welcome

Saturday, August 14, 2010

.::*Ramadhan KarEem*::.

Ramadhan...
Satu bulan yang sangat sinonim dengan amal ibadah..
Pada bulan inilah terdapatnya banyak kebaikan.Syaitan-syaitan dibelenggu,pahala diberi berlipat kali ganda,Gerbang syurga dibuka seluas-luasnya dan Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..Padanya terdapat 1 malam yang tiada tolok bandingnya,lebih baik daripada seribu bulan.

"Lailatul khodri khoirul min alfi syahr"
Malam yang Lebih baik drpd seribu bulan

****************

Suatu petang di bulan Ramadhan..

"Awak x dahaga ke nur?hari ini panas sangat la..,"Ah Fong,pelajar 10 tahun bertanya rakan sekelasnya,Nursyahadah ketika mereka berjalan pulang dari sekolah..
"dahaga juga.Tapi saya puasa hari ini.Jadi saya x boleh minum lagi,"
"Awak x takut mati ke??"Soalan Ah Fong bernada risau..
"kalau zaman nabi orang islam dulu,dalam bulan puasa pun mereka perlu berperang.Tapi mereka tetap kuat,dan mereka masuk syurga.Saya pun nak masuk syurga,jadi saya kena la berpuasa.."Nursyahadah menjawab dengan penuh keyakinan.
"Kalau macam tu saya pun nak puasa lah,"Ikhlas kenyataan kanak2 itu..

***********

X hairan la kalau ada orang yang x pernah solat atau solat hanya sekali sekala kuat ibadah bila tibanya 'musim bunga' ni.Semuanya x nak lepaskan peluang mencari lailatul qadr..Kanak2 pun tahu kelebihan bulan ramadhan,apatah lagi orang yang lebih lama makan asam garam di alam ini..

"Wahai orang2 yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Telah Allah nyatakan kepada kita bahawa kedatangan Ramadhan karim ini bukanlah sesuatu yang sia2.Tetapi terdapat manfaat yang banyak padanya..
Dan jika datang ujian pada kamu ketika kamu berpuasa,ucaplah INNI SOIM,sesungguhnya aku berpuasa..

JOM BERSAMA2 JAYAKAN PESTA IBADAH!!

No comments: