welcome

Saturday, September 17, 2011

3 warga MATRI telah kembali ke rahmatullah-van dihempap pokok besar..

Allahu Akbar..
Mungkin masih belum terlambat lagi untuk saya coretkan sedikit tentang sebuah tragedi yang berlaku baru2 ini yang telah melibatkan warga MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH(MATRI) yang berlokasi di Chuping,Perlis.

KULLU NAFSIN ZAA IQOTUL MAUT
Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian

Saya telah dikhabarkan tentang berita ini pada beberapa hari lepas setelah saya menerima panggilan daripada junior saya ketika di MATRI dahulu,Faathimah Ab Ghani.Faathimah yang berada di rumah kerana mendapat cuti sakit mengkhabarkan tentang kematian suami kepada cikgu Asmah(guru matematik tambahan saya di sekolah dahulu),pak cik Shahidan dan 2 orang pelajar lelaki Matri kerana terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya.Seorang daripada 8 orang pelajar yang menaiki van tersebut parah.Dan yang lain cedera ringan.Van yang mereka naiki dihempap oleh sebatang pokok sebesar pemeluk secara tiba2.

Takziah buat Cikgu Asmah dan keluarga.Ujian demi ujian terpaksa dilalui..Ujian itu adalah kasih dan rahmat Allah..Sebenarnya saya pun x layak nak mengucapkan semua ini kerana saya belum merasainya sendiri.Tetapi sebagai manusia yang bersaudara dibawah satu naungan,saya cuba memahami perasaan cikgu.... Semoga Cikgu tabah..



Dan takziah juga kepada ahli keluarga yang terlibat..Kak Mardhiah Ismail,moga tabah hadapi semua ni..Ada hikmah yang Allah nak tunjukkan ni..

Dan saya yakin perjalanan mereka adalah satu perjalanan yang diredhai kerana mereka sedang membuat kebaikan..Semoga pemergian ini sebagai jihad..

Al-Fatihah buat mereka..


Untuk maklumat lanjut,boleh layari ke laman ini:

  1. Matri
  2. TV 3
  3. BroHamzah
  4. Utusan Malaysia
" Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil dan kepunyaanNya apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran" (Hadis Riwayat Bukhari dari hadith Usamah)

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah...

No comments: