welcome

Tuesday, May 15, 2012

buat Insan Teristimewa

Buat yang bergelar guru sepanjang hidup

Dedikasi khas buat insan yang telah mendidik diriku sejak kecil. Merekalah guru ku, ibuku, bapaku..


Buat abah, walaupun abah telah melepaskan tanggungjawab sebagai guru sekolah, namun dialah guru sepanjang hayatku. Yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam mendidik anak2nya. Bersumberkan tali2 Allah yang tidak akan putus buat selmanya. Untuk kami mengenali agama dan Pencipta. Pengalam hidup menjadi contoh agar tidak kami, anak2nya mengulangi kesilapan lampau dalam mengharungi kehidupan dunia. Dalam menempuhi ujian..
Hikmatus syuyukh fi hamasatis syabab
Hikmah orang tua pada semangat pemuda

Buat mama yang telah menjadi guru buatku serta adik beradikku, walau kami masih belum tahu rupanya dunia. Sentiasa mendidik sehingga terlupa untuk tidur tatkala kami terjaga dimalam hari. Yang kenyang apabila menyuapkan anak2nya makan. Yang terlupa untuk rehat demi menjaga anak2nya yang sakit.Yang mengajar menjadi anak yang soleh solehah dan taat kepada abah walau dia yang harus ditaati dahulu..


Anak2 hasil didikan kalian:

  1. Siti Syahidah  :x-programmer + pendidik 
  2. Siti Syuhadah :Pendidik anak2 cuba menjadi yang terbaik
  3. Siti Madihah   :Bakal guru merangkap pendidik
  4. Mohamad Aizuddin:Doktor
  5. Siti Nadzirah  :Bakal pharmacist
  6. Siti Nabilah    :Bakal Surveyor (InsyaAllah)
  7. Siti Maisarah  :Lepasan Matrik yang sedang menunggu panggilan ke IPT
  8. Mohamad Ubeid:Penuntut Tarbiyah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI)
  9. Mohamad Uqbah:Bakal Huffaz, Penuntut di Ma'had Tahfiz Sains Darul Muttaqin(MASDAR)

Abah dan mama, kami anak2 juga menginginkan yang terbaik buat abah dan mama sepertimana kalian inginkan yang terbaik untuk kami gapai sejak kecil. Panahan doa dari kami moga hari2 yang mendatang akan lebih bermakna bagi kita di sisiNya.


Buat cikgu2 Pra Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, guru2 Sekolah Rendah Islam Darul Aman(SRIDA), Murabbi2 Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) yang masih berkhidmat dan telah pergi menemui-Nya. Pensyarah2 Universiti Teknologi Mara, Perak. Ilmu2 yang dicurahkan serta qudwah2 yang ditunjukkan, TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat kalian,walau kutahu ucapan ini tidak mampu menjadi balasan. Moga semuanya menjadi amalan yang dikiraNya sebagai bekalan di 'sana'. Moga panahan doa ini sampai buat kalian yang dicintai kearanaNya.


Buat teman2 serta saudara2. Kalian merupakan guru secara tidak lansung kepada saya. MOga yang baik dikongsi menjadi saham buat kita.



Serangkap sajak yang tidak asing lagi bagi kita ku layangkan buat kalian yang bernama guru..


Guru oh guru..


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala ummat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadi apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat.


Usman Awang,1979
mmmoga bermanfaat~


Tuesday, May 8, 2012

Bersabarlah duhai diri..

"Haaachumm.." Berhabuk bersawang habis laman ni..'huhu,maaf ya..',  ^_^''
Setelah sekian lama menyepi, Allah kurniakan ilham dan kekuatan jua untuk ku coretkan sesuatu. Entry kali ini tidaklah panjang seperti entry sebelum2 ni. Cuma ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan kalian yang dikasihi kerana Allah..

'Berpesan2lah dengan kebenaran dan kesabaran,"


------------------------------------------------
Kadang2 bila kita minta pada Allah akan kesabaran, DIA tambahkan kita ujian.

Kenapa?

Sebab Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu..

DIA tambah ujian buat kita supaya kesabaran itu dapat dipupuk dan dibentuk.Ia akan menjadi khazanah dalam diri yang akan lebih kita hargai. Jika dihulurkan sesuatu terus begitu dengan senang lenangnya, sudah pastinya penghargaannya kurang berbanding dengan apa yang diperoleh daripada bersusah payah.
Fitrah manusia lebih menghargai apa yang perlu diusahakannya sendiri. Jadi, kesenangan juga perlu diusahakan jika ingin diperolehi.

Let's think~



*Moga ia bermanfat buat kalian dan saya juga.^^