welcome

Saturday, December 27, 2008

Hikmah di malam yang gelap

Di bawah biasan lilin kucoretkan sebuah kisah.Kisah tentang diri yang serba lemah.

Tepat jam 12:15 malam,diriku masih berada di dalam kegelapan.Beberapa detik lalu disaat aku sedang leka melayani rancangan yang ditayangkan di kaca televisyen,tiba-tiba.....tup...

'Ya Allah gelapnya....secebis cahaya pun x dak.Macam x buka mata ja walaupun tengah buka mata ni.'

Nampaknya bekalan elektrik dah terputus.Adik beradikku serta abang iparku yang berada di ruang tamu juga terkejut.Masing-masing mencari punca.

"Satu taman x der elektrik,"abang ngah(abang ipar) mengkhabarkannya setelah ke luar rumah untuk melihat keadaan jiran-jiran di sekeliling.

"kak ngah,kak ngah, rasa macam x bukak mata kan.x nampak apa,"suara adik b0ngsuku memecahkan kesunyian.

Terlintas di sanubariku bahawa beginikah keadaannya di kubur nanti????

'Takutnya!
aku kese0rangan di sini..
x nampak orang lain dah'
Lagi takut di sana kalau amalan x tentu hala
'Gelapnya!!
gelap sangat nie...elektrik pulak x dak.'
Gelap lagi di kubur nanti ....
'Panasnya!!!
bila x dak elektrik ni,kipas x jalan la..tu yang panas sangat nih.
dah la nyamuk banyak.
Eeiiyyy...Rimas betul'
Panas lagi andai maksiat silih berganti!!
Tiada yang akan men0l0ng selamatkan kita dari binatang berbisa yang membelit kita di sana..
Tiada lagi yang akan menyahut teriakan kita yang bisa mengejutkan makhluk Allah yang lain Tika di alam sana..

SEMPIIT!!!
GELAAAP!!!
PANASSSS!!!!
RIMASSSSS!!!!!!!

Seperti yang sedia maklum,aku bukanlah 'anak sahabat' seberti kebanyakan sahabat2ku.Diberi lebih pendedahan tentang ISLAM berbanding keluarga biasa.Namun aku amat bersyukur mempunyai keluarga yang mengajarkanku erti kesabaran,kebenaran dan banyak lagi.Aku teramat bertuah kerana dikurniakan Abah yang penyabar dan mama yang penyayang.

Kembali ke t0pik asal.Aku kini masih berada didalam kegelapan tanpa sinaran cahaya lampu.Kut0leh ke kiri...'subhanallah'
Adik2ku sedang solah berjemaah.Jika nak dikira,memang lewat untuk solah fardhu isya'.Namun aku masih bersyukur kerana mereka masih mahu s0lah secara berjemaah.Kerana di fikiranku ramai manisia yang enggan menunaikan solah fardhu,apatah lagi secara berjemaah.Ubeid mengimamkan s0lah.Mungkin ini biasan tarbiyah yang diper0leh selepas berkampung selama 2 minggu berkampung di bumi waqafan tersebut.

Stella,bubuya,dan cit0t(kucing peliharaan) asyik berulang alik dari depan(ruang tamu) ke belakang(dapur) dan sebaliknya..Kegelapan tidak menjadi penghalang bagi mereka kerana Allah kurniakan pada kucing mata yang boleh melihat dalam kegelapan.

Subhanallah..
Alangkah indahnya hati yang dipenuhi cahaya iman menyusuri l0r0ng2 gelap dipenuhi duri.Cuba bayangkan andai kita dikurniakan Allah mata yang bisa melihat dalam kegelapan(jahiliyah).Tentunya kita tidak akan sesat mahupun tersngkur.

Susah juga bila dah black0ut ni..Ye larr,kena cari lilin la pulak yang dah berkurun tersimpan di ceruk mana ntah.Tapi...untung lagi black0ut kat dunia daripada kat kubur sana.Sure-sure x yah cari lilin sebab x kan jumpa punya.

Pandanganku tertumpu pada satu-satunya lilin yang jumpa dan menyala dalam rumah ni.Pendek dan makin pendek.Bising di telingaku bertambah dan bertambah.Satu...satu haiwan tu angkut kaum kerabatnya untuk menjamu selera di tubuhku yang semakin gatal ini.(dah jadi macam tempat derma darah dah.)

'Ya Allah,bisingnya..'

Kadang-kadang aku terlupa bahawa suara-suara bising itulah yang sedang memuji Allah.

pandanganku kembali tertumpu pada sebatang lilin yang sedang memakan dirinya.Dan kulihat juga habuk2 hitam dan halus bertaburan di sekitar lilin tersebut.
"Ya Allah!"
Tau x apa habuk2 hitam tu?habuk tu adalah abu2 nyamuk yang terbakar apabila terbang berhampiran api tersebut.Bukan pintanya untuk mati terbakar,tapi itulah suratan yang Esa.

Api itu b0leh diibaratkan jahiliyah dan nyamuk sebagai manusia.Bukan pintanya untuk tunduk pada jahiliyah.Hanya mahu menjenguk sahaja.Di situlah kesilapannya.Teramat kuat medan magnetnya menarik manusia terkulai di sisinya.Sudah suratan Yang Esa.

Alhamdulillah...
Akhirnya cahaya menyinari kembali

No comments: