat dalam kegelapan.

Subhanallah..
Alangkah indahnya hati yang dipenuhi cahaya iman menyusuri l0r0ng2 gelap dipenuhi duri.Cuba bayangkan andai kita dikurniakan Allah mata yang bisa melihat dalam kegelapan(jahiliyah).Tentunya kita tidak akan sesat mahupun tersngkur.

Susah juga bila dah black0ut ni..Ye larr,kena cari lilin la pulak yang dah berkurun tersimpan di ceruk mana ntah.Tapi...untung lagi black0ut kat dunia daripada kat kubur sana.Sure-sure x yah cari lilin sebab x kan jumpa punya.

Pandanganku tertumpu pada satu-satunya lilin yang jumpa dan menyala dalam rumah ni.Pendek dan makin pendek.Bising di telingaku bertambah dan bertambah.Satu...satu haiwan tu angkut kaum kerabatnya untuk menjamu selera di tubuhku yang semakin gatal ini.(dah jadi macam tempat derma darah dah.)

'Ya Allah,bisingnya..'

Kadang-kadang aku terlupa bahawa suara-suara bising itulah yang sedang memuji Allah.

pandanganku kembali tertumpu pada sebatang lilin yang sedang memakan dirinya.Dan kulihat juga habuk2 hitam dan halus bertaburan di sekitar lilin tersebut.
"Ya Allah!"
Tau x apa habuk2 hitam tu?habuk tu adalah abu2 nyamuk yang terbakar apabila terbang berhampiran api tersebut.Bukan pintanya untuk mati terbakar,tapi itulah suratan yang Esa.

Api itu b0leh diibaratkan jahiliyah dan nyamuk sebagai manusia.Bukan pintanya untuk tunduk pada jahiliyah.Hanya mahu menjenguk sahaja.Di situlah kesilapannya.Teramat kuat medan magnetnya menarik manusia terkulai di sisinya.Sudah suratan Yang Esa.

Alhamdulillah...
Akhirnya cahaya menyinari kembali

Friday, December 26, 2008

'Ainul Mardhiyah ~*penghulu bidadari syurga*~

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut....
tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut
bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.
Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu...
Tak pernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai....
Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan...
Dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua....
dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah,
aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku....
Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......
Tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah
yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.
Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka
(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).
Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan
perihal sahabat nabi yang syahid tadi...
Dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar...benar...benar...
dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan
sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Thursday, December 25, 2008

bUaT TemaN sEperJuanGan

Alhamdulillah...

sYukur ke hadhrat Ilahi..

X sangka ana ada sahabat2

seperjuangan yang hebat2 belaka.

Dan semakin hebat mengikut

arus perubahan zaman.

Syabas! Untuk semua.

Semoga kita dapat meneruskan perjuangan

untuk menegakkan deen ini..

amin.


Princess 15th generation sekali lagi mengukir

sebuah laman buat puteri2 harapan islam dengan

kewujudan blog PRiNCESS 15 zikr,

selepas kehadiran gr0up

15TH GENERATION OF PRINCESS MATRI

di friendster yang x seaktif dulu.

Alhamdulillah...Ana p0n dah join blog ni..


Semua ini diserikan lagi dengan kemunculan

risalah risalah yang memberi peringatan dengan

kemunculannya di setiap peti surat

princess 15 bertemakan "15 zikr"

bermula tahun ini.

Segunung penghargaan yang x ternilai

buat rakan seperjuangan yang

membanting tulang menjayakan semua ini.


Diharap Allah meredhai usaha antum

yang memperbaiki serta

mengeratkan lagi ukhuwah

diantara saudara2 15 gen insyaAllah.


Kalau antum perlukan tenaga tambahan

ana sedia membantu,insyaAllah.

Salam perjuangan

buat teman seperjuangan

dengan semangat juang..
moga kita kan membawa
sinar harapan baru untuk ISLAM!!!


TAKBIR!!!!


ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, December 24, 2008

~n0thin'~

Alhamdulillah...
lastly dapat gak surf ni.Ada masalah apa ntah ngan wireless ni.Tau la orang x tau menau sangat pasal menda2 ni....tapi jangan la buat hal.Astaghfirullah...mungkin ada hikmahnya kan ALLAH x bagi bukak kan???
Semalam x dak letrik..pergh..
PANAS...
GELAP...
BANYAK NYAMUK....
ya Allah...
tu baru sikit,kat dunia baru tu..insyaAllah pasal ni ana citer dalam artikel lepas ni..Dalam post ni ana nak citer pasal tadi.Asalnya abah ana ajak ana pi skolah Agama Yan(SMKAY).Abah ana ajak ana pi tolong buat keja sket kat sana.Ye lar,abah ana ngajar kat sana,so mesti a ada kerja kat cg2 skolah sbb skolah pon nak bukak dah.Ana ok jer.Org ajak ana ikut>>cmtu la ana..

Tiba2 ja abah ana cakap nak pi ambik kakak ana kat ICT,Penang.smalam kakak ana tep0n cakap dia cuti sampai isnin ni.Dia kata nak balik naik bas esok.Nak buat cmna,abah ana ni penyayang orangnya,nak pi ambik jugak la kakak ana tu.It's okay.x jadi masalah bagi ana.Ikut tetap ikut.Haha..Kitorang pergi 4 orang ja..Ana,abah,kak ngah dan abang ipar ana.

Alang2 pi penang tu abah ana ajak singgah pi rumah Cik ana..Ala...sapa x knal,cousin ana nya bapak..huhu(cg Shapiee la).Dah sampai sana ada la yang menyambut...Jumpa ja spupu ana yg rapat dari kecik2(sYahirah) apa lagi,banyak la citernya...ana citer kes ana...Dia citer kes dia la..Citer dia pasal Kem Pewaris baru2 ni dia pi...huaaa...jelesnya x dapat pi..ye larr,kem ni diorang yg pilih peserta.Siapalah diriku ini yg orang nak pilh kan..dah la bukan anak sahabat,dahtu bukannya ok sngt dlm akedemik,huhu..best dia crita..jumpak ramai kawan,satu bacth pon ramai..yg jauh2 pon ramai...huaaaahuaaa...lagi jeles..x pa la...dah takdir

Sembang punya sembang kat atas,turun2 abah ana dah x dak.menghilang pi balik pulau amik kakak ana.erm..x pa la,x dak rezeki nak ikut..

Actually x dak pa pon nak cakap..Nak cakap tringin pi Kem Pewaris ja..huhu

Sunday, December 7, 2008

Eid aDha

SelamaT haRi raYa aiDiLadHa
buat semua Yang membaca..
h0pe kita x lupa terhadap peng0rbanan
nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s.
.::salam alaik::.

h0pe dia dapat istiq0mah..

kelmarin(sabtu,6/12)ambil adik ana(lelaki)Yang baru habis menjalani Kursus intensif Bahasa Arab(KIBAR)di maTri.sesampainYa ana di maTri,

'mana ubeid ni??'memusing2 jugak la cari adik ana tu.

"abah rasa dia x habis baca quran lagi k0t,"x sangka abah dengar apa yang aku fikir dalam hati.

kereta kami betul2 ada di hadapan ASPURA.abah ana p0n keluar la dari kereta k0t-k0t ternampak adik ana kat mana-mana.

"mama,ramai naik atas tu,"abah ana berkias.sebenarnya abah ana 'segan' nak naik atas tu.ana tersenyum dengar abah cakap macam tu.

"awat abah x naik ja?"saja mengajukan s0alan nak mengisi masa..

"asrama sek0lah abah p0n baru naik sekali ja"abah tersengih.ana dengan mak ana pun turut senyum memahami maksud yang nak abah sampaikan.

mak ana tanpa membuang masa naik la paras 2 bangunan ASPURA mencari adik ana.ana yang lenguh duduk lama2 dalam kereta keluar berdiri tepi abah ana di belakang kereta.

"ha,tu dia!"sambil tunjuk kearah adik ana yang sedang berjalan dari arah bangunan akedemik 4 tingkat berhampiran ASPURA.

"Ubeid,pi kat mama.mama ada kat atas."selepas bersalaman dengan abah,abah terus suruh adik ana bantu mak ana mengemas barangnya.

"hehehe..abah,ubeid lain la.dah makin menyerupai budak2 MATRI.lawak la perangai dia lain,"

"emmhh...memangg la..2 minggu dia duduk sini.mana x nya."
kalau ikutkan hati memang ana nak t0l0ng mak ana ambil barang2 adik ana.Tapi masa dan tempat x mengizinkan ana buat camtu.ye la..mak ana x pa la naik atas(dalam bilik ASPURA) sebab mak ana waris bagi adik ana.x kesah sangat la.memandangkan ana ni pelajar di sk0lah itu lagi...segan skit la nak naik.kalau bertembung dengan apa2 atau sapa2 yang x patut berembung kan susah..(sebenarnya dah naik aspura masa hari hantar adik ana pergi kursus tu)

Dalam perjalanan balik ke rumah,banyak betul cerita adik ana.bila ditanya,

"ada x lagi duit yang abah bagi hari tu?"

sambil tersengih dia kata,
"hehe..dah habis":D

"ha!!beli apa??kan kantin x buka."

"beli nasi ayam.tempah kat abang atip."

"haha..hang ni makan banyak jugak n00.."

sesampai kat rumah..

"Mengharungi samudra kehidupan
kita ibarat para pengembara...."

terdengarlah bunyi suara2 yang 'merdu' di setiap pel0s0k rumah..

'subhanallah...'

kalau nak tau,dulu ubeid ni cepat ja hafal lagu2 yang berkumandang di c0r0ng televisi0n.lagu lain p0n ada gak.x sangka lepas balik dari kursus 2 minggu tu bertukar habis lagu2 kepada nasyid2 semangat..mujahid nya lagu pulak tu.

s0lah p0n x payah suruh sangat dah macam dulu..pergi sendiri ja.sampai ada skali tu kalau x silap ana la waktu asar k0t,

"mama,mama..asar masuk x lagi??"adik ana tu terus tanya bila dia dengar azan kat tv.

"mana masuk lagi,ni baru kat KL"mak ana pon cakap la sebab waktu KL dengan AS(al0r star) x sama.

"laa.....(sambil pegang kepala),Ubeid dah s0lat dah taksat,"

"haha..awainya hang s0lat ubeid,"

"ingatkan dah masuk waktu.."

s0lat subuh pagi tadi p0n..waktu ana bangun nak s0lat tengok dia d0k tidur atas s0fa kat ruang tamu.Ingatkan dia x solah lagi.Lepas ambil wudhuk ja ana panggil la dia,takut x sempat nak s0lah nanti.

"dia dah solat tadi,solat ngan abah."

'pergh...awalnya!awal pada aku lagi'

tadi ana terdengar adik ana yang b0ngsu(Uqbah) nak nasyid 'bingkai kehidupan' tu.tapi sekat2 la sebab dia x tahu semua.dia jst dengar dari abang dia aja(ubeid).ana gelak arr kat dia.sebab sebelum ni dia suka perlekeh abang dia tu.

Uqbah ni excellent skit drpd Ubeid.kadang2 dia suka buat s0mbong dengan ubeid ni.bila dah jadi macam tu,apa lagi..gelak arr...hahaha..tu pun dia kaver2.haha..nampak sangat..

sbnrnya bukan nak cakap pasal tu.Apa yang ana nak cakap adalah Ubeid ni dah bawak 1 tradisi yang berbeza..bukannya x dak sblm ni..cuma tgk cara ubeid,lain dari ubeid yang dulu..tu yang ana sy0k sangat.sebab ana salah s0rang yang d0k usaha bagi dia dapat masuk kursus tu.tapi lagi sy0k kalau dia dapat masuk matri..

'Ya Allah,aku harap Ubeid dapat istiq0mah dengan apa yang dia dapat sepanjang 2 minggu dia ada di MATRI.harap dia dapat bawa Uqbah sama2 dengan dia.ya Allah,kalau Matri itu tempat yang terbaik buat Ubeid,aku harap dia dapat meneruskan perjuangannya di situ.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat ham2Mu....AMIN...'

Friday, December 5, 2008

..CinTa..

betul ker ada 0rang cakap cinta itu menarik??
maybe gak kan..dulu kalau 0rg tanya..


"erm...cmna nak buat ni..???"

lepas tu insyaAllah faham punyer lar..meti s0mething yang kaitkan dengan hati...tapi tyme tu ana x amik serius sangat pasal ni sebab ana rasa kalau masalah ni 'jentik' jer dah 0k{bagi ana la}lebih kurang macam pandang enteng la bak kata bebudak sastera..pastu kluar la nasihat ana yang berbunyi...

"anti bat cmni...pastu camtu...jgn plak buat yang itu...yang ini mesti amal selalu...begini...dan begitu...yang penting jgn lupa itu dan ini..."

lebih kurang macam tu la..punya la hebat ana kalau kawan2 rapat minta nasihat pasal ni..sampai la skarang pandangan ana tentang CINTA macam tu jugak.bila dengar dari kawan2 rasa cam berat sangat jer..tapi kalau pikir sendiri senang sangat kalau nak tangani.last2 Allah bagi rasa sendiri..

"0o0o0whhhh...begini rupanya rasa CINTA"

kalau orang tanya ana...

"mcam mna rasanya??"

"nak dari pandangan iman ke nafsu??"

"kalau dari pandangan iman??

"iman kata :ya Allah...seksanya nak hidup..susahnya nak jaga hati....merana jiwa raga...hidup jadi x tenang.buat apa semua x kena.."

"kalau dari pandangan nafsu plak macam mana??"

"nafsu kata :0h indahnya hidup ini bersulamkan cinta.indah lagi kalau dapat bertemu si dia..x sabarnya rasa..rindunya..sayangnya...rasa cam x nak lepaskan si dia.kalau ikut nafsu..semua indah,cantik,SY0K....rupa si dia yang x hensem p0n b0leh jadi hensem serta merta..ala ala 'prince fr0g' la katakan.kalau orang kata jauh di mata x pa,sebab dekat di hati..tapi yang ni lain skit.mesti jugak dekat dimata dekat di hati.kalau x hidup x tenang.."

0h...begini rupanya cinta..sy0k!..memang sy0k!x sangka begini...semalam telah Allah tunjukkan ana bagaimana rasanya..uish...bahaya kalau tersalah cara.

cuba bayangkan kalau cinta tu kita letak kat tempat yang sepatutnya..meti lagi padan ka.ideal sungguh.lagi indh jika cinta itu diberi kepada sang pencipta cinta..pencipta telah mencipta rasa cinta untuk diserah kan cinta itu kepada sang pencipta cinta dan juga yang cinta kepada pencipta cinta..

indahkan cinta tu...apa kata anda????

Thursday, December 4, 2008

bingKai kEhiduPan

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa untuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
x akan sirna di telan masa
seg0res luka di jalan Allah
kan menjadi saksi peng0rbanan
Allah hu ghayatuna
Arrasul qudwatuna
Al-quranu dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
asma' amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah tujuan kami
Al-quran ped0man hidup kami
jihad adalah jalan jang kami
sYahid di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi

b0leh ka lable 0rg lain...

Assalamualaikum...

Ana nak mintak pandangan sahabat2 yang dikasihi..sebenarnya b0leh ke kita lable sese0rang

tu samada dia ini s0lehah/s0leh ataupun x?dan b0leh ke kita cakap kat dia "engkau ni x layak

jadi perempuan s0lehah/lelaki s0leh!".kalau bagi pandangan ana,ana rasa Allah ja yang layak

nak menentukan samada sese0rang ni s0leh ataupun sebaliknya.tapi mungkin antum ada

pandangan sendiri..

Apa kata antum??

Monday, December 1, 2008

Islam itu iNDAH

Islam itu indah.

namun keindahan islam bukan pada namanya,tapi pada perjuangannya.

Jalan perjuangannya bukan dihampar PERMAIDANI MERAH,tapi sebaliknya

penuh RANJAU dan DURI.

Walau sepahit hempedu menghadapi NERAKA dunia,

Namun

dihijungnya 1 janji yang pasti

NASRULLAH dan SYURGA di akhirat yang ABADI,bukan fantasi dan bukan ilusi

tapi inilah REALITI sebuah PERJUANGAN.

kebenaran..

Assalamualaikum buat semua yang menziarahi bl0g ini...

Ana ingin membuat pengakuan tentang diri ana yang sebenarnya..Ana merupakan se0rang pelajar

perempuan yang tinggal di negeri JELAPANG PADI dan juga merupakan generasi ke 15 MAHAD

ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH atau lebih dikenali sebagai MATRI.Ana sebenarnya bukanlah

se0rang yang pandai mengarang sepertimana pemilik2 bl0g lain.DENGAN JUJURNYA ingin ana

mengaku bahawa kebanyakan karya dalam bl0g ana ini bukanlah hasil karya ana sendiri..cuma

kadangkala ana salin kembali dari mana2 artikel yang ana rasa meluahkan apa yang bersarang

di jiwa ini ataupun yang bermanfaat untuk diri ana serta pembaca yang dikasihi...Ana harap

andai kata ada yang x kena dari diri yang x sempurna ini b0leh kalian beri teguran agar ana

b0leh perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik...

Monday, November 24, 2008

Ruhul Jadid

Ar-Ruhuljadid fi jasadil ummah

kami berjuang mencari kebenaran
mencari makna serta hakikat manusia
kami berjuang menegakan keh0rmatan
hidup mulia atau mati sbagai syuhada

kami berpegang al-quran hakiki
meneruskan cita dan risalah para nabi
kami sandang gurukan generasi ghuraba'

kami semangat baru
siap maju hancur smua musuh
kami tentera Allah
siap bebankan harta bahkan jiwa

kami serahkan semua hidup pada Allah
kami tekadkan untuk ikuti Rasulullah

ruhul jadid fi jasadil ummah

Salam Perjuangan Buat cal0n SPM 08

Selamat berjuang untuk semua yg
sedang berjuang habis habisan di medan SPM .
Sem0ga usaha kalian diredhaiNya.
Teruskan usaha antum.
Sem0ga islam dapat menumpang kejayaan antum kelak.


Put your trust to Allah

Sunday, November 23, 2008

**~ciNtA~**

CINTA...
mengajar mengenali semua..
kenal sang Pencipta
kenal saudara
kenal keluarga
kenal erti sbuah kasih sayang..

Cinta....
suatu perasaan yang indah...
tidak dapat digambarkan hanya dngan bicara kata...
Cinta...
sesuatu yang suci
murni..
jangan K0TORI ia dengan
DosA & N0dA..
dengan perasaan kpd makhlukNYA
berlandaskan nafsu yang tidak pernah kenal erti cinta sebenar

CINTA..
perasaan yang dicipta oleh sang pencipta cinta..
jangan kotori hanya dengan cinta manusia
jangan lupa kepada yang mencipta cinta
pencipta cinta mencipta kita untuk menyerahkan cinta buat
dia yang mencipta cinta..

Saturday, October 25, 2008

katak o0o0o katak...

Actually dah lama dah buat benda ni..Bulan bila ntah...
Tapi terlupa plak pasal ni.
Tapi dengan izin Allah,baru-baru ni ada kawan ana
letak gambar projek yg kitorang buat aritu kat frienster dia...
Baru ana ingt.

Saturday, October 18, 2008

Tinta Buat Bakal Suami...4

Tidak perlu kau miliki wajah setampan nabi Yusuf a.s juga harta seluas perbendaharaan nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan nabi Muhammad s.a.w. yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz,Allah pasti mencampakkan rasa kasih didalam hatiku jua hatimu.Itu janji Allah.Akan tetapi,selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu.Juga jangan melampaui batasan yang Allah tetapkan.Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak.Cukuplah kau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah,andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku.Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah,kau akan mencintaiku kerana-Nya.Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita di syurga...
Wassalam...


~surat dari akhowat buat ikhwan sedunia~

Tinta Buat Bakal Suami...3

Tidak ku nafikan sebagai remaja,aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci.Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain.Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku.Aku dengan tegas menolak!berbagai-bagai dalil aku kemukakan.Tetapi dia tetap tidak berputus asa.Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang selama ini telah dirampas dariku.Aku tertanya-tanya,adakah aku berada di tebing kebinasaan?Aku beristighfar memohon keampunan-Nya.Aku juga berdoa agar pemilik rasa cinta ini melindungi diriku daripada segala kejahatan.

Kehadirannya banyak membuat aku memikirkan tentang dirimu.Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.Dimana sahaja aku berada,akal sedarku membuat perhitungan denganmu.Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu.Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain,dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,memimpinku kearah tuju yang satu.

Tinta Buat Bakal Suami...2

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu,apatah lagi memahami mereka.Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku yang bukan mahramku.Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu adalah tempat yang terbaik buat seorang perempuan.Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.Bukan aku bersangka buruk terhadap kaummu,tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku.Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi,kerana Saidatina Aisyah r.a. pernah berpesan,"sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.Biarlah aku hanya cantik di matamu.Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki,sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimilii sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan,lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal?Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini?kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tinta Buat Bakal Suami...

Assalamualaikum warahmatullah...

Entah angin apa yang membuai hari ini,membuat aku begitu berani mencoretkan sesuatu buat dirimu yang tidak pernah aku kenali.Aku sebenarnya tidak berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa.Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya.Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu,itulah hati dan cintaku,membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Mama telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota dan diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti.Kata mama,tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.jadi,kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.sepanjang umurkuini,aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Saturday, October 4, 2008

Allah alwaYs bE wiTh mE




S0mEtimEs....
feEl like i'm aLonE..
nob0dy wIth mE....
evErY0ne Far fr0m mE..
bUt....
i'M f0rgoT thAt.....
He aLwaYs aT mY siDe..
He nEver leAve mE al0nE
alWays bE mY suPp0rteD
alwaYs hElp mE whEn i'M in tRoublE

Tuesday, September 30, 2008

Eid mUbaRak..

sElamaT hAri raYa aiDilfiTri....
sYawaL mEnjeLma laGi unTuk mEnyambUt kEmenAnGan kIta yAng tElaH bErJaya mEnempuHi RamaDhaN


seM0ga kitA bErjaYa bEr0Leh kEtaQwaAn
DaRi laDang aMal di bUlan RamaDhan


kepada semua yg mengenali diri ini: ingin sekali mem0h0n kemaafan andai kata lidah ini lancang berkata2 tersalah bicara atau x kena cara... sama ada yg tidak disengajakan mahupun tanpa disedari.. terkata 'depan
-depan'
ataupun x diketahui

kemaafan dipohon dari insan yang lemah ini...

kullu 'aAm wA anTum bIkhaIr..


Ramadhan dah berlalu...

hai diri...Ramadhan yg ditunggu telah berlalu..ramadhan yang dinanti telah pergi...bagaimana dengan perjanjian yg diukir ketika menanti kehadirannya??terlaksanakah ia?bagaimana??bagaimana wahai jiwa yg mendamba cintaNya?adakah dilalui seperti hari2 biasa?


"ya Allah..betapa kerasnya hati ini..mengapa ya 'Rabbul 'alamin??mengapa bekunya airmata di dalam diri????ya Allah!!!!!!kasihani diri ini...!!!ampuni d0sa2 ku ya Allah.."


andaiku tahu..kapan tiba ajalku

ku akan mem0h0n

tuhan t0l0ng panjangkan umurku

andaiku tahu...kapan tiba masaku

ku akan mem0h0n

tuhan jangan kau ambil nyawaku...

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan kian hampir....



Ahlan wasahlan ya Ramadhan...


nampaknya bulan yang mulia dan lebih baik dari seribu bulan akan menjelma..

bagaimanakah persediaan kita?????

Untuk memasuki madrasah Ramadhan(yang Allah sediakan khusus buat hamba-hambaNya)

Adakah kita telah menyiapkan diri dengan persiapan rapi

atau sebaliknya???

Sedarlah wahai saudara-saudaraku..

Ramadhan merupakan Rabi'ul Abrar(musim bunga) bagi 0rang-orang yang beriman.


"celakalah bagi orang yang menemui Ramadhan tetapi tiada keampunan buatnya"


Cuba kita bayangkan suasana tibanya musim bunga..

Subhanallah,betapa indahnya..

betapa gembiranya kita menantikan saat itu..

jika kita mengetahui kelebihan bulan mulia itu,

nescaya akan kita pinta kehadirannya sepanjang tahun.

Istimewanya bulan ini kerana 2 perkara,

tahukah anda??

2 perkara itu adalah:



  1. Nuzul Al-Quran(Turunnya Al- Quran)


  2. Puasa

tidak akan kita dapati 2 perkara ini pada bulan2 selain Ramadhan..


Adakah akan kita ber0leh 'Sijil Taqwa'


sejurus tamatnya latihan di madrasah Ramadhan?


Beruntunglah bagi siapa yang melangkah keluar dari Ramadhan membawa bersamanya perubahan & ketaqwaan

Saturday, August 23, 2008

Jihad



Kita sentiasa berjihad
walau dalam keadaan apa sekalipun selagi berpegang teguh dengan tali2Nya.
Sememangnya jalan perjuangan ini akan adanya kepahitan & kesakitannya kerana sekarang darah kita telah menjadi darah dagangan jahiliyah dan untuk mengubahnya sangatlah susah... perlukan peng0rbanan & kejelasan matlamat yang jelas.. kemanisannya kelak x dapat digambarkan setelah kita dapat melihat sendiri matlamat kita tercapai ... s0,ingatlah bahawa peng0rbanan itu hempedu tetapi hasilnya madu...


nukilan:siNa

Thursday, August 21, 2008

hikmah disebalik kehilangan 1 batang gigi

Lebih kurang 3 hari lepas(selasa,19 0g0s)saya telah ke klinik untuk cabut gigi(setelah sekian lama x menjejakkan kaki ke klinik gigi).>Gigi geraham yang x berapa sihat<>
Sebelum menjejak ke klinik gigi tu,mmg berat nak melangkah keluar dari pintu rumah(bukan sebab malas nak bersiap2)tp sayang sangat dekat gigi tu.mana x nya,kan gigi kekal...
Orang cakap kalau cabut gigi kekal dah x tumbuh dah,tp ayah saya pulak cerita yang ayah saya pun pernah cabut gigi waktu umo 16 tahun.mula ingtkan x nak tumbuh dah,tp lepas tu(dgn izin Allah)gigi baru tumbuh balik...
Lepas fikir punya fikir,mak saya pun cakap"skrg ja masa,nanti x dak masa x dpt pergi dah.minggu dpn dah nak balik asrama". Nampak gayanya macam nak suruh pergi aja.
Walaupun berat kaki nak melangkah,tapi saya gagahi jua..last2 sampai jugak dekat klinik tu..
Sampai tu pun x habis lagi...seram sejuk rasanya(sbnrnya takut nak jumpa d0ktor gigi.dari kecil lagi) Sejuk habis tangan.
Tapi bila dah duduk atas kerusi tu semua 0k,hilang habis(sbb pejam mata)apa pun x nampak.jarum yg besar pun jadi kecil. Bila dah balik rumah,semua selesai.cuma keletihan sikit(jumpa dokt0r gigi)x da rasa sakit pon(sebab ubat kebas x hilang lagi)
Skali bila dah hilang ubat kebas tu....masyaAllah,sakitnyaAllah ja yg tahu..rasa bengkak dekat pipi ni x hilang sampai ke hari ini.
Nak makan pun susah(rasa mcm 0rg tua pulak,cuma ok skit sebab x dak 1 gigi ja)
Disamping itu,saya teringat akan junjungan besar kita,Rasulullah S.A.W. tentang perjuangan baginda yg menyebabkan gigi baginda patah di medan perang.lebih menyiksakan,namun baginda hadapinya dengan sabar.
Apa yg saya nak cakap bukannya pasal saya takut jumpa dentist tapi dengan izin Allah petang tadi saya terfikir...memang susah nak buang s0mething yang dah jadi sebahagian dari hidup kita.tambahan pula kalau benda itu sentiasa bersama kita.kalau ia el0k x siapa nak singkirkan dia.kalau sebaliknya mmg susah(bagi sesetengah org)Then,kita mmg perlu teruskan perjuangan walau apa pun yg terpaksa kita hadapi....
Tapi insyaAllah setiap apa yg Allah dah ambil akan digantikan dengan sesuatu yg lebih el0k &indah(seperti kehidupan kita).kalau x di 'sini',mungkin di 'negeri yang kekal abadi,dunia yg hakiki'.



c0retan *~siNa~*

y0u're never al0ne

stand together 4 Ever


s0metimes

when the w0rld not 0n'ur side

y0u d0n't kn0w where t0 run t0

y0u don't kn0w where t0 hide

y0u gaze at the stars in the sky

at the m0untain s0 hight

thr0ugh the tears in'ur eyes

lo0king for a reas0n

t0 replace what is g0ne

just remember,remember

that y0u're never alone

you're never al0ne

just reace int0'ur heart

and Allah is always there

you're never al0ne

thr0ugh s0rr0w and thr0ugh grief

thr0ugh happiness and peace

y0u're never alone