welcome

Wednesday, August 31, 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Setelah sekian lama tidak mengupdate post di sini..akhirnnya muncul jua.Alhamdulillah,masih berkesempatan..Maaf andai ada diantara kalian yang ternanti2 dan tertunggu2 perkembangan daripada laman ini..Lebaran kali ini lebih menuntut untuk saya berjauhan daripada komputer riba mahupun telefon bimbit gara2 'tugasan' yang setia menanti..Walaupun begitu,kerja2 itu yang memberi 'rasa nikmatnya' membantu orang tua di rumah.Bila lagi berpeluang menabur jasa kepada mereka.Selagi berpeluang,manfaatkanlah sebaiknya..

Oh..Sebelum terlupa,ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali diri ini.Dan saya mohon maaf andai ada salah dan silap..Halalkan yang terlebih dan terkurang..Semoga Aidilfitri kali ini penuh keberkatan.

Kali ini,ingin saya kongsi sesuatu yang telah saya dapat..semoga bermanfaat..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala

rasam uthmani faqath.

2 comments:

spijpnperlis@gmail.com said...

Subhanallah...

saya minta izin copy entri ni boleh?

Srikandi Al-Farouk said...

tafaddhal..
dengan berbesar hatinya dipersilakan