welcome

Tuesday, November 9, 2010

"Kita kena belajar terima hakikat yang..."

Abah & mama

Kelmarin(8/11/1o) aku duduk belajar dari pengalaman bersama abah & mama.Banyak perkara yang dikongsikan oleh abah dan mama.Dari mereka muda sampailah ke hari ini.Dan dari aku belum wujud sampailah aku berlari pada hari ini.

Seronok sangat mendengar kisah pengalaman hidup dari mereka yang terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan.Dikongsikan dengan harapan dapat dijadikan iktibar dan pelajaran.

Hikmatishuyukh fi hamasatushabab
Hikmah orang tua pada semangat orang muda

Aku teliti mendengar pengalaman yang disampaikan oleh kedua-dua orang tuaku.Diselitkan juga dengan jenaka yang berguna agar tidak kelihatan hambar..

Ada masa mereka bertanya kepadaku tentang apa2 yang mereka tidak berpeluang untuk mempelajarinya.Giliran aku bercerita.Soalan yang dilontarkan kepadaku membuktikan bahawa mereka betul2 mendengar apa yang aku sampaikan.

Reaksi abah dan mama cukup untuk membuat aku yakin yang mereka betul2 ingin tahu.Mereka betul2 cuba mengaplikasikan kata2 "belajarlah hingga ke liang lahad,".

Hinggalah di suatu saat kami berhenti bermuhasabah sebentar,abah menyambung bicaranya..

"mama,haritu abah ada sembang2 dengan leman(cik,bapa saudaraku) ,dia ada kata,
'la ni kita kena terima hakikat yang kita kena belajar dari anak2 kita pulak,' ."Kata abah sambil ketawa.Aku juga turut ketawa.

Cg Mohd Shapiee Hashim a.k.a. Leman-cik

Walaupun kata2 abah seperti ditujukan kepada mama sahaja,sebenarnya bukanlah untuk mama seorang..Tetapi untuk semua yang setia mendengar..


Itulah abah yang sangat aku respect.Suka berkongsi pengalaman.Pandang jauh ke hadapan.Caring.Segala-galanya ada pada dia.Sebagai manusia,kekurangan adalah lumrah.Jadi aku x kesah.



Special for mama n abah(cilok dari kakak*.^)