welcome

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan kian hampir....



Ahlan wasahlan ya Ramadhan...


nampaknya bulan yang mulia dan lebih baik dari seribu bulan akan menjelma..

bagaimanakah persediaan kita?????

Untuk memasuki madrasah Ramadhan(yang Allah sediakan khusus buat hamba-hambaNya)

Adakah kita telah menyiapkan diri dengan persiapan rapi

atau sebaliknya???

Sedarlah wahai saudara-saudaraku..

Ramadhan merupakan Rabi'ul Abrar(musim bunga) bagi 0rang-orang yang beriman.


"celakalah bagi orang yang menemui Ramadhan tetapi tiada keampunan buatnya"


Cuba kita bayangkan suasana tibanya musim bunga..

Subhanallah,betapa indahnya..

betapa gembiranya kita menantikan saat itu..

jika kita mengetahui kelebihan bulan mulia itu,

nescaya akan kita pinta kehadirannya sepanjang tahun.

Istimewanya bulan ini kerana 2 perkara,

tahukah anda??

2 perkara itu adalah:



  1. Nuzul Al-Quran(Turunnya Al- Quran)


  2. Puasa

tidak akan kita dapati 2 perkara ini pada bulan2 selain Ramadhan..


Adakah akan kita ber0leh 'Sijil Taqwa'


sejurus tamatnya latihan di madrasah Ramadhan?


Beruntunglah bagi siapa yang melangkah keluar dari Ramadhan membawa bersamanya perubahan & ketaqwaan

No comments: