welcome

Friday, June 12, 2009

kematian semakin manghampiri...

Beberapa hari lepas..
"Abah,jom pi tgk pak Salleh kat icu."
Mama mengajak abah menziarahi jiran kami yang dikhabarkan telah koma dan kini berada di ICU di hospital Tengku Fauziah,Alor Star.
"Jom.."
"Abah,pak Salleh tu siapa ya?"
Saya Bertanya setelah berfikir dan tidak menjumpai jawapan yang diharapkan.Agaknya mungkin kerana selalu saya tiada di rumah.Jadi,terlupa nama jiran2 tetangga.
"Pak Salleh tu kan ayah Aton,"
"o0o0o0oo0owh.."
Baru ingat.Aton,rakan sepermainan semasa kecil2 dulu.Dah lama x dengar khabar tentang dia selepas dia menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah dan telah melanjutkan pelajarannya di IPT.
Malam tu...agak lewat la jugak.Saya x ingat jam berapa,tiba2 ada orang ketuk pintu rumah.Adik saya,Ubeid yang sedang menghadap desktop pon pergi la bukak pintu.Rupa2 nya pak ngah(jiran)nak jumpa abah.Ubeid pon pegi la panggil abah di dalam bilik.
Saya tengok macam ada sesuatu yang penting ja semasa abah bercakap dengan pak ngah.suspen betul.abah keluar skit pastu tarik pintu tutup.
'kenapa?'
Pelik juga dengan tindakan abah.'Hal org tua kot..'sedapkan hati sendiri.
"awat abah??"
Soalan pertama yang keluar setelah abah masuk..
"dak..pak ngah habaq,pak salleh dah takdak"
Innalillahiwainnailaihiroji 'un..

Kelmarin..
Berpagi-pagi di Pendang Lake Resort untuk hari terakhir KMK-13.Semasa sedang tadabbur alam pagi bersama beberapa orang ahli kumpulan dan faci,sedang mengulas kembali perjalanan aktiviti sebelum2 ni,tiba2 kak Tasnim Z.A. menyentuh tentang kematian
"kita x tau kan bila kita akan di panggil pulang??
awal pagi tadi ada orang mesej kak tasnim sorang sahabat kita dalam jurusan medic di mesir telah kembali menghadap Ilahi.Kemalangan di sana(Mesir).."
saya telah menerima berita bahawa seorang lagi mujahid muda telah gugur di medan jihad.Lantas terus kak aisyah tanya..
"sapa??sapa??"
"Lepasan Matri,Ammar Zul.."
Beberapa jiwa yang mengenalinya tersentak tatkala mendengar nama tersebut.AMMAR ZUL..nama yang sangat dikenali di Matri..Dia adalah senior semasa saya di tingkatan 1.Mungkin saya x berapa kenal dia,tetapi dengan cerita2 yang saya dgr ttg dia,insyaAllah dia adalah mujahid fi sabilillah.
Tadi baru saya dapat berita jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia pagi tadi.TAKZIAH buat keluarga Allahyarham.semoga Rohnya dicucuri rahmatNya.
Nampaknya Allah Betul2 sedang mengingatkan tentang kematian yang semakin menhampiri..Mula2 Ummi,kemudian jiran,Ammar Zul dan beberapa orang lagi yang telah kembali menghadapNya..
Adakah kita dah cukup persediaan untuk menghadapiNya??Sudah cukupkah bekalan yang ada pada kita sekarang???

No comments: