welcome

Thursday, November 25, 2010

KIBAR 2o1o



- Kita harus meningkat. Ini hakikat tarbiyah kita, jika tidak tarbiyah ini akan statik, tidak dinamik dan membantutkan kita. - Tarbiyah untuk perubahan dan peningkatan.InsyaAllah..
-BroHamzah-


Sebentar lagi akan kumelangkah ke medan da'wah..Ya,aku akan kembali ke matri sebagai salah seorang tenaga bantuan untuk menjayakan Kursus Intensif Bahasa Arab(KIBAR) yang diadakan khas untuk pelajar2 lepasan UPSR yang akan melanjutkan pengajian ke tingkatan satu..

Visi dan misi kami??Sangatlah jelas...Untuk mencari MARDHOTILLAH..Ia perlu dicari,bukan dinanti!
Nak lihat semangat teman2 yang akan menyertai program ini juga??boleh lihat di sini>>SEMANGAT JIHAD

Wednesday, November 24, 2010

Aku akan kembali..

Bersiar siar di alam maya ini memang tidak membosankan.Tambahan lagi jika kita melalui lorong2 syara'.

Setelah beberapa lama aku menyepi dari menulis,jiwaku membuak2 dan meronta-ronta untuk kembali mencoretkan apa2 yang bermanfaat di ruangan blog ini setelah melihat beberapa rakan bloggerku yang lain aktif dan semakin tajam dalam bidang penulisan dan 'memblog'.Satu perasaan muncul ketika aku membaca entry2 mereka yang terdiri daripada cerpen,kisah teladan mahupun pengisian jiwa berbentuk tazkirah(penulisan).

'CEMBURU'

Itulah yang aku rasakan.Tetapi,bukanlah cemburu buta.Tetapi aku sangat cemburu kerana mereka kan beroleh saham yang banyak untuk akhirat apabila apa yang ingin mereka kongsikan akan dimanfaatkan orang lain.Seperti pengunjung2 blog yang akan membaca dan menyebarkan dengan cara 'share' ,menyampaikan dengan bercerita pada orng lain,dan sebagainya.

Aku juga tidak mahu lepaskan peluang beramal di sini..

Insya Allah,dalam masa terdekat ini akan kucuba untuk mencoretkan sesuatu..
Doakan kejayaanku~

"La Tansani Fi Du'a Ikum"
'Ingat daku dalam doamu'

AKU SAYANGKAN KALIAN!<3

Monday, November 15, 2010

Sunday, November 14, 2010

KMK 2o1o

Jemput mai kmk kepada semua..
kmk kali ni ada di setiap negeri,InsyaAllah..

tunggu post sterusnya utk dpt mklumat lanjut

Thursday, November 11, 2010

pesanan buat diri dan semua~

  • Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat : suara yang sudah terkenal!!!. Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah : Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu.
  • Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya. (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aishah dan Abdul Qadir al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih) 

  • Tuesday, November 9, 2010

    "Kita kena belajar terima hakikat yang..."

    Abah & mama

    Kelmarin(8/11/1o) aku duduk belajar dari pengalaman bersama abah & mama.Banyak perkara yang dikongsikan oleh abah dan mama.Dari mereka muda sampailah ke hari ini.Dan dari aku belum wujud sampailah aku berlari pada hari ini.

    Seronok sangat mendengar kisah pengalaman hidup dari mereka yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan.Dikongsikan dengan harapan dapat dijadikan iktibar dan pelajaran.

    Hikmatishuyukh fi hamasatushabab
    Hikmah orang tua pada semangat orang muda

    Aku teliti mendengar pengalaman yang disampaikan oleh kedua-dua orang tuaku.Diselitkan juga dengan jenaka yang berguna agar tidak kelihatan hambar..

    Ada masa mereka bertanya kepadaku tentang apa2 yang mereka tidak berpeluang untuk mempelajarinya.Giliran aku bercerita.Soalan yang dilontarkan kepadaku membuktikan bahawa mereka betul2 mendengar apa yang aku sampaikan.

    Reaksi abah dan mama cukup untuk membuat aku yakin yang mereka betul2 ingin tahu.Mereka betul2 cuba mengaplikasikan kata2 "belajarlah hingga ke liang lahad,".

    Hinggalah di suatu saat kami berhenti bermuhasabah sebentar,abah menyambung bicaranya..

    "mama,haritu abah ada sembang2 dengan leman(cik,bapa saudaraku) ,dia ada kata,
    'la ni kita kena terima hakikat yang kita kena belajar dari anak2 kita pulak,' ."Kata abah sambil ketawa.Aku juga turut ketawa.

    Cg Mohd Shapiee Hashim a.k.a. Leman-cik

    Walaupun kata2 abah seperti ditujukan kepada mama sahaja,sebenarnya bukanlah untuk mama seorang..Tetapi untuk semua yang setia mendengar..


    Itulah abah yang sangat aku respect.Suka berkongsi pengalaman.Pandang jauh ke hadapan.Caring.Segala-galanya ada pada dia.Sebagai manusia,kekurangan adalah lumrah.Jadi aku x kesah.



    Special for mama n abah(cilok dari kakak*.^)

    Dunia Akhir Zaman [PART 2]

    Allah itu maha mengetahui..
    wahai manusia,SEDARLAH!




    Semoga kita didinari cahaya petunjukNya..

    Dunia Akhir Zaman [PART 1]



    tengok sambungannya di dunia akhir zaman part 2

    Sunday, November 7, 2010

    Berikanlah yang terbaik~

    Ya Allah..
    Hambamu ini lemah bila berdepan dengan ujianmu..
    pimpinlah aku..

    Ya Allah..
    Hambamu lemah bila berdepan dengan pilihan..
    bimbinglah aku..

    Ya Allah..
    Aku lemah bila bersendirian..
    Janganlah tinggalkan aku..

    Ya Allah..
    Pimpinlah aku...
    Bimbinglah aku...
    Janganlah tinggalkan aku...
    Iringilah setiap langkahku...
    Janganlah sisihkan aku dari rahmatMu..

    Cintakanlah aku kepadamu..
    Cintakanlah aku kepada orang yang mencintaiMu..
    Peliharalah aku dengan KasihMU
    Ya Rabb..
    Aku hanya mohon padaMu..

    Berikanlah aku  yang terbaik~

    pesanan murabbi~



    Mengikut takwim matri,memang matri akan bercuti hujung tahun awal daripada sekolah2 lain.tetapi nampaknya matri cuti awal daripada yang dirancang.

    makaru wamakarallah wallahukhairul maa kirin..
    kita rancang,Allah juga rancang.Tetapi Allah adalah sebaik2 perancang

    Cuti mengejut yang diberikan kepada semua pelajar matri diumumkan pada perhimpunan hari isnin(1 november) lepas.Cuti hujung tahun buat semua warga matri bermula seminggu lebih awal..

    What we need to do?

    Pesanan buat semua pada kalimah akhirah haritu daripada murabbi2 tercinta di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah,Ustz Abdul Hadi dll...
    1. Solah berjemaah jangan lupa
    2. setiap hari baca Al-Quran
    3. Sekurang-kurangnya hafal 1 ayat setiap hari
    4. Jaga hubungan dengan Allah
    5. Jadi anak soleh/solehah
    Ringkas tapi penuh makna~
    Pesanan untuk kebaikan dunia akhirat..
    Manfaatkan ye~

    Wednesday, November 3, 2010

    Banjir Perlis + Kedah 2o1o



    Hujan lebat yang tidak berhenti beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir di sekitar Perlis dan kedah..


    Kullu bani adam khatta'.Wa khairu khatta' tawwabin
    "Setiap anak adam itu melakukan kesilapan.Tetapi sebaik-baik mereka adalah yang sentiasa bertaubat.."



    Sanah helwah Temanku~



    Sanah Helwah ya Jamilah~
    Happy Birthday to You~

    O Tanjo Bi Omedeto Goaimasu~

    Selamat hari lahir~
    Semoga Allah Selamatkan kamu~

    Special for..Khususan ila..Istimewa Buat..

    ~*Nadhirah Rubani a.k.a. Dot*~

    **Semoga setiap langkah perjalanan hidup kalian diiringi Rahmat & kasih sayangNya