welcome

Tuesday, December 22, 2009

pantas masa berlalu..

tulis..padam..tulis..padam...dah habid exam rupanya...cepat betul..
setelah sekian lama x update blog ni akhirnya berjaya juga tewaskan rasa malas nak menaip ni..(mentang-mentangla baru habis eXam).Kalau ikutkan hati memang malas dah nak send new pos..rasa macam nak biar terbengkalai ja..
Tpi bila fikir2 kembali x sangka cepat betul masa berlalu...erm..

'betul ka nie?? dak nak habis umor 17 tahun ni??'

baru beberapa hari lepas ja melangkah meninggalkan matri..
Ingat lagi,abah siap suruh catat lagi pukul berapa keluar meninggalkan kawasan MATRI.Rasa lucu pula apabila teringat kembali suasana ketika itu..Abah la paling semangat suruh catat.Lepas tu abah soal kembali..Bila terlambat skit nak jawab,abah cakap(waktu ni abah tengah drive ontheway ke rumah)..

"ha...tu la,kan abah dah suruh catat tadi..catat dak?"

"catat,catat..Kak ilah catat la ..."
Lantas saya menjawab sambil menahan ketawa melihat reaksi abah.Abah yang kalut..

Semasa abah baru sampai di asrama,saja saya ajak abah berhenti tepi dewan makan.dekat skit nak mengangkut barang yang banyak sangat ni..Lepas dah habis mengangkut barang,abah peringat..

"salam dengan kawan2 x lagi??ni last ni nak salam dengan kawan2(sebagai student matri).Ha..pi lekaih.."

"hehe ...okay.."

Setibanya saya dari dalam asrama ke kereta kembali..

"dah salam semua dah?lepas ni dah x jumpa dah(sbg student sini)."

"Dah..tinggal sikit ja..yang lain dah berlepas awal2..

"ok berhenti kat situ,"Sambil mengeluarkan handset nokia berkameranya.

abah kata sebagai kenangan terakhir.lepas ni mungkin boleh lagi ambil gambar kat matri .Tapi x kan pernah sama seperti sekarang.
ada 3 keping gambar yang sempat abah ambil sebelum bertolak keluar.Semua gambar x bersedia..huhu..digi cam rosak.so,abah guna handset camera ja.

Sepanjang perjalanan nak balik tu baru betul-betul rasa lain macam.mungkin sebelum ni slalu ja balik.Tapi x sama lansung feeling dulu dan sekarang.
Betul ka ni.Dah habis SPM rupanya..Itulah hakikat,Jangan x percaya sampai banyak benda yang terabai.Asyik buat percaya c percaya ja..tapi x da perubahan pun.inilah masanya perlu jadi lebih matang.sebagai seorang anak dan kakak di rumah , bakal siswi di ipt dan mujahidah fi sabilillah..

Rasanya baru sangat kenal dengan adik2...akak-akak yang banyak tunjuk qudwah di asrama..x sangka masa begitu pantas berlalu..
19 disember lepas kak awa telah melansungkan majlis perkahwinannya..Tahniah kak awa!!rasa macam baru je kenal kak awa..kawan2 kata terkejut tgk kak awa masa kenduri haritu..lain la..SORRY sangat kak awa sebab km x dapat pi.Memang nak sangat pi,Tapi Allah dah tetapkan yang terbaik.
TAHNIAH KAK AWA DAN USTAZ SIDEK

Ingat lagi masa kak awa datang ke Asrama dalam minggu peperiksaan juga la,kak awa datang bagi kad jemputan perkahwinannya..wa...semua teruja(hahaha)
sambil bersembang,dengar la cerita kak awa masa dia bertunang..masing2 dengan imaginasi masing2 dengar cerita kak awa.Tambah2 yang kaki novel tu Bai*** dgn a**n..(jangan marah eh kawan2)..Ada yang cakap..

"syoknya..!!"
"eiii...takut la..!!"

Haha..lawak teringat telatah kawan2.
Apa-apa pun Tahniah kepada semua ..
~Najwa+Sidek~Nik Nadia+Amru Irfan~Abg Ja+???~DAn SeMua Yang x Tercatat..

No comments: