welcome

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan pertama




Alhamdulillah..buat pertama kalinya si kecil ini menjejaki ke bulan penuh barakah ini..X sangka kan. Kalau tahun lepas,keluarga saya menyambut ramadhan bersama 12 orang (termasuk seorang abang ipar).Tahun ni Tambah 2 orang baru.Seorang orang baru dalam keluarga saya,seorang lagi orang baru dalam dunia ni.Bukan sahaja orang baru,malah merangkumi sebagai mujahid kecil yang bakal menggemparkan dunia suatu masa nanti.

Doakan agar si mujahid kecil ini akan menjadi pemegang panji islam pada masa akan datang ya.moga Ramadhan al-Muabarak kali ini akan memberi lebih manfaat dan kebaikan kepada diri kita..Amin!

KULLU "AAM WA ANTUM BIKHOIR

bertemu lagi 'musim bunga' di tahun ini



Friday, August 21, 2009

Hadirmu ku nanti,pergimu ku tangisi...



'Alhamdulillah... syukurr..'
seronoknya kali ini dapat lagi bertemu dgn Ramadhan al-Mubarak.Syukur sangat..
Tapi...cukup ka sekadar mengucapkan rasa syukur ??sekadar lidah bergerak menyebut 'syukur'??Tidak!tidak sama sekali.Syukur perlu dibuktikan dengan perbuatan kita.Taat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang di larang.
'Ermm...apa nak buat ya.awal Ramadhan kali ni sambut dengan family kat rumah..syoknya..tapi yang x syok kalau x menghidupkan suasana Ramadhan la.
Kat rumah ada mama,abah,kakak,abang saiful,kakngah,abg ngah,Abdul kholiq,kak yah,aku,adik arah,ubeid,uqbah,Sarah aneesa,Abdul Kholiq..yang x dak nya,,kak ah(di utm skudai),dan abang din(sedang sebok praktikal di KL).


Seronoknya Abdul Kholiq menyambut Ramadhan kedua...Subhanallah..Bayi yang suci bersih ini diberi peluang bertemu bulan yang mulia..bersama ummi dan abah.


Bahagianya Sarah bertemu Ramadhan kali pertama dalam hidup..Semoga Ramadhan kali ini membawa berkat kepada sarah,mama dan abah sarah..

Ramai yang cakap... bertuah la orang yang sampai bulan yang penuh barakah ni..Tapi orang yang benar-benar manfaatkan bulan barakah sahaja yang beruntung.x semua yang menjejaki bulan mulia ni beruntung sebab ada diantaranya terus melakukan maksiat seperti bulan2 sebelumnya.Pada bulan ini juga pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.Syaitan2 dibelenggu.Orang2 di dalam kubur mendapat kerehatan.Para malaikat merandahkan sayap2 mereka untuk menghitung amalan2 anak adam di bulan ramadhan ini.

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah.Telah difardhukan keatas kalian berpuasa.Didalam bulan ini,di buka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka,dan syaitan2 dibelenggu.Didalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan.Sesiapa yang diharamkan kebaikan keatasnya,maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa2 kebaikan."

~Riwayat imam Ahmad,An-Nasaie dan Al-Baihaqi.~

Betapa sayangnya Allah kepada kita...Apakah kita bersyukur?Diberi lagi pada bulan barakah ini pahala yang berlipat kali ganda.Sekali kita melakukan amalan sunat,pahalanya seperti amalan wajib.Sekali kita melakukan amalan wajib,pahalanya 10 kali ganda.Subhanallah.

Aku berfikir lagi...

Friday, August 7, 2009

TriaL....o9

Subhanallah..
awal betul trial kali ni.Rasanya Perlis adalah diantara negeri terawal yang mengadakan peperiksaan percubaan SPM 2o09.
Bermula dengan matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Seni Visual kertas 1.
Sekarang ni Matri terasa sunyi disebabkan ramai pelajar-pelajar pulang ke rumah masing2.Sebenarnya Matri hanya membenarkan pelajar2 yang ingin pulang kerana dikhuatiri dijangkiti demam,selsema atau batuk2.(sekarang musim demam di matri).Jadi di musim inilah klinik2 dan hospital dibanjiri 'pengunjung2' terutama dari sekolah berasrama.
Baru2 ini seorang kawan saya mengkhabarkan bahawa bilangan pelajar Matri yang berkunjung ke hospital dalam hari yang sama dia pergi lebih kurang 70 lebih.PELAJAR MATRI SAHAJA!.

Alhamdulillah..
Setakat ini tiada lagi kes yang berat2 seperti yang di war-war kan di setiap media massa.Nampaknya Allah memelihara Matri dari segala wabak yang diakhiri dengan kematian.Tetapi walau apa pun yang berlaku,kita perlu sentiasa ingat bahawa 'ajal maut di tangan tuhan'.ingat janji Allah
KULLU NAFSIN ZAA IQOTUL MAUT..
Terbit rasa simpati apabila melihat keadaan kawan2 saya yang berusaha berjalan ke dewan peperiksaan walaupun sedang sakit.Ada diantara mereka yang sakit dan hanya mampu terbaring.Tetapi Allah sayangkan mereka,pada hari peperiksaan mereka mendapat sedikit kekuatan.Walau dalam keadaan lemah,tetap digagahi jua langkah menuju perjuangan di medan pena.
Kepada sahabat2 dan sahibah2 yang ana kasihi...
Terasa malu untuk mencoret,tetapi ana x tahu mengapa ana rasakan suatu hubungan yang luar biasa sesama batch kita.Mungkin inilah yang dinamakan UKHUWWAH FILLAH.Hilanglah ukhuwwah seandainya tiada husnulzon(berbaik sangka).Betul kata salah seorang sahabat kita yang sempat sampaikan tazkirah sebelum ini."x da ukhuwah kalau x da husnulzon".Sejak form 3 sampai sekarang,antum dah buktikan kpd Matri yang antum berani menguruskan program/motivasi/camp/etc. dengan sendiri.Moga apa yang ada pada diri kita ini akan menjadi wasilah dalam terus memperjuangkan deen Islam ini.

Allah betul2 sayangkan kita.Allah uji begini untuk mengajar kita erti kesabaran.Kepada semua warga 15th generation,teruskan perjuangan!Innallaha ma 'ana.

TAKBIRRR!!!!!!

ALLAHU AKBAR!!!!!!

Saturday, July 25, 2009

i've lost 2 of my teacher

Bulan lepas..
Ummi Halimaton telah pergi menyahut seruanNya..
X sangka kata-kata sir Ghazali yang dia akan menjejaki langkah ummi akhirnya menjadi kenyataan..nampaknya Allah betul-betul menyayangi orang2 soleh ini..
Kami warga 15th generation amat terasa dengan kehilangan 2 orang murabbi ini.Mungkin disebabkan kedua-dua orang murabbi ini telah banyak memerah keringat mengajar kami srta telah banyak mencurah tenaga demi membimbing kami mengenali ilmu Allah yang Maha luas ini.
Jika nak dihitung pengorbanan mereka x terkira banyaknya.Apa yang saya dengar dan lihat,walaupun mereka sedang sakit,tetapi tetap digagahi juga untuk terus datang mencurahkan segala ilmu yang mereka ada..
Masa kelas ummi dulu...
beberapa kelas terakhir,ummi datang dalam keadaan x sihat..demam...sakit kepala...
saya dan kawan2 lain dah beritahu ummi.."ummi pi la rehat dulu"..tapi ummi x kan tinggalkan kelas kalau x dak apa2 yang betul2 lebih penting daripada mengajar kami.walaupun demam atau sakit apa2 yang x menghalang ummi dari terus melangkah ke kelas kami,beliau akan tetap melangkah dan terus melangkah..
Baru2 ni..sir Ghazali datang ke kelas kami dalam keadaan yang lemah(dari pemerhatian saya la).Setiap kali sir mengajar,saya perasan yang sir jarang menggunakan anggota kanannya.Saya agak curiga.Dan sahabat sekelas saya ada beritahu yang dia nampak tanda2 kematian pada sir seperti yang dia nampak pada nenek dia dulu.Tapi dia x berani nak beritahu sesiapa.Sehinggalah semasa saya di kelas,selepas menghadiri Halaqah Khas di dewan,sahabat2 saya yang lain baru habis mengerjakan solah sunat hajat dan turun dari musolla(surau) mengkhabarkan bahawa sir Ghazali baru sahaja kembali ke rahmatullah.
Tersentak pelajar-pelajar dalam kelas tingkatan 5 sains dan sastera puteri.Dan diwaktu itu,sahabat saya,Na*****h R***n*,menceritakan apa yang dia lihat ada pada sir beberapa hari lepas.
"Nampak apa D**?"
Saya tanya dia kerana saya nak tahu sangat2 apa yang dia nampak.
Dia cakap nampak hidung sir jatuh(Tulang hidung ke bawah dari yang asal).
Subhanallah..x sangka Allah dah beri petunjuk.Dan sir sendiri dapat rasakan yang dia akan dipanggil pulang.Dan saya baru tahu bahawa sir pernak mengalami mini strok.
'patut la sir jarang guna anggota kanan.dan kalau sir guna pun sekejap sangat.'
Ada sahabat ana cerita,semasa check tekanan darah sir kat PMC,rendah sangat.Tapi Sir tetap nak bangun sebab sir rasa bertanggungjawab keatas kami(calon2 spm 09) yang akan menghadapi trial x lama lagi walaupun sepatutnya sir perlu rehat yang cukup.Sir kata..
"Pelajar-pelajar masih memerlukan guru yang mengajar mereka sebab mereka akan periksa x lama lagi.Kalau x saya yang pergi mengajar,siapa lagi??"(lebih kurang maksudnya.)
Semasa sir cakap ni,sir dalam keadaan terlalu lemah dan x berdaya.
Takziah buat Keluarga Sir.Semoga Allah menyayangi dan merahmati Sir di 'sana'.Allah lebih menyayangi sir Ghazali daripada kita semua.Hanna,Allah tau apa yang terbaik.Semoga Tok Chik anti ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.Sir betul2 pergi dalam melakukan kerja islam.
Al-Fatihah buat Sir Ghazali

Saturday, June 13, 2009

lirik yang syirik!

Syirik lyrics from black eyed peas.
> > > > > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > > > > Semua orang mesti tahu lagu "where is the love" nyanyian black eyed peas kan,tau tak dalam senikata dia ada satu rangkap yang bleh membawa korang kepada syirik tanpa korang sedari.... rangkapnya...
> > > > > > > > > > > > > > "father,father,father,help us"
> > > > > > > > > > > > > > "send some guidence from above.. "
> > > > > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > > > > Astaghfirullahala'zim..ayat ni memohon bantuan daripada bukan Allah...bila kita mintak tolong daripada selain Allah, kita akan dikira sebagai syirik....aku tak nak kawan-kawan seagama aku syirik tanpa disedari. Harap boleh fowardkan pada sahabat2 semuslim yg lain....
> > > > > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > > > > Asy'hadu Alla illah ha illAllah,wa Asy'hadu anna Muhammad da'ra' Rasullullah