welcome

Thursday, July 21, 2011

tanda2 riya' itu..

Ali bin Abi Talib pernah berkata:Tanda riya'ada 3 perkara:

1)malas beramal jika bersendirian
2)rajin beramal jika dalam ramai
3)menambah amalan jika dipuji dan mengurangi jika dicela

Wednesday, July 20, 2011

Dia tidak membiarkan kita..



Kita sering menyoal tentang segala hal dalam hidup ini dan tanpa kita sedari,Allah menjawab segala persoalan kita melalui kitab suciNya,Al-Quran Karim...

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Allah menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
SURAH AL-ANKABUT, ayat 2-3

Kita bertanya lagi: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Allah menjawab pertanyaan kita : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
SURAH AL-BAQARAH, ayat 216.

Kita menyoal : Kenapa ujian seberat ini?

Allah membalas: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya"
SURAH AL-BAQARAH, ayat 286.

Kita menyoal lagi : Kenapa kita rasa frust?

Allah memberi jawapan : " Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamu kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
SURAH ALI IMRAN, ayat 139.

Soalan dihulur lagi : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Allah menjawab: " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat
berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
SURAH AL-BAQARAH, ayat 45.

Masih terus bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Tanpa jemu,Allah membalas : " Cukuplah Allah bagimu, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepada kepadaNya aku bertawakal."
SURAH AT-TAUBAH, ayat 129.

Masih dihantui persoalan : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Allah meleraikan persoalan itu : " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
SURAH AT-TAUBAH, ayat 111.

Apabila jiwa manusia meronta : Aku TAK TAHAN!

Allah memujuk : '.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu
yang kafir."
SURAH YUSUF, ayat 12.

Masih terus mengeluh : Sampai bila aku akan merana begini?

Allah menenangkan : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
SURAH AL-INSYIRAH, ayat 5.

*Jangan pernah sisihkan quran dari kehidupan kita.Kerana disitu adanya penyelesaian apabila adanya keyakinan.

DIA lebih dekat daripada urat darah..

"Enti ada masalah ka?"Aku disapa oleh salah seorang senior yang agak rapat denganku,kak Hani(bukan nama betul)...Aku tertunduk lemah..Tidak tahu apa yang harus dikatakan.

Aku bukanlah seorang yang sewenang2nya menceritakan apa yang terpendam dan dirasai di hatiku.Bagiku,biarlah hanya Allah yang mengetahuinya.

Bukannya apa..Cuma apa yang aku risaukan,jika diceritakan kepada orang lain,perkara itu semakin susah untuk dipulihkan atau kata lainnya,semakin berakar rasa itu..Kalau perasaan itu adalah sesuatu yang baik,itu tidak menjadi masalah.Tetapi cuba bayangkan jika ianya sesuatu yang boleh menyebabkan su'udzon(buruk sangka) kepada orang lain..astaghfirullah..Jadi aku memilih untuk tidak menjadi pendendam..

Pandangan persoalan kak Hani masih berbaki..Aku menggeleng.Menafikan soalan yang dihulur..Aku tidak mampu menyusun kata2 kerana aku sedang cuba mengawal sebak yang bersarang di sepenjuru jiwaku.

"ok..x pa.Ana faham..Apa2 pun yang enti rasa sekarang,jangan sisihkan Allah dari kehidupan..Dialah yang memberi rasa itu,dan dia berhak mengambil semula..Kalau ada apa2,ana x jauh dari sini.Kalau perlu teman,ana sedia insyaAllah.."Kak Hani menutup kata2nya dengan menguntum senyuman terbaik sambil berdiri,sedia untuk berlalu..

Aku mengangkat kepala dan berusaha membalas senyumannya.Dia berlalu..Pandanganku terarah terus kehadapan.

"Eh,"Langkahnya mati.Kak Hani menoleh kembali, "lagi satu..Jangan lupa 'surat cinta' yang DIA bagi ya.."Dengan senyuman yang bersisa,Kak Hani meneruskan langkahnya menuruni anak2 tangga yang berada di bahagian belakang surau.

Hanya pandangan yang mampu mengiringi setiap langkah kak Hani yang diatur pergi..



Aku bersendirian lagi...Bersandar di dinding kayu surau.. Pandanganku menghala ke hadapan.Oleh kerana kedudukanku berada betul2 di belakang surau,ruang hadapan kelihatan begitu luas tanpa kehadiran pelajar2 sekolah di waktu petang..Mungkin juga ada.Cuma beberapa orang yang tidak menjejaskan kedamaian musolla matri..

Damai..
Tenang...
Tenteram..

'Surat Cinta..',...'Ya!Surat Cinta!..'Lantas ku bangun menghampiri rak Al-Quran yang berada di sebelah kanan hadapan surau.Kucapai senaskah..Aku mengambil kedudukan berhampiran dengan rak..Dengan jiwa yang 1001 rasa itu,kuselak lembaran Al-Quran secara rawak.Tiada fokus pada mana2 surah..

Mataku tertangkap pada satu ayat.Ayat pertama pada mukasurat itu.(secara jujurnya,aku tidak ingat mukasurat berapa dan surah apa)..Aku meniti ayat itu satu persatu..

Tanpa disedari,air mataku mengalir..Aku mengesatnya dengan hujung lengan baju yang dipakai.Dadaku benar2 sebak..Kayakinanku semakin teguh..

Aku benar2 merasai yang ALLAH itu benar2 dekat..Lebih dekat dari urat darah.Terasa benar bahawa Dia tidak mensia2kan hambaNya..

Kenapa??Bagaikan Allah mendengar segala2nya yang ada dalam hatiku.Sememangnya dia mendengarnya.Walau dalam keadaan apa sekalipun,Allah itu Maha Mengetahui.Persoalan yang terbuku di hatiku,atau lebih tepatnya perasaan aku tika itu seolah2 dijawab 'direct' oleh Allah..Dipujuk lembut kata2nya..Ayat yang aku baca itu benar2 sesuai dengan kondisi aku tika itu..

Tak Faham??Cuba dahulu..Tetapi,jangan menganggap ayat itu sekadar ayat quran semata2..Cuba rasakan bahawa itulah sebenarnya yang Allah nak sampaikan/tegur/ingatkan etc..





Aku telah di'risik' ...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Tuesday, July 19, 2011

di sini ada satu kisah..

Assalamualaikum kepada semua yang telah sampai ke laman ni...

Kali ini bukan saya lagi yang ingin bercerita..Tetapi saya ingin kongsikan satu link daripada facebook salah seorang kawan sekolah saya..


Kisah ini berkisar tentang Seorang profesor yang sedang meng'analogi'kan balang mayonis,bola golf,batu2 kerikil,pasir2 dan air kopi kepada pelajar2nya..Dia cuba mengetuk minda yang sedang berfikir...

Kalau nak tahu bagaimana jalan ceritanya,jom ikuti kisah itu..

Monday, July 18, 2011

Dia beri apa yang kita sanggupi..

"La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha,"

Tidak Allah bebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung..

DIA beri apa yang kita perlu..



"Ya Allah..terasa berat ujian yang engkau berikan.."Aneesa mengadu kepadaNya tanpa suara..

"Pernah tak neesa doa minta agar Allah jadikan neesa seorang yang sabar?" Melihat keadaan saudaranya dengan 1001 perasaan,dia menyoal dengan lembut...

Pandangan redup Aneesa diarah tepat ke wajah Ifra yang berada di sebelahnya..Ifra membalas pandangan itu dengan senyuman manis.

'Selalu,' Aneesa mengangguk..

"then..apa yg aneesa rasa aneesa dapat?"soalan yang mengetuk minda dan jiwa..apa yang dapat setelah berdoa?

"lagi banyak ujian yang perlu dihadapi..kadang2 terasa makin berat..Rasa macam x dimakbulkan pun ada.."Dia tertuduk sayu..Aneesa meluahkan perasaannya..

"sebenarnya,kalau kita fikir betul2..Allah bagi ujian tu sebab dia nak train kita jadi orang yang bersabar macam yang kita minta.."Aneesa mengangkat kepala lalu pusing kearah Ifra.Tertarik dengan kata2nya..

"Cuma kena usaha sikit la.."Renungan Aneesa tepat kedalam anak mata Ifra cukup menggambarkan dia terpaut dengan kata2 Ifra.

"Kadang2 Allah x bagi apa yang kita minta..Tapi DIA bagi apa yang kita perlu.."

let's think..

*kredit to kakak bagi pinjam gambar n nama sarah.dan kak ngah jugak..

Monday, July 11, 2011

Bukan Dia tidak perkenankan..

Anas bin Malik r.a berkata,Rasulullah saw bersabda: "Apabila Allah kasih pada seseorang hambaNya,dikenakan padanya bala",Maka apabila ia berdoa,berkata malaikat : Suara yang sudah terkenal!!!,Maka berkata Jibril: Ya Allah,hambamu si fulan itu,sampaikanlah hajatnya. Jawab Allah : Biarkan hambaku,Aku suka mendengar rintihan suaranya. Maka apabila hamba berkata : Ya Rabbi.. Jawab Allah: Labbaika hambaku (selamat datang hambaku),tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau meminta sesuatu melainkan pasti aku berikan..Adakalanya aku segerakan untukmu,atau aku simpankan untukmu yang lebih baik bagimu,atau aku tolak darimu bala.." yang lebih besar dari itu.

Let's think~