Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu,apatah lagi memahami mereka.Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku yang bukan mahramku.Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu adalah tempat yang terbaik buat seorang perempuan.Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.Bukan aku bersangka buruk terhadap kaummu,tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.
Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku.Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi,kerana Saidatina Aisyah r.a. pernah berpesan,"sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.Biarlah aku hanya cantik di matamu.Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki,sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimilii sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan,lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal?Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini?kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
2 comments:
deep means:)
thnx 4 sharing
untuk semua
Post a Comment