welcome

Saturday, December 31, 2011

u're what u believe!

huh!
Bismillah..

Alhamdulillah..cepat btul masa kan.seminggu percutian kini telah pun tamat ~.~ ...Hanya beberapa jam saja lagi akan berangkat pulang ke 'ALEXander'(malaysia version^^).Jadi ini bermakna:

  • x da lagi nak bersenang lenang macam di rumah~
  • X boleh nak bermanja2 dengankatil dan bantal..eh,mama n abah la~
  • x da lagi exercise depan x box (perlu excercise real punya~)
  • X anda x kan nampak saya selalu online dah(disebabkan berada di dalam hutan alex=.='')~
  • Dan yang penting,susahnya nak update bl0g walaupun idea dah bertimbun segunung averest~

Ada kekurangan yang berjaya dikesan dan apa kelebihannya berada di Alex ya?mungking..

  • Suasana study lebih~
  • Jadi akan lebih fokus utk study~
  • rajin buat assignment~
  • x asyik dengan 'alam maya'
  • lebih sihat!(berjalan ulang alik ke kelas yang jauh,exercise la tu kan~)

Jadi cik hati dan diri,berada di zon selesa x semuanya membawa faedah(+.+)..Jadi belajarlah menerima hakikat bahawa diri ini perlu pengorbanan andai mahukan kemanisan~

So,kepada pembaca sekalian,apa yang boleh dapat dari entry kali ini?x dapat?aish...mana boleh.Selalunya anda akan disuapkan,hanya tinggal untuk mengunyah dan telan..kali ini sila suap sendiri dan kunyah,lalu telanlah kebaikannya~^^~ Nak tahu bagaimana?anda cuma perlu berfikir~(let's think!)

Dikesempatan ini,Happy new YeaR ya semua..2o11 telah berlalu meninggalkan kita,bagaimana kita melangkah ke alam 2012?Ada Azam baru?atau perbaharui azam yang sedia ada?Tepuk dada,tanya iman!

M0ga tahun baru datang membawa berjuta keberkatan dan kebaikan..dan yang lalu membawa lembaran lama..


Andalah penentu siapa anda pada tahun ini!

Sebelum melangkah lebih jauh ke alam 2012 ni,jom kta buat checklist!kta dah buat ka...

• DELETE semua FILE kebencian & ammarah

• INSTALL anti-virus ego & putus asa

• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang

• REFRESH peribadi kita yg mulia

• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA

• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS

• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih

• LOADING semua dgn DOA & USAHA

• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafaat ^.*

*kredit to faridz,srida upsr 2004~

~let's think~

Wednesday, December 28, 2011

Jangan masuk tandas..!!!

PENTING ! peringatan kepada semua..

Jangan masuk tandas pada pukul 23:59 malam pada 31/12/2011 kerana anda hanya akan keluar daripada tandas tersebut pada tahun depan !!!





~Gurauan tahun Baru~
(*.^)

Monday, December 26, 2011

MATRI vs Masdar



"kak bill,kita start esok ea..kak bill kna jdi cikgu quran adik,"

"nanti adik la yang akan jadik cg kak ilah plak.."

"belum gi..kna tunggu adik masuk situ dlu la.."

"Adik nak masuk mana?Matri k Masdar?"

"ntah la"

Uqbah dalam kerunsingan..22 ada kelebihan dan kekurangan masing2..

*MASDAR = Ma'had Tahfiz Sains Haluan (x ingt nama pnuh)

"Doakan yang terbaik untuk adik ya,"

Al-Ma'thurat = carry mark?

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar!

Asbahna 'Ala Fitrotil Islam
Wa Kalimatil Ikhlas
Wa 'Ala dieninnabiyina Muhammadin S.A.w.
Wa 'Ala Millati Ibrahima Hanifa
Wama Ka Na Minal Musyrikien..

Kami Terjaga di pagi hari Dalam fitrah Islam
Dan Kalimah Ikhlas
Dan Dalam Deen Nabi kami,Muhammad s.a.w.
Dan dalam ajaran Ibrahim Yang Lurus
Sedang dia bukan seorang yang musyrik..

Ish..Macam pernah dengar / terbaca ayat di atas tu.Tapi di mana ya?..
Ha!! Dalam Al-Ma'thurat la..

Patut la tak ingat..Dah lama x baca rupanya..ish..x boleh jadi ni..kena perbetul balik la.Dulu masa di sekolah slalu baca ma'thurat sebab rutin.Lepas tu dah tau kenapa dijadikan rutin,terus amalkan pembacaan ma'thurat tu(lebih la sikit penghayatan tu)..Sekarang ni pulak dah faham keperluan ma'thurat,tapi dah x da siapa yang nak tetapkan rutin hidup kita(melainkan diri sendiri).So,dah jadi inisiatif sendiri la kan.

Kenapa?Sebab Pembacaan dan pengamalan Al-Ma'thurat ni lebih kurang macam keperluan kita study la..Ya la,biasanya orang study 1st memang la utk menuntut ilmu kan..(biasanya yang tu la akan orang bagi sbg jawapan).Then apa yang kita tau,study pun sebagai preparation nak exam..ya tak? kan ? kan? kan ?

Kalau student IPT ni,sepanjang semester sebelum final exam mesti ada kuiz,test dan assignment kan? Macam tu juga hidup kita..Dalam kehidupan ni akan ada Kuiz,Test dan juga Assignment..Percaya x? Banyak benda yang perlu kita 'study' sebagai preparation untuk lepas atau lulus semua test tu.Salah satunya yang perlu kita 'study' dan ulangkaji adalah Al-Ma'thurat.


dan Al-ma'thurat ni jugak ada carry mark dia tau.Carry mark ni akan dibawa ke 'final exam' nanti.biasanya carry mark ni penyumbang terbesar untuk lulus/x dan lulus biasa/cemerlang..Orang yang cemerlang masa final selalunya dia adalah orang yang lancar masa test,quiz & assignment..Betul..x tipu lah.kalau nak proove kna uji kat diri sendiri la..baru betul2 dapat rasa.

Jadi,apa lgi...jom rebut bonus ni!

~Let's think~

"nak hadiah apa?"

21 Disember 2011

Papan kekunci nokia ditekan2..

"+601343..."

tutt..tutt..

"hello..Assalamualaikum Ubeid..kak ilah ni..ada mana tu?"

"wa'alaikum salam..ha,kak ilah..ubeid ada kat perlis ni..awat?"

"perlis?awainya..erm..HAPPY BIRTHDAY Ubeid!"
"ha?..o0o..hehe..tq2,"

"esok keluar result PMR kn?

"ha..tu la..seqeyau ubeid.."(*seqeyau=risau)

"haha..xpa xpa..rileks2..best of luck ea.."

"hm.."

"eh ubeid..Ubeid nak hadiah apa?"huh,x pernah2 keluar soalan ni.

"heh..hadiah?em..hadiah pa?"disebabkan soalan yang luar biasa yang ditanya,ubeid pun x tahu nak request apa..

"ya la..apa2 la..nak apa?"

"hm...hadiah doa la.."

dupp..tersentuh jantungku..

"doa?hehe..insyaAllah..(yg tu sntiasa~)"

Berbunga2 jantung ni..Dah lama rasanya x dgr ayat2 gitu.x sangka kan,sebenarnya Allah nak ingatkan aku sekali tu..Harta dunia ni x bawa ke mana pun.akhirat tu lebih bermakna.Tetapi,selagi kita hidup di dunia ni,selagi tu jugak x boleh sia2kan anugerah Allah ni dengan benda2 yang x bermanfaat.Jadi,untuk hidup,DOA tu sendiri menjadi senjata mu'min untuk hidup.

~Let'S tHink~

Saturday, December 17, 2011

apa yang dapat dari LDK part 3?

subhanallah..
Alhamdulillah
Allahuakbar...

bermula semalam sehinggalah tamatnya petang tadi telah berlansungnya LDK bagi pelajar2 semester 3 UiTM..

Erm..LDK?katanya nak menerapkan soft skill kepada para pelajar mengikut modul yang telah ditetapkan.Bagi kami pelajar2 part 3 ni,modul kami adalah cara memimpin sebuah organisasi @ cara menjadi pemimpin..menarik sebenarnya kalau lihat dari sudut positif..kalau tanya saya 'best x?',confirm jari ibu yang terangkat..bukannya apa,cuma sebab ia mnjadi motivasi untuk diri ni bila kita positif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita dan apa yang kita lalui sendiri.

*saya belajar catat minit mesyuarat dengan betul~

Bukan senang tau nak jadi ketua.X semua yang berani jadi ketua dan bukan semua orang boleh jadi ketua.Dan bila dah jadi leader sendiri pun x semua yang terlaksana tanggungjawab sebagai ketua yang sebenar.Kalau kalian betul2 berfikir,pasti tanggungjawab itu dirasai seperti seketul batu besar yang sedang dipikul.Betapa beratnya tanggungjawab itu.Salah sorang penceramah masa sebelum LDK tu sebut tentang 1 hadis ni,

Kullu kum raa'in,wa kullukum mas'ulun 'an ro'i yati
Setiap dari kamu adalah pemimpin,dan akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin


Anda pemimpin?Anda memimpin dengan cara yang betul?Anda sudah laksanakan tanggungjawab anda?tepuk dada tanya iman.

Berbeza dari LDK part 1 dan part 2 dulu,LDK part 3 ni confident lebih skit.Kenapa? mungkin sebab da faham kot dengan keadaan orang sekeliling,yang berada di tahap mana...

*Sebab itu konfident itu perlu untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik.

Sunday, November 13, 2011

hmm..btol la tu.tp mcm ada yg x kena..

P :: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
L :: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
P :: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
... ... L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
P :: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
... L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
P :: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L :: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P :: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L :: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka.

Tuesday, November 8, 2011

Sedar x sedar dah sampai hujung tahun kan.Adik2 yang bersekolah pun ada yang sudah melangkah ke musim cuti sekolah..Nak buat apa kat rumah cuti2 ni? Mesti la dengan aktiviti bermanfaat kan,macam yang selalu tulis dalam karangan bahasa melayu tu..nak buat apa2 pun x pa.Asalkan x melibatkan diri dengan perkara yang bukan2..

Dan x kan balik rumah ni nak tid0 ja kan kan.Bangun pagi lewat tr0s makan tengah hari then solah zohor.pastu sambung td0 pastu bangun lewat petang dah solah asar pulak pastu makan kemudian s0lah maghrib dah tu teng0k tv then tgk tv lagi kmudian s0lah isya',lagi oline..sampai pk0l bpa pgi bru td0?
x kan mcm tu kot..rugi besar la kalau sepanjang cuti mcm ni ja rutin harian..

Pernah terfikir x yang kalau tdur kita separuh hari(sehari 24 jam,separuh hari tu kira macam 11 ke 12 jam) sepanjang 20 tahun(contoh la kan),sebenarnya kita hidup hanyalah 1o tahun..sebab lagi separuh umur kita dibazirkan dalam waktu tdur yang berlebihan..pnah terfikir k pasal ni?

so,Di kesempatan ni ada sesuatu untuk adik2.Aktiviti yang sangat2 bermanfaat..tau x apa yang nak bagitau ni?X tau? ni mai nak habaq kat adik2 yang d0k cuti sekolah la ni (area utara,kedah terutamanya..)

KEM MINDA KREATIF KEMBALI LAGI!





Tema:
Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik

Objektif:
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.

KMK merupakan Perkhemahan Remaja HALUAN peringkat negeri. Terbuka kepada semua pelajar berumur 12-16 tahun.

Anjuran : Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah

Yuran Penyertaan : RM 60.00 seorang (adik-beradik seterusnya RM 55.00 seorang)

Tarikh tutup Pendaftaran : 20 November 2011

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
1. Cikgu Zamri bin Mat : 013-451 4345
2. Saudara Abu 'Ubaidah Sharudin : 013-628 4940

Keperluan yang perlu dibawa :
1. Al-quran terjemahan
2. Al-ma'tsurat
3. Buku catatan dan alat tulis
4. Pakaian riadah dan pakaian solat (baju sejuk dan selimut wajib bawa)
5. Makanan mentah (beras 3 cawan, sardin 1 tin, telur 5 biji)

Pengangkutan bas rombongan insyaALlah akan disediakan dari:
1. Alor Setar
2. Sungai Petani

Air mata LELAKI..

Biasanya post sebelum ni banyak tentang wanita kan? Kali ini nak buat sedikit kelainan dengan bertemakan LELAKI..
Lelaki pun menangis tau.Jangan buat x percaya.Betul...x tipu punya..Nak tau?
Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. ...Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
WAHAI PEMUDA2 YANG SEDANG MEMBACA..Ego lelaki itu memang diperlukan..Tetapi bukan pada setiap masa dan keadaan.Jangan malu untuk melenturkan EG0 itu kerana kelak anda akan mendapat balasannya..

Monday, October 31, 2011

habeh naik lalang..



uhuk2...berhabuk dah rupanya....lalang p0n dah panjang...lama x singgah.
ish x leh jadi ni.x kan tmpat precious ni nak tinggai camni ja...

el0k balik rumah cuti sem ja,streamix masalah...macam tau2 ja orang nak balik..
ada sat pastu hilang.x dan nak buat apa...

okeh...nak coret smthg ni...tapi x leh dalam post ni.cma nak habaq yang stakat ni alhamdulillah line ok lagi..kalau x dak aral melintang,i.A next post akan menyusul...

sabaq sat na..

Thursday, September 22, 2011

My Final exam- sem 2

Ya Allah,tiada perkara yang mudah melainkan engkau permudahkan..

mode : final exam..

  1. BEL 260 (english) 22/9/2011
  2. CTU 151 (islamic thinking and understanding) 23/9/2011
  3. SUG 150 (Engineering survey 1) 24/9/2011
  4. MAT183 (Calculus 1) 2/1o/2o11
  5. SUG 184 (Field Astronomy) 4/1o/2o11
  6. SUG 160 (Cadastral Survey 1) 5/1o/2o11

1 dah lepas..5 to go~

Sunday, September 18, 2011

teka teki 5-paling ringan

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Saturday, September 17, 2011

3 warga MATRI telah kembali ke rahmatullah-van dihempap pokok besar..

Allahu Akbar..
Mungkin masih belum terlambat lagi untuk saya coretkan sedikit tentang sebuah tragedi yang berlaku baru2 ini yang telah melibatkan warga MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH(MATRI) yang berlokasi di Chuping,Perlis.

KULLU NAFSIN ZAA IQOTUL MAUT
Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian

Saya telah dikhabarkan tentang berita ini pada beberapa hari lepas setelah saya menerima panggilan daripada junior saya ketika di MATRI dahulu,Faathimah Ab Ghani.Faathimah yang berada di rumah kerana mendapat cuti sakit mengkhabarkan tentang kematian suami kepada cikgu Asmah(guru matematik tambahan saya di sekolah dahulu),pak cik Shahidan dan 2 orang pelajar lelaki Matri kerana terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya.Seorang daripada 8 orang pelajar yang menaiki van tersebut parah.Dan yang lain cedera ringan.Van yang mereka naiki dihempap oleh sebatang pokok sebesar pemeluk secara tiba2.

Takziah buat Cikgu Asmah dan keluarga.Ujian demi ujian terpaksa dilalui..Ujian itu adalah kasih dan rahmat Allah..Sebenarnya saya pun x layak nak mengucapkan semua ini kerana saya belum merasainya sendiri.Tetapi sebagai manusia yang bersaudara dibawah satu naungan,saya cuba memahami perasaan cikgu.... Semoga Cikgu tabah..



Dan takziah juga kepada ahli keluarga yang terlibat..Kak Mardhiah Ismail,moga tabah hadapi semua ni..Ada hikmah yang Allah nak tunjukkan ni..

Dan saya yakin perjalanan mereka adalah satu perjalanan yang diredhai kerana mereka sedang membuat kebaikan..Semoga pemergian ini sebagai jihad..

Al-Fatihah buat mereka..


Untuk maklumat lanjut,boleh layari ke laman ini:

  1. Matri
  2. TV 3
  3. BroHamzah
  4. Utusan Malaysia
" Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil dan kepunyaanNya apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran" (Hadis Riwayat Bukhari dari hadith Usamah)

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah...