welcome

Tuesday, May 17, 2011



T0 All of my teacher..

  • cikgu waktu pra sekolah di sk buluh lima
  • Guru2 Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA)
  • Murabbi2 Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Semoga Segala ilmu yang telah dicurah akan menjadi saham di 'sana' nanti.

Sepanjang hidup bergelar seorang 'pelajar' ini,telah pelbagai guru yang telah saya temui..walau bagaimanapun karakter mereka,mereka punyai satu misi.Bukan hanya menyampaikan ilmu,tetapi mereka juga merupakan se0rang pendidik.

Bercerita tentang guru,teringat saya akan guru2 saya yang terlebih dahulu menghadap ilahi.Seorang demi se0rang pergi...



Semuanya bermula sewaktu saya masih di tingkatan 5(2009).
Guru bahasa melayu saya puan Halimatun Hussin atau lebih mesra dengan panggilan 'ummi'.Pemergiannya bukan hanya dirasai oleh pelajar tingkatan lima ketika itu sahaja,malah hampir keseluruh warga ma'had menangisi kehilangan seorang murabbi.

Tidak lama kemudian,kami menerima satu lagi berita kematian guru.Guru matapelajaran geografi ketika saya di tingkatan 1.Cikgu Zainuddin Jusoh.Beliau adalah se0rang yang sangat berjiwa kental.walaupun usianya sudah mencapai satu tahap yang perlu berehat di rumah,tetapi beliau tetap menggagahkan diri datang ke sekolah untuk membantu selagi boleh.

Kemudian disusuli lagi dengan berita keberangkatan Sir Ghazali ke alam barzakh.Beliau merupakan guru bahasa inggeris tingkatan lima.Sedih + terharu apabila mendengar kisah beliau.
Ketika beliau baru terjaga selepas tidak sedarkan diri,terus beliau bangun dari pembarimgannya.apabila ditanya mengapa,dijawabnya bahawa kami,pelajar2 tingkatan lima akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.Dan tiada siapa yang pergi mengajar Bahasa inggeris.Beliau perlu pergi membantu kami..
Berguguran air mata ketika mendengar cerita ini.betapa prihatinnya beliau.Itulah yang dikatakan Murabbi...

Kesemuanya berlaku dalam satu tahun sahaja.

Tahun berikutnya seorang lagi guru MATRI dipanggil pulang menghadap ilahi.Sir yahya.Guru mtapelajaran bahasa inggeris dan EST bagi pelajar menengah atas,

Berita yang sangat menggemparkan apabila saya menerima mesej tentang pemergian Mudir Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah,Dato' Dahlan b. Mohd Zain di bumi wakafan MATRI,Perlis.Saya tidak dapat menghadiri pengkebumian Allahyarham ustaz Dahlan kerana ketika itu saya berada di Pahang.

Dan pada beberapa hari lepas,se0rang lagi guru telah pergi menemuiNya,Ustaz Yasamsuri,guru aku di tingkatan 6 yang mengajar madah untuk STAM.

"Allahummaghfirlahum warhamhum.Wa 'aafiihii wa'fu 'anhum.."

Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka.dan Semoga Segala ilmu yang telah dicurahkan akan menjadi bekal di 'sana'..

SELAMAT HARI MURABBI

2 comments:

einz miszmessy said...

adik beruntung mendapat guru yg baik....

Srikandi Al-Farouk said...

Alhamdulillah..anugerah Allah yang x ternilai..