welcome

Saturday, February 26, 2011

He's never far away..

Oh Allah,
Guide us every single day. .

La hau lawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim

Sunday, February 13, 2011

My 'hyper active' r0ommate~

Sepatutnya post pasal ni berada diantara post terawal lepas sampai di sri iskandar ni...ye la,knapa x nya.lepas daftar ja trus kna datang bilik dan melihat muka2 r0ommate yang asalnya x kenal lansung.Dan nak tak nak,memang setiap hari akan menghadap muka muka ni.Bosan ka,benci ka,sayang ka,yang ni la sampai habis sem ni.

'Hyper active'?? ya ka?.Memang hyper punya la..Ro0mmate yang pada awalnya ingatkan pendiam dan sopan ja rupa2nya sekepala!Memang bost kot.Apa orang kata..gila-gila?lebih kurang la kot.X caya??x caya sudah.Datang la kenali kami2 ni sendiri~(^.^)

First : Nur Fathiah Hani bt Mohd Nasoha a.k.a. kak hanie..
Yang ini adalah kakak senior part 1 ahli c305.Dalam bidang diploma fesyen.Memang fesyen habis la..Kimono pon dah buat sendiri...Tapi,nama ja senior..orangnya adalah paling kecil dalam bilik yang sentiasa ceria.She always with her teddy bear a.k.a 'bearbear'..haha(sebenarnya ada sebab tu)..Yang ni 'power' jugak bila dah merapu~

Second : Nur Haryatimah bt Amir a.k.a. kak ema..
Kalau nak cerita pasal kak iema memang banyak jugak la..Tapi yang penting,kak iema adalah orang yang paling kerap ada di bilik.Sebab antara 4 org kami,kak iema adalah yang paling free.X slalu ada kelas,meeting etc..Kalau cakap pasal kak iema merapu lagi arh..'super power' kottt...Kak iema ni jugak berubah2..Kejap cakap,"ee...X sbarnya nak kawen~," . Bila dah geram2 waktu lain pulak , "X ingin arh nak kawen!,"..Sebab apa???biarlah rahsia~

Third : Nurul Najmi bt Salleh a.k.a. kak Najmi..
Ustazah kot yang ni...kami banyak persamaan.apa yang kami suka,dan x.Kami berdua juga slalu berkomplot knakan kak hanie n kak iema..memang best la kalau dah berjaya pekena depa 2..ngeh3..Kak najmi pon apa kurangnya.lagi la super duper power kalau bab2 merapu ni..

senang kata kami semua 1 gang..best kot..
*Jangan marah yer kak hanie n kak iema..

TApi ak ada 1 lg misi yang perlu dibuat..jeng3..apakah misi itu???biarlah rahsia~

Science Geometic(Geography information system) subject~

AP121-Diploma in Geometic Science(Geography information system)

My Course Subject utk Pelajar Part 1
  1. Mat 133(Pre calculus)
  2. Sug 100(Introduction of surveying)
  3. Sug 130(Computer application)
  4. Bel 12o[English...(x ingt da nama btol)]
  5. Phy 12o[Physics..(ni pon x ingt da..)]
  6. Ctu 1o1(Centre of islamic thinking and understanding)
  7. Kokurikulum(tapi dah buat pengecualian..yea!!)
Inilah subject yang perlu aku ambil untuk semester 1 ni..Sebahagiannya adalah sub yang ak x penah belajar pun.Dan sebahagian lagi yang x ambil masa SPM.Semuanya baru bagiku..

LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA
x Allah membebankan seseorang melebihi kemampuannya

Sebab tu aku yakin berada di sini..Aku yakin Allah dah tetapkan sesuatu yang aku mampu hadapi insyaAllah..(Oh Allah,guard me please..)

*Iman manusia sentiasa turun naik..So,perlu berusaha lebih kuat utk mantain iman agar x menjunam turun~

Friday, February 11, 2011

Rabbit imation..di mana kamu??

Sudah lama tidak di update kan blog ini..
Sekarang ini cuba menyesuaikan diri di tempat ini..
(Ya Allah,jangan engkau biarkan aku dihanyutkan arus dunia)..

Minggu lepas masa cuti mid sem,abang din ada bagi pendrive imation 4gb berbentuk rabbit warna putih dan pink.Comel sangat2.Memang Rasa syok sangat la time dapat tu.Rasa cam x nak guna.biar ja pndrv tu tersimpan elok dalam bekas dia sebab sayang sangat2.Tapi last2 bukak juga sebelum balik UiTM.Dah masukkan beberapa folder termasuklah picture dan lagu2 inggeris yang dicari untuk buat assignment..Sayang punya sayang sangat pendrive tu.So,mmg Take care sesangat la.Sentiasa bersama walau ke mana jua..

Hari pertama masuk dewan kuliah selepas pulang dari cuti..
Alhamdulillah..Setelah 5 jam ber'kuliah',waktu break pun tiba..Aku tidak terus pulang ke kolejku diatas faktor jarak yang agak jauh.Aku perlu menghadiri kuliah lagi pada Jam 2.15 petang itu.Jadi aku berkeputusan mengikuti rakan sekelas berehat sebentar di biliknya..Sambil menunggu masuknya waktu zohor,aku on kan acer yang berada disisiku..

Kemudian aku membuka zip beg laptop untuk mengambil sesuatu..Tetapi,..
"Eh!Mana ni??Ya Allah..Kat mana aku simpan?"Sambil tercari2 di semua bahagian zip.

PENDRIVE AKU!!Pendrive rabbit yang abang berikan tiada bersamaku..
'ERGGHH!!!!...'Jiwaku meronta terseksa kerana x jumpa.
Lepas solah zohor terus aku pergi ke kelas terakhir yang aku jejak.
Bawah,atas,kanan,kiri semua aku cari..tertunduk2 aku mencari barang yang lebih kecil dari tapak tangan tu..

'TAK DAK??!!!!'
Tidak aku temui barang yang baru menjadi milikku..Longlai aku berjalan keluar dari kelas tersebut..

Aku cuba menerima kehilangan itu dengan hati yang redha setelah aku bertanya dan beroleh jawapan yang tidak aku inginkan daripada aunty cleaner yang bertugas pada hari itu..Hujan lebat disertai angin kencang pada petang itu seolah2 menzahirkan apa yang aku rasai.Aku mengambil kesempatan itu untuk berdoa kerana doa pada hari hujan mudah dimakbulkan..

Aku berdoa seikhlas mungkin kerana aku yakin Allah akan makbulkan doa hamba2Nya seperti yang telah DIA janji.

Berdoalah.Nescaya akan aku memperkenankan doamu

Aku yakin sangat dengan janjiNya.Cuma belum pasti bila.Sama ada cepat atau lambat sahaja.Aku cuba untuk redha dengan semua ketentuan ini kerana aku tahu semua ini ada hikmah disebaliknya..

Sebenarnya sampai hari ni aku x beritahu pada abang lagi.Bukannya apa,aku takut je..huhu(cam budak2 kan).Tapi real ni.aku kesian kat abang.Punya la baik dia belikan untuk aku.Tapi x sampai seminggu dengan aku,dah hilang..
*Minta Maaf abang!~