welcome

Monday, April 18, 2011

Muslimah bebas??


Apa yang dimaksudkan dengan MUSLIMAH BEBAS??

Bebas?

Bebas...

Muslimah bebas adalah muslimah yang benar2 bebas dari menjadi hamba kepada fesyen dan bahan perbandingan orang lain.



Bukanlah ingin menghalang muslimah2 para pembaca sekalian daripada berfesyen.Tetapi cuba anda bayangkan.Kita menjadi 'bahan perbandingan' oleh orang lain,terutamanya kaum adam.Adakah kita berbangga apabila diri kita di'belek-belek' oleh mata2 liar itu?Terkadang pujian dari mereka yang mendorong sebahagian daripada muslimah2 ini untuk tampil dengan lebih bergaya.Dan mungkin ingin menjadi yang 'terhebat' diantara yang terhebat dalam memperagakan pakaian masing2.

Bukankah Allah mengurniakan kita sifat malu?

Dimana kita letak rasa malu itu?

Tepuk dada tanya iman wahai muslimah sekalian..

Tiada secebis niat pun untuk menghalang kalian untuk berhias.Cuma janganlah berlebih-lebihan.

Wahai muslimah sekalian,sedarkah anda bahawa diri kita begitu berharga?

Jadi,kekalkan ketinggian nilai diri seorang wanita muslimah di tempat tertinggi.Jangan dek kerisauan ketiadaan sang kumbang yang mampu memiliki dirimu kerana berada di tempat yang tinggi,engkau merendahkan martabatmu ke tahap yang lebih rendah.Kerana yakinlah dengan janjiNya bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik!

No comments: