welcome

Saturday, January 2, 2010

beTul kah piLihAnku iNi??

'ya Allah??
betu ka apa yang aku pilih ni??'

esok dah nak bertolak ke stadium darul aman..
buat apa??..nak menghadiri Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)..
aktivitinya bukan diadakan di situ..ke situ untuklapor diri dan bertolak ke kem dusun resort di kuala nerang..
erm..bila fikir balik..betul ka ni??macam x percaya ja..
sebelum ni,masa chat dengan abang din(aizuddin>>abang kandung saya..),dia cakap..

"ok la tu..ada jugak benda yang boleh buat..x da la duduk saja kat rumah.."

ok la..fikir macam tu..
bila saya ceritakan pada mama(ibu kandung saya),mama cakap..

"kalau x pi pon,boleh tolong mama kat rumah kan??"

mama cakap sambil tersenyum..huhu..tiba2 rasa sebak pulak..

Baru tadi aja chat dengan kakak senior masa di matri..
mula2 saja bertegur sapa dengan dia..
saja tanya kot2 ada pesanan apa2..
ikuti perbualan saya bersama senior,kak hasna'..

siNa: assalamualaikum..

junior mat3: wlkslm..
ei
tak pi matri lagi ke?
buat2 tanya

siNa: pi mtri?

junior mat3: huhu

siNa: hehe

junior mat3: nak buka sekolah dah..

siNa: saja eh??
k.hasna' kn ni?

junior mat3: a'a..

siNa: kt mna skrg?

junior mat3: kat jordan lagi la sayang..

siNa: hehe..
wa..
syok x dok kt bumi org tu?
eh
kt bumi Allah

junior mat3: karang cerita karang
mesti nabila'
nangis
sebab terlampau jeles
hohohoh

siNa: huhu
nak jeles apanya?
haa...
mesti dok jumpa penulis tu tiap2 hari??

kadang2 bergurau pun x kira masa..saja mengacah setelah sekian lama x jumpa..

junior mat3: haha
dia tu buat apa nak jumpa

siNa: kot2 la..

junior mat3: kat matri pun dah tak larat nak jumpa da..

siNa: cewwwahhh
hehe
kak hasna'..

junior mat3: apa?

siNa: taw dak lagi?
tau apa?
tak tau..
nak tau..
huhu

akhirnya topik sebenar pun bermula..

siNa: hehe
esok..
kami nak pi plkn

junior mat3: eh

siNa: ada nak pesan apa2 x?

junior mat3: tak pi ka kem jati diri tu?

siNa: klau pi kem jati diri tu
x dak la kami nak chat ngan kak hasna' sekarang ni

junior mat3: hehe
takpe
elok sgt nti pi plkn

siNa: hehe

junior mat3: pergi dlm rangka nak mencari penawar utk msyarkt
bukan pergi saja2

siNa: erm'

BEtul2 pesanan yang berguna..harapan yang menggunung tinggi..

junior mat3: pergi dgn mtlmat yg jelas
tapi sblm tu
awak kena ada bkln yg cukup
noktah bidayah yg sohih
pgangan yg kukuh
syu'ur tarbiyah dzatiyah
kena hadam betul2
kena tingkatkn
baru tak futur iA

siNa: huh..
alhamdulillah..
ada juga yg nk ingtkn
jazakillahukhairankathira

junior mat3: huhu
kak hasna' kat sini bljr banyak
bnyak benda
yg pling penting
kita tak boleh selama2nya rindu pd kenangan semalam
yg dah pergi biar pergi
matri
itu kisah smlm
tapi hari ini dan esok
kita sndiri kenaq corak
klau nak diikutkn
kat sini akak
sorang2
hlqh slama ni tak jalan
tapi bila akak dtng
akak nampak itu yg kena ubah
kita yg kena gerak
kita yg kena corak
tak boleh selama2nya demand itu dan ini
tak boleh selama2nya
minta utk ditarbiyah
minta utk diisi
minta utk dikuatkn
tapi kita kena bljr utk kuatkan diri sndiri
dan dlm masa yg sama
kuat kan org sekeliling
baru Islam boleh laju
trbiyah dzatiyyah
kena betul2 dipgang

siNa: esok datang bersama tanggungjawab

junior mat3: heheh
pandai ya..
ingat ya..
kena kuat
Islam perlukan kita

siNa: insyaAllah..
tu la..

junior mat3: A bagi peluang utk nti terjun dlm msyrkt
ambil peluang
'honestly
akak sbnrnya hajat nak pergi plkn
tapi tak dapat
huhu

siNa: huhu..
x pa

junior mat3: sbb kita kena tau pnyakit
kita kena faham
btapa msyarkt sdang tenat
baru kita akan berlari mncari ubat
kalau asyik duk dlm msyarkt yg baik
yg soleh
mcm kat matri
kita akan lupa bahawa msyrkt sdng menangis
msyrkrt sdng tenat

siNa: betul2

Memang rasa sebak waktu ni..x terkata..

junior mat3: sesi mmebebl bersama kak hasna'
hohoho

siNa: hehehe..
x la
syok dgr cmni..
walaupun tanpa suara
rasa macam baru ja masuk matri

junior mat3: huhu

siNa: kak hasna'..
doakan yerr

junior mat3: iA..
tau tak rahsia kak hasna'

siNa: apa?

junior mat3: utk elak dripada jatuh futur?

siNa: x tau

junior mat3: huhuhu

siNa: owh

junior mat3: rahsia ya..

siNa: nak tau2

junior mat3: jgn bagitau org lain
eheheh


Rahsia...betul2 rahsia..huhu..

siNa: hehe
i.A

junior mat3: setiap kali kak hasna' nak buat sesuatu yg melalaikan
nak buat sesuatu yg x spatutnya da'ie buat
mesti kak hasna' akan fikir
nak anak sultan muhd alfateh
mcm ni ke akhlak mak dia?
nak anak mcm salhuddn alayyubi
mcm ni ke
mak di smasa muda?
nak anak mcm toriq bin ziyad
mak dia lalai ke dlm usia remaja?
mesti tak
mustahil
sbb anak2 dtg daripada proses khidupan
ibubapa
jdi nak anak mujahid
kita kena mujahidah dulu..

Perkongsian rahsia yang betul2 berguna..

siNa: a'ah..
betul3
kak hasna'
nak minta izin share ngan kawan2 pasal ni boleh?

junior mat3: apa?

siNa: sekadar perkongsian..

junior mat3: huhuhu
iA
boleh

siNa: jazakillahukhair

Panjang jugak sembang dengan kak hasna'..tapi rasa macam sat sangat...

lepas tu kak atiqah razak pula masuk..

Atikah Abd Razak: Slm...jga hati..jga iman ye di sna nnti...doakn k Tka jgak..

siNa: insyaAllah
kak tika doakan kami jugak ea

Atikah Abd Razak: sape lg kna pi PLKN?

siNa: yg kna
ruziah
basyirah r
fatin nabila
nasuha
dot
atiqah rosli
nabilah kamal
erm..dan beberapa org lagi..

Atikah Abd Razak: name sndrik pn nk tulis...hehehe..

siNa: hehe
takut terlepas seorang

Atikah Abd Razak: dok kt sna...kna jd qudwah kt org len...bkn kita amik org len sbg qudwah ye..

siNa: insyaAllah..

Atikah Abd Razak: smoga Allah mjga & mningktkn keimanan antunna..

siNa: sangat2 mengharap doa dari kak tiqah

Atikah Abd Razak: insyaAllah...doa k Tka sntesa mngiringi mrk yg bjihad lillahi taala...x kira kt mana pn...
k... k Tka nk ***** ***** ni...heheh...nk msuk asar dh...
uhibbuki fillah..

siNa: hehe
ok
ana aidhan

Atikah Abd Razak: kim slm la kt sape2..yg rase nk kirimkn..
Assalamualaikum wbt

siNa: kak tiqah kat mna skrg?
w'salam

Atikah Abd Razak: Mesir la..

siNa: ok


x sangka pada saat2 terakhir ni dapat juga nasihat dari 2 orang yang jauh di perantauan ..

sebelum tu..saya mengharap doa kalian..
semoga Allah beri kebaikan program ni kepada semua yang menghadirinya..
moga perkongsian ni berguna untuk semua..

kEmbali..

KEMBALI
by:nowseeheart


Kembali
menyusuri hari
indah warna warni
ceria dan berseri..

Mencari makna seribu erti
nikmat disyukuri
hikmahnya tersembunyi

semalam jadikan pengalaman
buat kita menyuluh jalan ..
mencari pedoman
hidup penuh kebahgiaan

Hari esok hanya anganan
belum tentukan kesampaian
hari ini kita mulai
langkah penuh keazaman..

Berusaha tabur budi dan jasa
bagai hidup di dunia kekal selamanya
beramal bekal untuk ke sana..
umpama hayat kita esok sudah tiada..

x kan mungkin kekal di sini..
mana bisa menongkah langit
umpama pepohonan rendang
teduhan seorang pedagang

hanyasanya kekal di sana
bertemu yang maha pencipta
anugerah teristimewa
pada hati yang sejahtera

Tanpa sinarMu
kegelapan derita ku rasa..
dimana cahaya??
sinar mentari menyuluh hidupku
bagai cahaya kebenaran..

Bersama kita mengejar mimpi
menuju satu cita sejati
menggapai seribu impian
yang kita bina bersama-sama...

Friday, January 1, 2010

happy new Year!!..

'Huh!!,cepat betul..masuk tahun baru dah..'
X sangka kan?..

Pantas masa berlalu meninggalkan kita semua..
hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa..
potret lama masih ku simpan..
ku tinggalkan kenangan..
hingga terkadangku
tersenyum sendirian..
perjalanan waktu masih jauh...
jalanan berliku
akan kita tempuh..
imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat

harapanku kaukan bahgia selalu...


betul2 pantas masa ni tinggalkan kita semua..
pejam celik pejam celik pejam celik...
dah masuk tahon 2010
masuk tahun baru ni bermakna umur pun makin meningkat la..
bila dah umur meningkat..
makin banyak la tanggungjawab..
bila dah camtu..makin dekat la kita dengan kematian...>>yg tu paling penting..
tapi..ramai lagi yang x sedar pasal ni..

dan betapa ruginya jika seseorang yang hidupnya..

hari ini tidak sebaik semalam
dan esok tidak dirancang untuk menjadi
lebih baik pada hari ini..

sepatutnya tahun 2010 ni kita mulakan dengan sesuatu yang baru..
azam semestinya baru..
yang ni memang selalu orang cakap..
actually x yah azam baru pun x pa..
perbarukan azam yang dulu pun dah cukup..
sebab mungkin azam dulu tu ada yang x sempat kita sempurnakannya..
so..kita selesaikannya pada tahun baru ini..
dan tahun baru ni kita pun jadi la orang yang baru..
seorang yang lebih baik dari yang sebelum ni..
that's the best..

Ada satu lagu ni..first time saya dengar memang x best..x minat lansung..
(tapi tu pun x dengar habis lagi)
tapi bila dah banyak kali dengar dari mula sampai abeh..
dan bila hayati dengan makna dia skali..
memang beri manfaat dengan pesanan2 yg terkandung dalam lirik dia tu..

(lirik tu tunggu next post lah..)
jazakumullahukhairan kathira kepada semua pembaca..

Sunday, December 27, 2009

seDetik bErsama..SeaBat TeraSa..

'Ya Allah..
Rindunya pada sahabat2 ku..'

'rasanya macam dah lama x contect kawan2..huhu..'

Beberapa hari lepas,salah seorang sahabatku menelefon..

"Assalamualaikum,bill...nak tau tak..sejak kebelakangan ni ana asyik mimpi masa kat matri ja..waktu ana sdg ambil exam chemistry...masa kita di kelas seni...dan macam2 lagi la..ana rindu sangat kat anti dengan kawan2 kite yg lain.."

Ya sahabatku..ketahuilah..aku juga sangat merindui kalian dan saat2 kita pernah bersama2.
Ingat lagi..
kita pernah rapat sangat..
Dan kita pun pernah berselisih faham..diatas kata2 orang lain,kita makin berjauhan..x serapat dulu..
Ada kala dingin terasa..
Taufan pun melanda..
Tapi..mungkin Allah nak uji setakat mana ukhuwah yang kita bina..

'Tiadalah ukhuwah andainya hilang husnudzon(berbaik sangka)'

Tepat sekali kata2 ni..Dulu betul2 x pernah dengar ayat ni.Tapi lepas tau benda ni...Saya cuba praktikkannya demi mempertahankan ukhuwwah kami..adakalanya tumbang juga dek hasutan syaitan yang direjam itu..Tapi tak terhenti saat itu..kucuba betulkan kembali segala yang tersalah..

Sahabatku...
Aku mengaku...Ada kalanya aku ego! Dan mempertahankan keegoanku..Ada kalanya aku berjaya mencairkannya..
Tapi..
Ketahuilah bahawa aku amat menyayangimu..Uhibbuki fillah lillah!
Mungkin terkadang hatiku membengkak disaat orang lain 'mengambil alih' engkau dariku disaat sedikit kedinginan melanda..
Lantas aku beristighfar..Hembusan dari syaitan perlu segera dihapuskan..
Aku x nak semua itu menjadi tembok penghalang persahabatan yang terbina atas dasar ukhuwwah fillah ini..

Sahabatku..
Harapanku agar kita kan bersahabat hingga ke syurga..kerana
MATI ITU PASTI..hidup insyaAllah..

Tuesday, December 22, 2009

Siapa duLu???


Pada Malam2 Terakhir di matri(dalam minggu peperiksaan lagi)..macam mana ntah boleh sembang bab abang2 dan akak2 senior kitorang yang dah dan bakal walimah..
Tiba2 ada orang cakap..

"sapa yang top ten dalam batch kita,aku kasi hadiah,"

maksudnya sapa yang 10 orang terawal walimah dalam batch kitorang,dia nak bagi hadiah..
Lepas tu ada la yang menyahut..

"Betul ni *o*??kalau ngko x kasi siap la.."cece..macam confirm ja hidup lagi..

Dan ada pulak yang offer..

"Aku pulak nak bagi hadiah yang besar2 kat sapa dalam batch kita ni walimah dengan sama batch yang sama2 student matri dan dia dicouplekan skrg,"

Berani Betul..

"Aku pulak,aku pula.Aku nak bagi hadiah kat sapa yang walimah sama batch...x kesah kena 'couple' ke tak.asalkan dua2 studen matri.SMIK dgn SMASKL x masuk list ok."

Nakal2 betul la kawan2 ku ini...huhu..fikir walimah ja..bagaimana persediaan diri untuk membina baitul muslim tu sndri??bukan boleh main walimah cmtu ja.

Ingt lagi pesanan murabbi2,kalau kita nak zuriat yang soleh solehah,Kena la bentuk dari sekarang...
Macam mana tu???
Sekarang tu maksudnya pembentukan diri la.Kalau diri kita x elok ,macam mana anak yang dilahirkan akan menjadi mujahideen??
Syakhsiyah anak2 terbentuk mengikut asal acuan...
fikir2 kan lah..

pantas masa berlalu..

tulis..padam..tulis..padam...dah habid exam rupanya...cepat betul..
setelah sekian lama x update blog ni akhirnya berjaya juga tewaskan rasa malas nak menaip ni..(mentang-mentangla baru habis eXam).Kalau ikutkan hati memang malas dah nak send new pos..rasa macam nak biar terbengkalai ja..
Tpi bila fikir2 kembali x sangka cepat betul masa berlalu...erm..

'betul ka nie?? dak nak habis umor 17 tahun ni??'

baru beberapa hari lepas ja melangkah meninggalkan matri..
Ingat lagi,abah siap suruh catat lagi pukul berapa keluar meninggalkan kawasan MATRI.Rasa lucu pula apabila teringat kembali suasana ketika itu..Abah la paling semangat suruh catat.Lepas tu abah soal kembali..Bila terlambat skit nak jawab,abah cakap(waktu ni abah tengah drive ontheway ke rumah)..

"ha...tu la,kan abah dah suruh catat tadi..catat dak?"

"catat,catat..Kak ilah catat la ..."
Lantas saya menjawab sambil menahan ketawa melihat reaksi abah.Abah yang kalut..

Semasa abah baru sampai di asrama,saja saya ajak abah berhenti tepi dewan makan.dekat skit nak mengangkut barang yang banyak sangat ni..Lepas dah habis mengangkut barang,abah peringat..

"salam dengan kawan2 x lagi??ni last ni nak salam dengan kawan2(sebagai student matri).Ha..pi lekaih.."

"hehe ...okay.."

Setibanya saya dari dalam asrama ke kereta kembali..

"dah salam semua dah?lepas ni dah x jumpa dah(sbg student sini)."

"Dah..tinggal sikit ja..yang lain dah berlepas awal2..

"ok berhenti kat situ,"Sambil mengeluarkan handset nokia berkameranya.

abah kata sebagai kenangan terakhir.lepas ni mungkin boleh lagi ambil gambar kat matri .Tapi x kan pernah sama seperti sekarang.
ada 3 keping gambar yang sempat abah ambil sebelum bertolak keluar.Semua gambar x bersedia..huhu..digi cam rosak.so,abah guna handset camera ja.

Sepanjang perjalanan nak balik tu baru betul-betul rasa lain macam.mungkin sebelum ni slalu ja balik.Tapi x sama lansung feeling dulu dan sekarang.
Betul ka ni.Dah habis SPM rupanya..Itulah hakikat,Jangan x percaya sampai banyak benda yang terabai.Asyik buat percaya c percaya ja..tapi x da perubahan pun.inilah masanya perlu jadi lebih matang.sebagai seorang anak dan kakak di rumah , bakal siswi di ipt dan mujahidah fi sabilillah..

Rasanya baru sangat kenal dengan adik2...akak-akak yang banyak tunjuk qudwah di asrama..x sangka masa begitu pantas berlalu..
19 disember lepas kak awa telah melansungkan majlis perkahwinannya..Tahniah kak awa!!rasa macam baru je kenal kak awa..kawan2 kata terkejut tgk kak awa masa kenduri haritu..lain la..SORRY sangat kak awa sebab km x dapat pi.Memang nak sangat pi,Tapi Allah dah tetapkan yang terbaik.
TAHNIAH KAK AWA DAN USTAZ SIDEK

Ingat lagi masa kak awa datang ke Asrama dalam minggu peperiksaan juga la,kak awa datang bagi kad jemputan perkahwinannya..wa...semua teruja(hahaha)
sambil bersembang,dengar la cerita kak awa masa dia bertunang..masing2 dengan imaginasi masing2 dengar cerita kak awa.Tambah2 yang kaki novel tu Bai*** dgn a**n..(jangan marah eh kawan2)..Ada yang cakap..

"syoknya..!!"
"eiii...takut la..!!"

Haha..lawak teringat telatah kawan2.
Apa-apa pun Tahniah kepada semua ..
~Najwa+Sidek~Nik Nadia+Amru Irfan~Abg Ja+???~DAn SeMua Yang x Tercatat..