welcome

Saturday, June 19, 2010

sEmoga kiTa kaN bErtEmu di JANNAH...

Innalillahiwainna ilaihi roo ji'un..
Begitu pantas masa berlalu.Dan Allah telah mengotakan janjiNya kepada hambaNya,Nurul Jannah Ahmad Sani.

Kullu nafsin Zaa iqotul maut
Setiap yang bernyawa pasti merasai KEMATIAN

Ternyata Allah lebih menghendaki dia di 'sana'.Allah lebih menyayangi dia.Allah x ingin dia dipalit kekotoran dunia ini lagi.
Masih segar di ingatan suatu ketika dahulu..

"BANGUN!!BANGUNNN!!!!"

Setiap pagi pasti suaranya akan memecahkan kesunyian dorm hafidzah.Ketika itu aku masih di tingkatan 1 dan arwah merupakan pelajar di tingkatan 2.Wajahnya sentiasa dihiasi dengan senyuman yang berpanjangan.
Alfatihah buat arwah..

***********
Terkejut x terkata apabila mendengar berita pemergian arwah.Semua itu bermula seusai solah isya'...
..."assalamualaikum warahmatullah..",imam memberi salam sesudah menunaikan solah isya'.Aku sebagai ma'mum,turut memberi salam selepas imam.Setelah duduk sebentar mengislahkan diri selepas solah,aku terdengar suara berbisik2 dari belakang bercakap sesama mereka...
"kak jannah meninggal.."
Aku menggeleng2 perlahan kerana dirasakan apa yang didengari seperti khayalan.Aku abaikan suara2 di belakang walaupun semakin rancak kedengaran.Terus aku menadah tangan untuk menyampaikan hajatku kepadaNya Yang Esa.Setelah mengaminkan doaku,aku berdiri dan berpusing ke belakang dengan tujuan ingin terus melangkah untuk melipat telekung di belakang musolla.Tetapi langkahku mati serta-merta setelah melihat wajah2 yang agak rapat denganku.Adik2 bilikku dan juga kakak2 khassah 2,rakan satu batch arwah.Aku memerhati semua wajah2 itu dengan harapan ada yang akan menjelaskan sesuatu..
Salah seorang juniorku menghampiri tempat aku sedang berdiri.Dia mengkhabarkan sekali lagi berita kepada rakan2nya yang berada si saf belakangku.
"Apa??!",Spontan suaraku meluncur keluar.
Sekali lagi junior tersebut memberitahuku..
"Kak Jannah eksiden kat Langkawi..",Ringkas jawapannya.
"Habis,la ni dia macam mana?",soalku terus tanpa mengagak apa2..
"Depa kata dah meninggal,ntah.."
Aku terkedu.Terus aku melangkahkan kakiku menuju ke belakang tanpa tempat tujuan di dalam fikiranku.Yang ada hanyalah tentang arwah..
'Betul ka ni??Sohih ka berita ni??ish...macam x betul ja..'
Hari itu hari khamis.Juga merupakan malam Jumaat.Jadi,seperti biasa jadual pelajar matri pada hari itu akan dipenuhi dengan waktu hafadzan.Sebagai mas'ul halaqah Al-Quran,seperti yang dipertanggungjawabkan kepada aku,terus aku capai quran tafsirku yang berada di dalam bilik pengawas dan duduk di tempat halaqahku ..lalu ustaz mahadzir mengumumkan sesuatu yang betul2 meragut separuh dari jiwa sedarku..Ustaz memulakan ayat dengan..
"Kullu nafsin zaa iqotul maut..Nurul jannah Ahmad sani kakak kepada Maryam Kamilah dan Nuruddin.."
Lantas air mataku meluncur keluar dengan laju..
'Dia benar2 telah pergi..',....

No comments: