welcome

Wednesday, December 8, 2010

Selamat tahun baru!

Bismillahirrahmanirrahim..
In The Name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful

Beberapa hari lepas,sedar ataupun x kita telah melangkah masuk ke suatu tahun yang lain.
Satu tahun baru dalam Islam.
Sempena Bulan Muharam yang baru muncul ini,ingin saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua umat islam di seluruh dunia..Tetapi,saya x nak ucapan hanya sekadar ucapan..
Ingin saya coretkan beberapa pesanan penting yang dinukilkan buat semua pembaca,terutamanya diri saya sendiri.

'Tahun baru' amat sinonim dengan 'Azam Baru'..Adakah anda mempunyainya??Kata orang,x lengkap la tahun baru tanpa azam baru.Tapi bagi saya,Azam baru itu satu benda yang baik.

Persoalannya,adakah azam kita pada tahun lepas telah tercapai?Jika tidak,cukuplah sekadar perbaharukan azam.Jika kita menambah satu lagi azam baru untuk tahun ini,bila lagi kita nak melangsaikan 'hutang' ataupun impian tahun lepas.
Jangan salah faham pula.Saya x menghalang anda semua untuk mempunyai 'azam baru'.Tetapi saya cuma ingin mengingatkan diri saya terutamanya untuk menyelesaikan apa yang masih belum selesai.Perbaharuilah azam kita.kerana kita x kan rugi dengannya..

Semoga tahun ini kita kan beroleh manfaat Agar tahun ini lebih cemerlang dari yang lepas..

*Allah always by our side..


No comments: