welcome

Saturday, October 18, 2008

Tinta Buat Bakal Suami...

Assalamualaikum warahmatullah...

Entah angin apa yang membuai hari ini,membuat aku begitu berani mencoretkan sesuatu buat dirimu yang tidak pernah aku kenali.Aku sebenarnya tidak berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa.Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya.Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu,itulah hati dan cintaku,membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Mama telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota dan diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti.Kata mama,tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.jadi,kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.sepanjang umurkuini,aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

No comments: