welcome

Friday, May 15, 2009

menerima dan kehilangan..

19 April lepas..

     Subhanallah...Tangisan Abdul Kholiq menghilangkan rasa kesakitan ibunya,Siti Syuhadah yang baru melepasi gelanggang pertarungan antara hidup dan mati.Kelahiran mujahid kecil ini menjadi pengubat hati bonda.Lafaz syukur sentiasa meniti di bibir ayahanda tersayang,Ismail Najmuddin.Keserian terserlah di wajah suci Abdul Kholiq.Senyuman sentiasa terhias tatkala datuknya,Mohamad Kamal meriba si mujahid kecil.Nenda,Mariam sentiasa mendoakan yang terbaik buat cucu tersayang..


Abdul Kholiq bin Ismail Najmuddin


14 Mei o9

Seorang guru telah dijemput pulang menghadap Rabbnya.Datin Halimaton Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Ummi,seorang guru yang telah banyak menyumbang tenaga,harta dan sebagainya kini telah kembali ke rahmatullah demi menyahut seruan Yang Maha Esa..
Minggu sebelumnya..beberapa orang rakan saya pergi bertanding dalam pertandingan Forum Remaja dibimbing sendiri oleh Ummi.Namun,penyertaan mereka dalam pertandingan forum ini mendapat sedikit tentangan dari beberapa orang guru lain kerana penglibatan kali ini sedikit mengganggu perjalanan pembelajaran.Namun,Ummi tidak jemu memberi sokongan dan bantuan.
     Pesanan ummi kepada rakan2 yang terlibat dengan pertandingan ini supaya buat yang terbaik.
"bila lagi ummi nak tengok.."
Kata-kata terakhir ummi benar2 menyentuh hati.Mula2 memang x faham apa yang nak dimaksudkan.Mula2 ingtkan mungkin sebab yang terlibat ni semua form 5,so tahun depan dah habis sekolah.Rupa2nya ada maksud yang tersirat di sebalik kata2 ummi.
     Sehari sebelum tarikh kematian Allahyarhamah,saya ada melawat ummi di ccu.Keadaan ummi memang menyayat hati.Ummi terlantar tanpa dapat berbuat apa2.apa yang saya nampak,tangan ummi bengkak.Mungkin itu kesan dari penyakit yang baru dikesan,'Kidney failure'.Ya Allah...Satu demi satu ujian yang terpaksa ummi tempuh.Tapi saya yakin dengan janji Allah.Allah x kan beri sesuatu ujian terhadap seseorang melainkan apa yang dia mampu.
     Semoga pemergian ummi ini diiringi dengan doa dan semoga roh ummi ditempatkan di tempat orang yang dirahmatiNya.

Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu'anha

Al-Fatihah

No comments: