welcome

Saturday, September 18, 2010

Al-Fadhil ustz Dahlan pergi menyahut seruan Ilahi-Kita sebagai penerus rantaian dakwah ini..

Astaghfirullah..Sepatutny amemang dah banyak post yang nak buat..Semua ada dalam kepala dah..Tapi 1 benda telah menghalang ak utk terus menaip di sini..
MALAS!
Tetapi kemalasan itu terus lenyap dan berjaya dikalahkan....

Pagi tadi,aku bangun dari tidur untuk menunaikan solah subuh setelah alarm handset ku berbunyi..
Terpapar di layar skrin handset..

1 New Message
Suhaib

Aku abaikan dahulu kerana aku ingin memulakan hariku dengan menghadap DIA agar hariku berlalu dengan penuh kerahmatan..Aku terus melangkah untuk mensucikan diriku dengan berwudhu'.Solah subuh aku dirikan..
Seusai bermunajat kepadaNya,aku teringatkan ayat2 cinta yang DIA kirimkan kepadaku.Yang aku bawa bersama2 datang ke rumah kakakku di Kuantan,Pahang.Aku berniat untuk mencari kekuatan dengan membacanya..

'owh..'

Aku teringat kembali mesej yang belum aku baca.Lalu,kucapai telefon bimbitku yang berada diatas katil..
Aku tekan butang 'Inbox'.
"Ust dahlan makin nazak.Doakn..."
Sender:
Suhaib

'Allahu Akbar!'
Terbayang Ustaz Dahlan yang terlantar di hospital hampir sebulan lebih lamanya..

1 New Message

Aku agak,pasti berita yang sama..

"Ust Dahlan makin nazak.sdqahkan Yaasin dan Doa...dr sir abdoh,"
Sender:
Iffahbulat

Allahu Akbar!
Terbayang sir Abdoh yang setia menemani ustaz dahlan..

1 New Message

Tolong doakan ustz dahlan sedang nazak sekarang di hospital kangar.sebarkan pada sahabat lain.
Sender:
K Teha matri

Kucapai naskah2 cinta dariNya.Kuselak lembaran demi lembaran hinggalah ke lembaran 440 sambil membaca surah pembukaan,Al-Fatihah.Aku meneruskan bacaanku dengan surah Yaasin..
Setelah aku habiskan bacaanku,aku berdoa kepaNya..Semoga Allah beri kekuatan kepada ustaz..Minda sedarku hanya memikirkan keadaan ustz..
Beberapa jam kemudian,..

1 New Message
Izzati Bahran

'Brita yang sama..'Aku buka,aku baca sepintas lalu kemudian aku keluar dr inbox..
Kemudian..

"eh,"aku buka inbox semula.Bagai x percaya.Mungkin aku tersalah baca..
Jadi aku baca semula..

"Sedekahkan Fatihah utk Ustaz Dahlan yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.Moga rohnya ditempat dalam golongan yang menghuni syurga firdausi.Sebarkan pada sahabat2 yang lain.."
Dupp!!!
Bagaikan semuanya berhenti seketika..Aku terkaku di situ..

'ALLAHU AKBAR!!'

1 New Message

"Sedekahkan Alfatihah untuk ust Dahlan yang tlah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.Moga rohnya ditempat dalam golongan yang menghuni syurga firdausi..sebarkan pada sahabat yang lain,"

ALLAHU AKBAR!!



“ Kita berjaya bukannya kerana bilangan ahli (pengikut) yang ramai dan kita gagal bukan kerana bilangan ahli ( pengikut) yang sedikit. Yang dinilai oleh Allah SWT adalah kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi semua cabaran dalam medan dan jalan ini.” – (UDMZ)

‎"Ust Dahlan rahmatullah alaih meninggal dunia dalam keadaan dikelilingi oleh anak-anak didiknya. Beliau meninggal dunia setelah menyelesaikan tugas beliau. Beliau meninggal dalam keadaan beriman dan telah melaksanakan kerja-kerja dakwah. Ini adalah signal (petanda) bagi golongan yang Allah akan ganjarkan dengan syurga."-abu ammar


Pesanan syed qutb..

“Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda”

Siapa lagi kalau bukan kita???

No comments: