welcome

Thursday, September 2, 2010

Ramadhan & Kemerdekaan

Ya Allah..cepat kan masa ni berlalu...
x sangka RAMADHAN yang mcm baru dilalui ni dah hampir ke penghujungnya...

Fasa pertama(rahmat) dan kedua(maghfirah/keampunan) bulan mulia ini dah pun kita lepas.Sekarang kita sedang berada di fasa ke tiga dan juga terakhir ramadhan 1431h iaitu di fasa kemerdekaan ataupun kebebasan dari api neraka..

Persoalannya,
Sudahkah kita capai kesemua tahap fasa ini??
atau lebih tepat,adakah kita telah berusaha untuk mendapatkan ketiga2nya??
Rahmat,Maghfirah,Kebebasan dari api neraka..
Apabila sebut tentang KEMERDEKAAN,terlekat minda saya pada tanggal 31 0gos yang baru kita lalui beberapa hari yang lepas..

Persoalan kedua yang ingin saya lontar buat minda yang waras,
Apakah erti kemerdekaan yang sebenar bagi kita??
dan bagaimana kita mengekspresikan kemerdekaan dalam kehidupan seharian??
Adakah hanya dengan mengadakan konvoi secara besar2an di jalanraya?ataupun
hanya dengan melaungkan "MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!"
Tambahan pula tarikh kemerdekaan tahun ini telah jatuh pada bulan yang penuh barakah..
Telah dinyatakan kepada kita,kejayaan sebenar adalah apabila kita di'MERDEKA'kan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga..
Inilah erti kemerdekaan yang sebenar..

Bagi jiwa2 yang masih hidup di era globalisasi ini,Kemerdekaan semasa hidup yang sebenar dirasakan apabila kehidupan hati,pemikiran,dan diri bebas dan merdeka dari dijajah oleh pemikiran dan cara hidup liberal.Merdeka dari gaya yang tidak disukai Allah..
Itulah erti kemerdekaan yang sebenar..

Masihkah kita sempat mencari lailatul qadr??
Jom manfaatkan baki2 ramadhan yang masih tinggal..

2 comments:

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani said...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Itu saja yang mereka tahu tentang merdeka.

Negara kita merdeka dari dijajah, bukan jenayah.

Srikandi Al-Farouk said...

Tiada kesedaran dalam diri..
Mereka sedang tenat,ummah perlukan kita!