welcome

Saturday, July 25, 2009

i've lost 2 of my teacher

Bulan lepas..
Ummi Halimaton telah pergi menyahut seruanNya..
X sangka kata-kata sir Ghazali yang dia akan menjejaki langkah ummi akhirnya menjadi kenyataan..nampaknya Allah betul-betul menyayangi orang2 soleh ini..
Kami warga 15th generation amat terasa dengan kehilangan 2 orang murabbi ini.Mungkin disebabkan kedua-dua orang murabbi ini telah banyak memerah keringat mengajar kami srta telah banyak mencurah tenaga demi membimbing kami mengenali ilmu Allah yang Maha luas ini.
Jika nak dihitung pengorbanan mereka x terkira banyaknya.Apa yang saya dengar dan lihat,walaupun mereka sedang sakit,tetapi tetap digagahi juga untuk terus datang mencurahkan segala ilmu yang mereka ada..
Masa kelas ummi dulu...
beberapa kelas terakhir,ummi datang dalam keadaan x sihat..demam...sakit kepala...
saya dan kawan2 lain dah beritahu ummi.."ummi pi la rehat dulu"..tapi ummi x kan tinggalkan kelas kalau x dak apa2 yang betul2 lebih penting daripada mengajar kami.walaupun demam atau sakit apa2 yang x menghalang ummi dari terus melangkah ke kelas kami,beliau akan tetap melangkah dan terus melangkah..
Baru2 ni..sir Ghazali datang ke kelas kami dalam keadaan yang lemah(dari pemerhatian saya la).Setiap kali sir mengajar,saya perasan yang sir jarang menggunakan anggota kanannya.Saya agak curiga.Dan sahabat sekelas saya ada beritahu yang dia nampak tanda2 kematian pada sir seperti yang dia nampak pada nenek dia dulu.Tapi dia x berani nak beritahu sesiapa.Sehinggalah semasa saya di kelas,selepas menghadiri Halaqah Khas di dewan,sahabat2 saya yang lain baru habis mengerjakan solah sunat hajat dan turun dari musolla(surau) mengkhabarkan bahawa sir Ghazali baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Tersentak pelajar-pelajar dalam kelas tingkatan 5 sains dan sastera puteri.Dan diwaktu itu,sahabat saya,Na*****h R***n*,menceritakan apa yang dia lihat ada pada sir beberapa hari lepas.
"Nampak apa D**?"
Saya tanya dia kerana saya nak tahu sangat2 apa yang dia nampak.
Dia cakap nampak hidung sir jatuh(Tulang hidung ke bawah dari yang asal).
Subhanallah..x sangka Allah dah beri petunjuk.Dan sir sendiri dapat rasakan yang dia akan dipanggil pulang.Dan saya baru tahu bahawa sir pernak mengalami mini strok.
'patut la sir jarang guna anggota kanan.dan kalau sir guna pun sekejap sangat.'
Ada sahabat ana cerita,semasa check tekanan darah sir kat PMC,rendah sangat.Tapi Sir tetap nak bangun sebab sir rasa bertanggungjawab keatas kami(calon2 spm 09) yang akan menghadapi trial x lama lagi walaupun sepatutnya sir perlu rehat yang cukup.Sir kata..
"Pelajar-pelajar masih memerlukan guru yang mengajar mereka sebab mereka akan periksa x lama lagi.Kalau x saya yang pergi mengajar,siapa lagi??"(lebih kurang maksudnya.)
Semasa sir cakap ni,sir dalam keadaan terlalu lemah dan x berdaya.
Takziah buat Keluarga Sir.Semoga Allah menyayangi dan merahmati Sir di 'sana'.Allah lebih menyayangi sir Ghazali daripada kita semua.Hanna,Allah tau apa yang terbaik.Semoga Tok Chik anti ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.Sir betul2 pergi dalam melakukan kerja islam.
Al-Fatihah buat Sir Ghazali

2 comments:

faiz said...

salam..
alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk beriman dan bertaubat kepada Allah s.w.t.,mungkin kalau kita lihat dari satu sudut kita sedih dengan kematian sir dan ummi..tapi bagi ana..ana kadang2 berasa terima kasih kepada Allah kerana telah "merehat"kan mereka berdua yang soleh ini.Kalau kita lihat mereka berdua penat lelah untuk mengajar..biar sakit..biar penat..namun tetap tidak dibebani rasa jemu dan bosan...itulah mereka,jiwa yang telah ditarbiyah merupakan jiwa yang suci dan murni.Allah merehatkan mereka dengan kematian dan tidak lagi terdedah kepada dosa2...ana juga merupakan anak didik mereka...yang mana tahun ini sama2 kita kehilangan guru..namun ana yakin Allah menurunkankan hujan untuk memberikan pelangi..
semoga kita berjaya SPM tahun ini...
putera 15th committee..wassalam

Srikandi Al-Farouk said...

ya..betul tu..
sebenarnya baru2 ni ada akak2 lepasan pergi ziarah zaujah arwah sir,akak tu cerita yang zaujah sir bagitau kata-kata sir yang last lepas orang suruh sir rehat..
"orang2 yang melakukan kerja islam tiada istilah rehat bagi mereka".
betul kata2 sir tu.Kita yang muda ni apa lagi..Mesti lebih berusaha demi islam!!