welcome

Thursday, September 24, 2009

DuSta??

Dalam sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabdan yang bermaksud: "Sesungguhnya aku sangat takut kepada neraka." Tetapi orang itu tidak berhenti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah dia bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata: "Sesungguhnya aku rindu kepada syurga." Tetap dia tidak membuat kerja yang membolehkan dia masuk syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukannya orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata: "Sesungguhnya aku cintakan kepada nabi S.A.W." Tetapi orang itu tidak mengikut sunnah nabi, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukan orang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata: "Sesungguhnya saya rindu benar untuk memiliki bidadari." Tetapi orang itu tidak memberikan mahar kepada (isteri mereka), maka orang itu adalah pendusta dan bukan yang bertaubat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat itu ialah kekasih Allah dan RasulNya.

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila seseorang mukmin itu bertaubat, maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya pada hari-hari yang telah berlalu dalam kefasikan dengan ibadah setahun. Dan Allah S.W.T. akan memberikan kepadanya pahala orang yang mati syahid di medan pertempuran, dan dia akan dipakaikan 1,000 mahkota pada hari Kiamat. Dibukakan baginya di dalam kubur sebuah pintu ke syurga dan pada hari kiamat nanti malaikat-malaikat yang berdiri di kiri, di kanan, di hadapan dan di belakang akan memberikan berita gembira tentang syurga.

Untuk bertaubat ada 8 cara :-

1. Menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan dahulu.

2. Menunaikan semua fardhu dan kewjipan.

3. Mengembalikan hak milik orang lain.

4. Minta supaya musuhnya itu menghalalkan apa yang telah dia lakukan terhadapnya.

5. Berniat tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

6. Mendidik atau melatih diri untu taat kepada Allah.

7. Memberikan rasa kepada diri akan pahitnya bertaat sebagaimana engkau telah memberikan rasa kepada dirimu akan manisnya perbuatan durhaka.

8. Makan dan minum dari benda-benda yang datang dari cara yang halal.

Tempat Tinggal Iblis


Salah seorang sahabat, Anas Bin Malik r.a. berkata, "Iblis laknat telah bertanya kepada Allah S.W.T.. Antaranya ialah:-

Kata Iblis kepada Allah S.W.T.: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadamu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."

Firman Allah S.W.T. yang bemaksud: "wahai Iblis, tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas)."

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?"

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai Iblis, tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat-tempat hiburan dan sebagainya)."

Iblis berkata lagi: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan pada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkanlah kepadaku apa bahan bacaanku?"

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar). Apakah cerita-cerita bagiku?"

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan pada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang unutk sembahyang berjamaah). Apakah azanku (unutk mengumpulkan orang)."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan para Rasul) kepada anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, para utusanmu ialah terdiri dari para dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?"

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, tulisanmu ialah tulisan gincu palsu di badan (seperti lukisan-lukisan dilengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebut dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan untukku?"

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut dengan nama Allah."

Kata Iblis: "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?"

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah)."

Ibnu Mas'uud r.a. berkata: "Kalau seseorang itu makan dengan tidak membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila seseorang itu makan dan dimulai dengan bismillah maka syaitan tidak akan dapat makan bersama bahkan syaitan akan memuntahkan kembali apa-apa yang sudah dimakannya."

Ibrahim Annakhaai berkata: "Kalau seseorang itu masuk ke rumahnya dan memberi salam, maka syaitan akan berkata: 'Tidak ada tempat begiku di sini.' Dan kalau seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah, maka syaitan akan berkata: 'Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini.' Akan keluarlah syaitan dengan rasa kecewa."

Sunday, September 20, 2009

Eid mubarak..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ramadhan baru berlalu..Syawal pula menjelma..Bagaimana dengan kita??Adakah Ramadhan yang baru berlalu itu memberi sedikit sebanyak perubahan yang lebih baik kepada kita??

"Maka rugilah bagi sesiapa yang tidak mendapat
kebaikan ramadhan walaupun sedikit"

"..sesiapa yang diharamkan kebaikan keatasnya,
maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa2 kebaikan"

Adakah kita tergolong dalam dua golongan ini??Tepuk dada tanya iman.Malam yang lebih baik dari seribu bulan telah pun berlalu.. Yakinkah anda bahawa masih ada hayat untuk pertemuan yang akan datang??Tiada siapa pun yang tahu sampai bilakah hayatnya di dunia fana ini..

"ala bizikrillahi tatma'innal qulub"