welcome

Tuesday, November 8, 2011

Sedar x sedar dah sampai hujung tahun kan.Adik2 yang bersekolah pun ada yang sudah melangkah ke musim cuti sekolah..Nak buat apa kat rumah cuti2 ni? Mesti la dengan aktiviti bermanfaat kan,macam yang selalu tulis dalam karangan bahasa melayu tu..nak buat apa2 pun x pa.Asalkan x melibatkan diri dengan perkara yang bukan2..

Dan x kan balik rumah ni nak tid0 ja kan kan.Bangun pagi lewat tr0s makan tengah hari then solah zohor.pastu sambung td0 pastu bangun lewat petang dah solah asar pulak pastu makan kemudian s0lah maghrib dah tu teng0k tv then tgk tv lagi kmudian s0lah isya',lagi oline..sampai pk0l bpa pgi bru td0?
x kan mcm tu kot..rugi besar la kalau sepanjang cuti mcm ni ja rutin harian..

Pernah terfikir x yang kalau tdur kita separuh hari(sehari 24 jam,separuh hari tu kira macam 11 ke 12 jam) sepanjang 20 tahun(contoh la kan),sebenarnya kita hidup hanyalah 1o tahun..sebab lagi separuh umur kita dibazirkan dalam waktu tdur yang berlebihan..pnah terfikir k pasal ni?

so,Di kesempatan ni ada sesuatu untuk adik2.Aktiviti yang sangat2 bermanfaat..tau x apa yang nak bagitau ni?X tau? ni mai nak habaq kat adik2 yang d0k cuti sekolah la ni (area utara,kedah terutamanya..)

KEM MINDA KREATIF KEMBALI LAGI!





Tema:
Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik

Objektif:
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.

KMK merupakan Perkhemahan Remaja HALUAN peringkat negeri. Terbuka kepada semua pelajar berumur 12-16 tahun.

Anjuran : Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah

Yuran Penyertaan : RM 60.00 seorang (adik-beradik seterusnya RM 55.00 seorang)

Tarikh tutup Pendaftaran : 20 November 2011

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
1. Cikgu Zamri bin Mat : 013-451 4345
2. Saudara Abu 'Ubaidah Sharudin : 013-628 4940

Keperluan yang perlu dibawa :
1. Al-quran terjemahan
2. Al-ma'tsurat
3. Buku catatan dan alat tulis
4. Pakaian riadah dan pakaian solat (baju sejuk dan selimut wajib bawa)
5. Makanan mentah (beras 3 cawan, sardin 1 tin, telur 5 biji)

Pengangkutan bas rombongan insyaALlah akan disediakan dari:
1. Alor Setar
2. Sungai Petani

No comments: