welcome

Saturday, May 21, 2011

Perkongsian:Bersama Membina...

"Kak syah,sebenarnya nak buat macam mana? 'kami' still x faham.."Aku menutur sayu bernada mengadu..Bukan tidak yakin untuk mengadu kepadaNya,tetapi hubungan persahabatan atau ukhuwah yang terjalin keranaNya memberi impak yang besar pada diriku..
(*kami merujuk kepada saya)

Aisyah Abdul hadi,merangkap senior di alam persekolahan menjadi tempat mengaduku.Padang sekolah Vokasional,Perlis menjadi saksi pertemuan semula kami pada hari itu.Tidak dirancang pertemuan pada hari itu.Kedua-dua kami menghadiri hari sukan Haluan.Sebuah badan NGO Malaysia.Betullah,Penyusunan Allah itu tersangat rapi.

Pandangan matanya yang serius membuatkan aku tertunduk.Aku x mampu membalas panahan matanya.Pandangan yang penuh pers0alan.Kak Aisyah menjadi pilihan.Kami punya hubungan persaudaraan yang 'istimewa'..Mungkin menjadi salah 1 faktor.Aku lebih senang berkongsi.Tetapi bukanlah fakt0r utama.Kerana dia lebih makan garam berbanding aku.Kerana dia yang aku tsiqah(percaya).Kerana dia ...

Mungkin kerana pertama kali aku benar2 hidup dalam realiti masyarakat sebenar yang memerlukan penyusunan kehidupan harian sendiri(yang tidak terlalu terikat dengan jadual setempat),aku masih mempunyai banyak ke'konfius'an kerana hal2 yang belum pernah aku temui sebelum ini.Terlalu banyak pilihan yang perlu aku buat.Jika tersalah tempat rujukan,tunggulah akibatnya.Tetapi jika tersedar di pertengahan jalan,masih sempat untuk menukar pilihan..Dunia ini memang tidak adil,tetapi Allah itu Maha Adil.

Lemah.Aku rasa diriku masih lemah.Bukan lemah fizikal yang manusia lain boleh melihatnya.Lebih kepada dalaman.Jiwa.Rohani..HATI..Hakikatnya,Allah boleh melihat dan menilainya.

Aku sebagai pelajar diploma UiTM diberi peluang bercuti.Cuti semester selama hampir 1 bulan.Sebenarnya Dia ingin beri aku kerehatan sebentar.Rehat dari suasana yang dikuasai 'jahiliyah'.Dan Dia ingin aku mencari kekuatan juga perbaharui iman.Memang penyusunanNya yang rapi ini memberi aku peluang.Bukanlah berehat dari diuji,cuma ujiannya dalam bentuk yang berlainan.Aku dirumah,diuji dengan diriku.Aku di luar,diuji dengan manusia2 di sekelilingku.Ia lebih berat.Jika aku se0rang yang tumbang kerana kesilapanku,kesannya hanya pada diriku.Tetapi jika berkait dengan banyak jiwa,aku akan dipertanggungjawabkan diatas semua itu.

"ok,apa yang Nabilah still x clear lagi?"Kak Aisya memulangkan s0alan kepadaku..

'Apa yang aku x faham?'Tercari2 ayat yang sepatutnya. Terasa begitu susah untuk mentafsirkan dalam kata2.Bagaimana aku ingin mengkhabarkan.Aku rasa apa yang aku x faham.Cuma aku x tahu bagaimana untuk ungkapkannya.

"Ntah la..Sebelum ni dengar dari kakak2 dan abang2 lepasan macam ada sesuatu(seperti program yang membina) yang depa buat kat tempat depa(IPT masing2).Macam aktif ja.." X da la hanyut sorang2.Sekurang2nya kalau nak 'ter'hanyut pun,ada la juga orang yang nak hulurkan tangan..

"oh..Sebenarnya x semudah yang kita dengar.Tambah2 dalam waqi'(suasana/keadaan tempat) masing2.Bukannya ramai sahabat2 sefikrah(sefahaman) dengan kita.."

Perbualan yang lebih kepada 'perbincangan' kami tidak terhenti di situ.Banyak yang telah dibincangkan.Sehinggalah tidak mampu lagi untuk aku bendung mutiara2 jernih yang terasa begitu murah berguguran di wajahku..Diatas 'ego' yang aku ada,aku mengalihkan wajahku ke arah lain disebabkan air mata yang tidak mampu aku tahan dari terus mengalir..Aku cuba untuk terus tersenyum kerana tidak lagi mampu untuk berkata2.

"Kak Aisyah tahu Nabilah boleh(hadapi ujian dengan masyarakat luar).Nabilah kuat.InsyaAllah,"

Mendengar kata2nya membuatkan aku terus membisu.Air mata semakin laju..

Diri yang aku rasa terlalu lemah ini masih diberi kepercayaan dengan begitu yakin.Suaranya tiada lansung nada keraguan padaku.Hatiku terpukul mendengar kata2nya.Terasa begitu malu..Malu dengan DIA..Kerana DIA lebih mengetahui bagaimana aku yang sebenarnya.Malu juga dengan hambaNya yang teguh keyakinannya.

Aku takut d0sa yang tidak terasa dosa..Aku sangat takut akan hal itu.

"Nabilah.." Kak Aisyah menghulurkan tangannya bersama sekuntum senyuman."Kak Aisyah dah nak balik ni."Aku menyambut huluran salamnya.Aku membalas senyumannya.Kami berpelukan.

"InsyaAllah Nabilah boleh.." Kak Aisyah berbisik sambil menepuk2 belakangku.Senyum lagi bagi menahan air mata..Pandanganku mengiringi langkahnya.

Kak Aisyah menoleh kearahku sambil melambai2. "Kak syah,doa.."Aku megisyaratkat doa utkku.Kerana doa seorang sahabat itu dimakbulkan.InsyaAllah..Kak Aisyah mengangguk balas.



Hanya beberapa hari lagi aku akan menjejaki semester 2 pengajianku.Dan itu bermakna hanya beberapa hari lagi akan ku melangkah ke medan pertempuran antara iman dan nafsu..

Doaku agar Allah perkukuhkan benteng pertahanan imanku.Agar aku menjadi mujahidah yang berpegang kepada prinsip.

*Mengharap d0a dari kalian..

3 comments:

[ n_akn ] said...

Adikku Nabilah..
Semoga Allah berikan padamu kekuatan untuk meneruskan langkahan dan perjuangan di Bumi UiTM..knailah tau, besar dan mencabar sungguh dugaan yang datang buat kita..knailah pon pernah berada di bumi UiTM wpun kampus kita berbeza, suasana tetap sama..

knailah tau nabilah boleh..Allah lagi tahu yang nabilah boleh..berusahalah untuk terus kuat..

Moga Allah terus pelihara dan beri kekuatan buat nabilah..

Qawiem Khairi said...

moga Allah memberi kekuatan,
baik buat diri juga buat hati.
Amin.

Srikandi Al-Farouk said...

To kak nailah
Harap sgala kata2 kak nailah mnjd 1 doa yang dimakbulkan..amin...tersangat risau ni.Kat sana kekadang bnda yang d0sa juga x prasan kata d0sa..tkt hati hilang sensitif dgn d0sa.Na'uzubillah..

To Pelaut Rabbani
Amin..Smoga Allah beri kekuatan kpd kita semua..Jzkllh atas doa..