Tidak ku nafikan sebagai remaja,aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci.Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain.Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku.Aku dengan tegas menolak!berbagai-bagai dalil aku kemukakan.Tetapi dia tetap tidak berputus asa.Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang selama ini telah dirampas dariku.Aku tertanya-tanya,adakah aku berada di tebing kebinasaan?Aku beristighfar memohon keampunan-Nya.Aku juga berdoa agar pemilik rasa cinta ini melindungi diriku daripada segala kejahatan.
Kehadirannya banyak membuat aku memikirkan tentang dirimu.Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.Dimana sahaja aku berada,akal sedarku membuat perhitungan denganmu.Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu.Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain,dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,memimpinku kearah tuju yang satu.
No comments:
Post a Comment